BTC USD 103,551 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

gambar porno..

muhammad

Junior Member
Messages
60
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16
Hukum melihat gambar-gambar porno adalah haram, berdosa dan tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap nikmat mata.

Memelihara pandangan, penglihatan merupakan suatu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran secara jelas dalam surah al-Nur yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Ayat ini diturunkan bagi mendidik umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. daripada melihat ke arah wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Tegahan dalam ayat ini adalah larangan daripada melihat ke arah perempuan yang mendedahkan aurat semata-mata. Apatah lagi sekiranya melihat gambar-gambar porno.

Adapun kesan daripada melihat perkara-perkara porno akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan beberapa masalah, di antaranya ialah;


*Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.

Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol.

Banyak lagi perkara negatif berkemungkinan berlaku. Di antaranya;

lMerosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata: “Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan” (ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).

*Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.


*Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.

Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil.

Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya. Wallahua'lam
 
Sponsored Post

SOALAN:
bagaimana jika seseorg itu melihat gambar lucah
di internet lalu melakukan onani.apakah hukumnya..

JAWAPAN:
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Jangan kamu menganggap sesuatu dosa itu besar atau kecil kemungkinan tanggapan kita meleset daripada nulai sebenar dosa tersebut sama ada kecil atau besar".

Adapun tujuh dosa besar yang tersebut dalam hadis itu adalah merupakan contoh sahaja, masih terdapat lagi dosa-dosa yang besar yang lain yang perlu bagi setiap umat Islam menjauhi segala dosa dan bertaubat kalau telah melakukannya.Hukum melihat gambar lucah adalah haram dan berdosa.

Melakukan onani (walaupun untuk menghindari zina) adalah dilarang dan ditegah dalam Islam kerana ia adalah perbuatan luar tab'ii dan memberi mudarat kepada si pelaku..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register