Gandingan MR bentuk kerajaan interim?

CG Sponsors




Sponsored Post

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,264
Reaction score
588
Points
81
Dia cadang diri dia sendiri jadi pm interim sementara pru15 ............... Kelakar le, mahathir dan anwar sekarang suka buat lawak
 

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,673
Reaction score
301
Points
51
Nak selamatkan negara katanya.

Kalau Tun ikhlas, selamatkan Langkawi dulu.
Kalau boleh setel isu kat bukit malut pun dah kira bagus.
Lepastu baru cerita nak jaga negara.
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,668
Reaction score
612
Points
81
Kena ajar politaik² ni..hrp YDPA cepat ambil tindakan
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,986
Reaction score
243
Points
43
Kalau Mahathir lagi PM tak payah lah.. Hahaha

Macamlah takde muka lain..
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,957
Reaction score
867
Points
121
Tun M dilaporkan telah membentuk satu pasukan dengan Ku Li untuk membentuk kerajaan interim.
#politik #malaysiagazette

Gandingan MR bentuk kerajaan interim?

17 October 2020

View attachment 298365
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan membentuk pakatan untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan telah membentuk satu pasukan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk membentuk kerajaan interim.
Sumber daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberitahu Sinchew Daily, keadaan semasa mungkin mendorong kepada gandingan MR iaitu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri interim sementara Tengku Razaleigh menjadi timbalan beliau.




Keadaan interim itu dikatakan boleh berlanjutan sehingga wabak COVID-19 bertambah pulih untuk membolehkan pembubaran Parlimen dan pilihan raya diadakan.
Sumber berkata, gabungan MR tidak mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibelenggu skandal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat mengkhianati Dr. Mahathir.

Sumber juga memberitahu bahawa Dr. Mahathir sudah menguasai sejumlah penyokong.
Kata sumber lagi, walaupun negara tidak kekurangan pemimpin Melayu yang muda dan berkaliber, tetapi keadaan politik semasa memerlukan pemipin kanan yang berpengalaman.

“Kami perlu melihat Perlembagaan sama ada terdapat peruntukan mengenai kerajaan interim,” katanya.
Sumber juga berkata, Tengku Razaleigh mempunyai pendirian yang jelas iaitu tidak menyokong Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, keadaan yang menyebabkan beliau memilih untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir.

Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan sudah bertemu dengan pemimpin peringkat pertengahan UMNO untuk mendapat sokongan.
Sumber berpendapat peluang pembentukan kerajaan baharu adalah pada kadar 80 peratus pada masa ini.
Katanya, gandingan MR boleh berjaya kerana pengaruh yang dimiliki Tengku Razaleigh dalam UMNO.

“Wakil rakyat yang tidak menyokong Anwar atau Muhyiddin akan menyokong MR,” kata sumber.
Dalam pada itu, menurut satu laman berita, Tengku Razaleigh sedang berusaha mendapat sokongan Warisan, DAP dan Amanah.
The Malaysian Insight melaporkan, Tengku Razaleigh berusaha mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Dr. Mahathir.

Tengku Razaleigh dilaporkan marah dengan Muhyiddin yang membuat banyak keputusan tanpa mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Walaupun Tengku Razaleigh merupakan wakil rakyat UMNO, tetapi DAP boleh menerima kepimpinan beliau yang merupakan pemimpin yang dihormati di peringkat akar umbi. – MalaysiaGazette


Selamatkan negara ka selamatkan kroni....xhbs2 mainan mcm nie....
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,144
Reaction score
1,091
Points
201
memang nampak tak sesuai.. tapi politik pon da terjebak system seniority ni.. maybe system kerajaan ni tu mcm tu kot.. bia mp2 lain hormat sikit pada PM klu PM tu lebih seniority
 
Sponsored Post
Top
Log in Register