BTC USD 27,163.0 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gangguan bekalan air masuk hari kedua.

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,999
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,999
Reaction score
1,379
Points
206
WhatsApp-Image-2023-04-01-at-09.43.31.jpeg
Gambar tular sejak semalam yang menunjukkan keretakan di pekarangan bangunan Loji Rawatan Air Teluk Kepayang, Bota.

Gangguan bekalan air masuk hari kedua​


  • Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
  • 1 April 2023, 9:44 am




IPOH – Gangguan bekalan air dijangka berterusan hari ini di tujuh buah kawasan akibat masalah paip air mentah bocor di Loji Rawatan Air Teluk Kepayang, Bota sejak semalam.

Menurut kenyataan Lembaga Air Perak (LAP), tujuh kawasan tersebut ialah Ayer Tawar, Sitiawan, Seri Manjung, Lekir ke Kayan, Pangkor, Lumut dan Kampung Gajah.

“Pengguna-pengguna air di kawasan-kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya menjimatkan air secukupnya untuk bekalan semasa gangguan tersebut.

“Segala kesulitan amatlah kami kesali,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
LAP menyifatkan masalah yang bermula sejak pukul 1 tengah hari semalam sebagai gangguan bekalan air luar jangka iaitu satu kes kecemasan.

Sementara itu, rata-rata pengguna yang terjejas berang kerana mereka tidak sempat menyimpan air kerana LAP gagal membuat pemakluman lebih awal.

Mohd. Hamdan Saleh, 34, berkata, mereka tidak sempat menyimpan air kerana masalah itu berlaku secara tiba-tiba dan dia serta ahli keluarganya tidak sedar dengan pemakluman LAP tentang isu tersebut di media sosial.

“Bukan saya sahaja, boleh dikatakan hampir semua penduduk di kawasan terjejas tak tahu pun mengenai masalah gangguan bekalan air ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE


 
Top
Log in Register