BTC USD 63,153.3 Gold USD 1,745.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Gambar) Siti Nurhaliza Zaman Anak Dara & Sekolah

Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
cntk jer ct nie time mude2..
 

REMEDY KARUNG GUNI

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 11, 2008
Messages
33,477
Reaction score
411
Points
136
siti ni comel...tapi tulah...susah nak cakaplah...biarlah rahsia
 

kerunai

CG Top Poster Club
Joined
Sep 2, 2007
Messages
24,973
Reaction score
46
Points
120
dulu rata, skang dh tinggi sket slow2
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
Siti bakal timang anak lelaki
WhatsApp_Image_2020-12-12_at_2.11.39_PM_1607756414.jpg
Impian Datuk Seri Siti Nurhaliza memiliki sepasang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila hamil anak lelaki. - Foto IG Siti Nurhaliza
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, bakal menimang cahaya mata lelaki pada April, tahun depan.

Penyanyi lagu Kuasa Cintamu itu berkongsi jantina anak yang bakal dilahirkan menerusi Kempen Shoppee Live 12.12 Birthday Sale secara maya, hari ini. Turut serta, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.

"Alhamdulillah, impian inginkan sepasang cahaya mata akan menjadi kenyataan, tidak lama lagi. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan ini," katanya yang kini hamil hampir lima bulan.

Siti berkata, anak sulungnya, Siti Aafiyah teruja bakal mendapat adik.

"Aafiyah, anak yang bijak. Apabila diterangkan akan mendapat adik, dia seakan faham. Malah, apabila ditanya mana adik, pantas ditunjuk ke perut saya dan menciumnya.

"Dia paling seronok nak dapat adik. Aafiyah, jenis yang suka kanak-kanak, tak kira kecil mahupun besar daripadanya.

"Jika ada anak kecil datang ke rumah, Aafiyah tidak segan buat kawan dan mengajak mereka main bersama-sama," katanya.

WhatsApp_Image_2020-12-12_at_2.11.54_PM_1607756409.jpg
Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mengumumkan jantina anak pada Kempen Shoppee Live 12.12 Birthday Sale secara maya, hari ini.
Berbanding awal trimester kehamilan, Siti berkata, dia cepat penat dan lemah.

"Nak bersiap pun jadi malas. Bagaimanapun, sekarang ini, sudah sedikit cergas. Tak mabuk dan loya lagi. Saya bolehlah turut serta dalam acara seperti kempen Shoppee ini.

"Saya bersyukur tidak mengidam bukan-bukan dan pelik sejak kehamilan Aafiyah hingga anak kedua ini. Semuanya masih terkawal, cuma saya tak boleh jamah makanan pedas sejak hamil Aafiyah dan anak kedua ini. Sedangkan, saya jenis suka makanan pedas," katanya.

Sementara itu, Datuk K mendedahkan anak lelak yang bakal dilahirkan juga akan dinamakan dengan permulaan nama Mohamad, diikuti huruf A.

"Saya sudah ada empat cahaya mata lelaki dan seorang perempuan. Nak tambah lagi seorang lelaki.

"Insya-Allah, nama anak kami akan dikongsi selepas tujuh hari kelahirannya nanti," katanya.

Pada acara sama, produk SimplySiti turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat kosmetik, Nr Cosmetics, milik jurusolek serta saintis, Nuex Rosli yang mengeluarkan produk dua dalam satu.

Produk jenama Siti yang sudah 10 tahun berada dalam pasaran di bawah kempen SimplySiti Di Hati turut menyertai kempen amal yang dianjurkan platform beli-belah berkenaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register