Gambar Kennedy dengan wanita bogel palsu

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
NEW YORK - Sekeping gambar lama yang didakwa menunjukkan Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy (gambar) berehat di atas sebuah kapal layar dengan empat wanita bogel dikenal pasti kelmarin sebagai palsu.

Gambar hitam putih itu mencetuskan kegemparan apabila disiarkan oleh sebuah laman web selebriti terkenal AS, TMZ.com baru-baru ini, yang juga laman pertama membongkar berita kematian raja pop Michael Jackson.

Kesan cetakan renyuk pada foto itu jelas menunjukkan satu imej yang kononnya Kennedy, ketika itu seorang senator, sedang bersantai di atas kapal tersebut bersama dengan beberapa orang wanita bogel.

Namun, sebuah laman web, The Smoking Gun memaparkan sekeping gambar berwarna yang sama dan diterbitkan di dalam sebuah majalah Playboy pada 1967 dengan merujuk kepada satu artikel mengenai percutian hebat di Carribean.

Dalam satu wawancara dengan laman itu, jurugambar Playboy, Larry Dale Gordon yang merakamkan foto tersebut berkata, lelaki yang dirujuk oleh TMZ sebagai Kennedy sebenarnya ialah seorang model berbayar.

Malah Playboy sendiri pada keluaran 1967 juga tidak menyebut lelaki di dalam foto itu sebagai Kennedy yang terbunuh lima tahun sebelum itu di Dallas, Texas.

Walaupun laman TMZ mendakwa mereka mempunyai beberapa pakar ternama yang dapat memeriksa kesahihan gambar itu, ia kemudian mengakui foto tersebut sebagai palsu namun tidak menjelaskan bagaimana mereka telah diperdayakan. - Agensi
 
Sponsored Post

fix90

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
ceh..macam2 buat untuk jatuhkan orang.. dunia oh dunia...
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
ceh..macam2 buat untuk jatuhkan orang.. dunia oh dunia...
Tadi kata mengantuk...tengok tajuk bogel terus ilang ngantuk ke? :eek:
 

fix90

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
tajuk best...tapi .. xpela..tunggu subuh habis...hehe :D:D


:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

saxxon

Active+ Member
Joined
Feb 17, 2008
Messages
3,975
Reaction score
44
Points
35
Tadi kata mengantuk...tengok tajuk bogel terus ilang ngantuk ke? :eek:
ha ha obat ngantuk tu boss ... kesian Tok Keneddy ni dah lama dok lam kubur tapi cite skandal dia tak abih...ada je..:D
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
ha ha obat ngantuk tu boss ... kesian Tok Keneddy ni dah lama dok lam kubur tapi cite skandal dia tak abih...ada je..:D
rimau mati tinggalkan belang...manusia mati tinggalkan nama #:-S
 

fix90

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
rimau mati tinggalkan belang...manusia mati tinggalkan nama #:-S
bukan tiggalkan Pict ke? cuba baca atas.. :D:D:D.. skrg banyak pict2 tu berleluasa.. :)cgrock satu hari nanti nak tau betul atau tak.. kena tanya tuan punya badan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register