[Gambar] Solat Hajat Tuntut Royalti Minyak Kelantan

CG Sponsors




ApoKalypse

Active+ Member
Joined
Dec 2, 2007
Messages
3,333
Reaction score
40
Points
30










Matlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyakoleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan Kerajaan Negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi dan mengikut maklumat yang aku (TP) dapat, majoriti yang hadir ke majlis Forum Wang Ehsan anjuran UMNO ialah para pendidik yang dikerah supaya menghadirkan diri

Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Negeri Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak 5% dan bukannya "wang ehsan" seperti yang terkandung didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

“Saya maklum kepada Tuanku perkara ini, Tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus Tok Li, bagus, beritahu rakyat perkara yang sebenar..!” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru, Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak 5%seperti yang termaktub didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tohmahan orang berhubung kehadirannya malam ini.

“Kalau ada orang kata atau tohmah apa-apa, jawapan saya - peduli apa orang lain,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah sebagaiseorang rakyat Kelantan yang bertanggung jawab kepada negerinya dan demi kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.

Pada sidang media selepas ceramahnya pula, Tengku Razaleigh menyifatkanPengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampumanakala Utusan pula adalah "akhbar dongeng".

“Jangan sebut namaitu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya ketikadiminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan Pusat hanya akanmembayar wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Ditanyakonflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukanwang ihsan dan wang ihsan bukan royalti, wang ihsan tidak wujud dalamperjanjian yang ditandatangani sebaliknya yang wujud hanyalah royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.

Terdahulu, Tengku Razaleigh dan Dato' Paduka Husam Musa tiba di sinikira-kira jam 9.30 malam tadi dengan diarak oleh 50 beca dari PersatuanPengayuh Beca Kelantan dan hampir 30 buah motosikal Honda Klasikdaripada Kelab Honda Klasik Kelantan sebagai tanda sokongan daripelbagai pihak terhadap isu tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Difahamkaniringan beca adalah atas kehendak Persatuan Penarik Beca Kelantansendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokonganpenerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

credit to Eversite.org
 
Last edited:
Sponsored Post

Shukz Isma

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Sep 6, 2007
Messages
5,511
Reaction score
15
Points
70
mati hidup balik UMnong tak boleh tawan kelantan.
 

ApoKalypse

Active+ Member
Joined
Dec 2, 2007
Messages
3,333
Reaction score
40
Points
30
org kelate ni mmg berpuak, bagusnya mrk ni bersatu... tu pasal susah umenong nk tawan kelantan...
 

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
amin.....kami sokong tok guru
 

serai

Super Active Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
6,019
Reaction score
12
Points
65
thumb up to kelantan...
tb 3 ader tunjuk ke perkara yg berlaku kat kelantan ni?????
hampeh la klu tunjuk..aku rs mau terbakar tb
 

damiaphang

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
ramai ya amat...
ni yg puak2 umno takut nie...
 

MrKacanG

Super Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
5,061
Reaction score
31
Points
70
Alhamdulillah moga2 hasrat tercapai
 
Sponsored Post
Top
Log in Register