(Gambar) Zamarul Hisham Rakam Isteri Bersalin

CG Sponsors




voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35


Teruja dengan kelahiran orang baru dalam keluarganya, Zamarul Hisham mengorbankan masa dan tenaga demi keselesaan isteri dan anaknya. Bersyukur segalanya berjalan lancar tanpa sebarang dugaan, aktor popular ini mengakui pengalaman baru ini memberi kekuatan kepada kebahagiaan rumahtangga yang dibina bersama isteri tercinta, Diana Rafar.

"Anak saya lahir pada 29 Oktober lalu pada jam 2.31 petang dengan cara normal dan ketika itu hari Jumaat. Bersyukur semuanya dipermudahkan kerana saya sempat menunaikan solat Jumaat dan kembali ke hospital melihat Diana bersalin.

"Waktu itu saya rakam proses bersalin dan terpaksa buat lawak ***** untuk kurangkan kesakitan Diana. Kami memilih nama Kashfi Haiqal yang bermakna Pembuka Pintu Hati.

"Semenjak jadi bapa, memang tak cukup tidur. Patutlah kawan-kawan saya cakap 'welcome to the club tak cukup tidur' waktu Diana mengandung. Kashfi selalu meragam dan berjaga malam, menjadi tugas saya menjaganya sebab Diana masih lagi berpantang. Segala rutin harian juga saya ambil alih seperti basuh baju dan kemas rumah.

"Saya ambil cuti sebulan untuk jaga Diana. Kami tak mahu ambil pembantu sebab asyik timbulkan masalah," ujarnya yang mempunyai dua anak, Izzat Haiqal, 11, dan Iqmal Haiqal, 8, hasil perkahwinan terdahulu.



Suka Tipu Umur

Apabila usia makin meningkat, menjadi kebiasaan untuk tidak mendedahkan umur sebenar kerana bimbang usia yang semakin lanjut. Namun berbeza pula dengan Zamarul, lebih suka menambah satu angka pada usia sebenarnya.

"Sebenarnya saya bukan menipu. Umur saya sekarang 39 tahun tapi saya lebih selesa beritahu 40 tahun. Sebabnya orang selalu cakap live begins at 40 so saya nak cepat-cepat rasa bagaimana perasaan itu. Saya cuma nak buat persediaan menuju ke arah itu lebih awal," katanya sambil ketawa.

Penat Berlakon

Pada usia yang semakin meningkat, Zamarul mengakui dirinya sudah tidak mampu untuk berlakon. Namun itu bukanlah dia menarik diri daripada industri yang sudah sebati dengan diri.

"Kadang kala saya terpaksa berlakon jadi muda remaja yang masih belajar di kolej, memang susah sebab saya bukan muda lagi untuk bawakan karektor itu. Jadi pelakon memang letih dan selalu kena rehat sebab kami banyak bermain dengan emosi dan otak.

"Saya dah tak larat nak berlakon lagi, kalau boleh saya nak direct drama sendiri pada masa akan datang," katanya yang menggemari lakonan Shah Rukh Khan.
 
Sponsored Post

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
nampak gemuk da :p
 

miecs

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,486
Reaction score
355
Points
86
nnt rakaman terlepas ke tangan org lain xke naya...wat pe nk rakam2 nih...
 

timur & barat

Super Active Member
Joined
Jan 8, 2010
Messages
9,416
Reaction score
908
Points
116
watpe rakam..nk tunjuk kat ank..??
senonoh la ckit...oh artis...
 

tm1

Active+ Member
Joined
Dec 31, 2005
Messages
3,032
Reaction score
29
Points
40
Rakam ok je. Ramai yg buat, wat kenang2 kenangan, tunjuk ngan anak betapa sakit dulu mak ko nak beranak. Dah besar jgn wat peel lak.
tapi jgn rakam bini punya tut dah laa.
 

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
sukati la...bini ko.....hehehehee
 

butterland

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,417
Reaction score
208
Points
123
aik dh ada pengalaman pn takkan la baru sedar akan tak cukup tido
 

Blade

Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
1,714
Reaction score
10
Points
25
Aku suka Lakonan Zamarul....mantap.....Lakonan anak derhaka....memang bole nangis tengok............
 
Sponsored Post
Top
Log in Register