BTC USD 42,871.1 Gold USD 1,817.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gambar Terbaru Kapal Littoral Combat Ship 1 (LCS 1) “Maharaja Lela”

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
Gambar Terbaru Kapal Littoral Combat Ship 1 (LCS 1) “Maharaja Lela”

18.11.2021 - Kuala Lumpur, Dalam posting terbaru di akaun media sosial, Linkedin, syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd telah memaparkan beberapa gambar terbaru kapal Littoral Combat Ship 1 (LCS 1) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diberikan nama “Maharaja Lela”. Peserta-peserta juga dibawa melawat kawasan limbungan kapal itu sebelum berakhir di lokasi pembinaan kapal LCS 1 iaitu “Maharaja Lela.”

Lawatan peserta-peserta NDI itu juga berlaku tidak lama selepas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang melakukan lawatan kerja terhadap limbungan kapal BNS baru-baru ini untuk meninjau sendiri perkembangan pembinaan enam buah kapal LCS yang bermasalah. Kehadiran beliau di limbungan kapal milik BNS itu telah diiringi oleh Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) , Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.

Pada Isnin lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Kementerian Pertahanan mensasarkan pembinaan kapal LCS yang pertama untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hanya akan disiapkan sepenuhnya pada tahun 2025. “Sasarannya adalah Tentera Laut Diraja Malaysia akan memperolehi kapal LCS yang pertama tahun 2025,” kata beliau di Parlimen dan menambah, selepas kapal yang pertama siap pada tahun 2025, lima lagi buah kapal seterusnya dijangka siap setiap tahun selepas itu.

Bagaimanapun kesemua perancangan itu bergantung sama ada pelan pemulihan projek pemulihan pembinaan kapal LCS itu mendapat kelulusan daripada Kabinet apabila ia dibentangkan tidak lama lagi. Pembinaan enam buah kapal LCS bernilai RM9 bilion yang direkabentuk mengikut kapal friget “Gowind” DCNS daripada Perancis itu bermula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya tamat pada 2 Oktober 2023 dengan kesemua enam buah kapal itu siap sepenuhnya dan diserahkan kepada TLDM.

Menurut Menteri Pertahanan itu lagi, sehingga 31 Oktober tahun ini kapal-kapal LCS itu hanya mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 57.5 peratus berbanding 96.57 peratus yang sepatutnya dicapai dalam jadual asal. Projek pembinaan enam buah kapal LCS itu katanya, telah mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau 43 bulan.​

1637402275559.png

1637402257319.png

1637402263831.png

1637402309496.png

1637402314164.png


Sumber asal https://defencesecurityasia.com/gambar-terbaru-kapal-lcs-maharaja/
 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
harap dimasa depan kapal perang ni semua dibuat dlm negara je

jimat duit dari segi pengaliran keluar tunai..

anak tempatan pun dapat kerja dan kepakaran baru
 

jibam

Fun Poster
Messages
983
Joined
Aug 6, 2008
Messages
983
Reaction score
37
Points
35
harap dimasa depan kapal perang ni semua dibuat dlm negara je

jimat duit dari segi pengaliran keluar tunai..

anak tempatan pun dapat kerja dan kepakaran baru
Betui2… kalau ikut sejarah… dulu org melayu mmg terror buat kapal… tapi sayang lanie tinggai sejarah saja laaaa
 

Fayafa

Active Member
Messages
2,349
Joined
May 21, 2017
Messages
2,349
Reaction score
846
Points
81
harap dimasa depan kapal perang ni semua dibuat dlm negara je

jimat duit dari segi pengaliran keluar tunai..

anak tempatan pun dapat kerja dan kepakaran baru
tp masalahnya pemimpin atasan xyakin kebolehan&kepakaran anak tempatan..sanggup lg bg kontrak kat china&ironinya nk guna kapai buatan depa nk halau depa..kan win tu
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
harap dimasa depan kapal perang ni semua dibuat dlm negara je

jimat duit dari segi pengaliran keluar tunai..

anak tempatan pun dapat kerja dan kepakaran baru

memang idea ni dah ada dalam minda diorang, tapi kalau ikut hati pemimpin / kerajaan .. mereka lagi suka beli ready-made pastu re-badge benda tu .. profit dan masuk poket banyak ..

:)
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
harap dimasa depan kapal perang ni semua dibuat dlm negara je

jimat duit dari segi pengaliran keluar tunai..

anak tempatan pun dapat kerja dan kepakaran baru
Btul.. amik tenaga dari luar utk train.. lame2 bole buat sendiri.. jet fighter pun bole kalau nak buat..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register