Gambar Kereta Proton Saga Baru, Bentuk Lebih Moden

Recommended Brokers


Latest Threads

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,761
Reaction score
443
Points
83
Location
TANAH MELAYU
PROTON bakal lancar 3 model baharu bulan depan

SHAH ALAM: PROTON Holdings Bhd bakal melancarkan tiga model baharu berturut-turut bermula bulan hadapan sebagai usaha untuk meningkatkan kembali prestasi jualan kenderaan keluarannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata jualan kenderaan PROTON menurun sejak beberapa tahun kebelakangan berikutan persaingan yang semakin sengit.

Beliau berkata, pengeluar kereta nasional itu tiada pilihan dan perlu menampilkan model baharu dengan kualiti serta ciri dipertingkat untuk terus berdaya saing.

"Kami akan melancarkan model baharu Persona bulan depan, diikuti Saga baharu pada September dan Ertiga pada Oktober.

"Diharap model baharu yang akan dilancarkan mampu meningkatkan kembali jualan dan penguasaan pasaran PROTON," katanya kepada media sempena sesi pandu uji Perdana baharu dari Shah Alam ke Melaka di sini, hari ini.

Penguasaan pasaran PROTON untuk segmen kenderaan penumpang di negara ini kini merosot kepada hampir 15 peratus berbanding kira-kira 70 peratus di zaman kegemilangannya.

Ahmad Fuaad berkata, dalam kalangan tiga model baharu yang bakal dilancarkan, PROTON menyandarkan harapan kepada Saga dan Persona baharu untuk kembali menyemarakkan jualannya.

"Saga adalah model terlaris PROTON dengan lebih 1.2 juta unit dijual sejak diperkenalkan kira-kira 20 tahun lalu.

"Ertiga yang juga kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen B pula bakal menambah penawaran kami untuk penggemar MPV selain model popular Exora," katanya.

Ertiga ialah model pertama yang akan dikeluarkan oleh PROTON menerusi kerjasama dengan pengeluar kereta Jepun, Suzuki. Mengenai Perdana baharu yang dilancarkan awal bulan ini, Ahmad Fuaad berkata, berdasarkan sambutan diterima setakat ini, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran jualan 6,000 unit dalam tempoh 12 bulan.

Beliau berkata, setakat semalam pihaknya sudah menerima 1,100 tempahan untuk model berkenaan dengan 175 unit sudah didaftarkan.

"Kami yakin capai jualan Perdana baharu ini mampu mencecah 3,000 unit menjelang akhir tahun dan 6,000 unit tahun depan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/177228

video pengenalan Proton Saga 2016... fuh.. menarik gak...


http://www.youtube.com/watch?v=IEClr-qbKbk&feature=youtu.be
 
Last edited:
Sponsored Post

asniza78

Active Member
Verified
Joined
Jan 7, 2006
Messages
1,294
Reaction score
48
Points
0
ada gambar tak kereta proton ni semua?search dalam google pasal ertiga kuar gambar suzuki ertiga
 

naning

Active+ Member
Joined
Mar 3, 2013
Messages
4,149
Reaction score
432
Points
0
Kau keluarlah 10 modelpun tapi selagi masih pakai enjin campro memang payah nak jual.
 

hilmi_4601

Active Member
Joined
Apr 4, 2011
Messages
1,429
Reaction score
41
Points
0
3 product baru? strategi ape proton guna ni??
aku ni kire support proton jugak.. tp nampk mcm b0d00h sgt pulak strategi ni.. ke gamble? 3 product 1 je berjaya 2x.. or 3 3 berjaya?

btw.. ertiga ni baru dgr ni.. ade gmbo?
ke saga yg bontot beso tu
 

syah99

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,068
Reaction score
61
Points
0
Location
Battlefield
3 product baru? strategi ape proton guna ni??
aku ni kire support proton jugak.. tp nampk mcm b0d00h sgt pulak strategi ni.. ke gamble? 3 product 1 je berjaya 2x.. or 3 3 berjaya?

btw.. ertiga ni baru dgr ni.. ade gmbo?
ke saga yg bontot beso tu
direct pakai model suzuki ertiga kot,
tukar lampu & bumper.
menarik gak ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register