(Gambar) Serumah bersama 24 kambing

CG Sponsors




voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35

SERONOK...Wahid melihat kambing yang dipelihara di rumahnya sejak 10 tahun lalu.

LEDANG: Walaupun tinggal sebumbung dengan 24 kambing milik mereka di Pekan Rawang di sini, sejak 10 tahun lalu, Wahid Husin, 58, dan isteri, Ijah Jaafar, 40, tidak menganggap bau serta kesesakan di dalam rumah kerana kehadiran ternakan berkenaan mengganggu mereka sebaliknya menambahkan lagi keceriaan.

Mereka yang mendakwa sudah biasa hidup sebumbung dengan haiwan terbabit malah tidak sanggup membiarkan ternakan itu tinggal di luar.

“Ada rakan serta jiran mengesyorkan kami melepaskan kambing itu ke luar rumah tetapi kami bimbang hilang dicuri atau mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya, semalam.

Wahid yang mendakwa tidak cukup modal membina kandang kambing berkata, sudah lama dia merancang membina kandang berkenaan tetapi hasrat sering terbantut kerana ada lagi perkara penting perlu dilakukan dengan wang yang ada.Bagaimanapun, Wahid tetap berharap impiannya untuk mempunyai kandang kambing terlaksana.


Menurut Wahid, pada mulanya dia hanya membela dua kambing sebagai haiwan peliharaan tetapi lama-kelamaan membiak hingga mencecah 24 ekor.

“Semua ini bermula selepas saya mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah kilang perabot berhampiran dan membela kambing bagi mengisi masa lapang.

“Tidak pula saya jangka kambing dulunya hanya dua ekor kini membiak sebanyak sekarang menyebabkan rumah kami sesak,” katanya.

Pasangan yang masih tiada cahaya mata itu amat menyayangi kambing berkenaan sehingga tidak sanggup menjualnya kepada orang ramai.
 
Sponsored Post

XTigy

Fun Poster
Joined
Mar 18, 2009
Messages
465
Reaction score
51
Points
20
tengok orang tu pon dah ade rupe senyum kambing
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
adeh...jual la sket, pastu wat modal untuk kandang
kambing yang ala-ala hotel 5 star,
then beli baka lain skali, baru best :D
 

miecs

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,486
Reaction score
355
Points
86
sikit2 lama2 jadi bukit. nnt dia buka la kandang 5 star.
 

mrwest

Fun Poster
Joined
Aug 26, 2010
Messages
331
Reaction score
1
Points
15
hats off, wlu pun ada org nak beli, tp ttp x mau jual!
 

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
jual-lah kambing tu separuh untuk dapatkan modal... kambing tu nanti kan boleh membiak lagi...
 

kipas

Active+ Member
Joined
Apr 26, 2010
Messages
2,544
Reaction score
69
Points
30
dah sepuluh tahun, takkan tak dapat modal kot.. Inilah dinamakan, makan kambing, tido kambing, mandi je tak macam kabing
 

Prisoner

Active+ Member
Joined
Apr 25, 2010
Messages
4,005
Reaction score
38
Points
30
confirm punya orang keliling panggil dia wahid kambing
 
Sponsored Post
Top
Log in Register