BTC USD 57,379.0 Gold USD 1,795.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[GAMBAR] Kecederaan Ummi Nazeera dipukul Remy Ishak

Dzoolhelmi™

Legendary Member
Messages
10,486
Paid Membership
Joined
Dec 8, 2008
Messages
10,486
Reaction score
163
Points
133
Kecederaaan+Ummi+Nazeera+dipukul+Remy+Ishak.jpg

“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),” kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.

Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.

Sebelum ini, akhbar hanya melaporkan kenyataan Remy yang mendakwa dia diserang sekumpulan tujuh lelaki sehari selepas kejadian pertengkarannya dengan Ummi, 4 Disember lalu, namun tiada penjelasan balas daripada Ummi.

Susi berkata, selepas kejadian itu Remy datang kepadanya di tangga dan sempat berpesan sebanyak dua kali supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka.

“Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,” katanya yang ditemui di restoran milik Maziah di Danau Kota di sini, semalam.

Pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan sebenar insiden berkenaan yang difahamkan bukan kejadian pertama, sebaliknya Ummi pernah dicederakan ketika mereka bertengkar.

Ditanya bagaimana dia boleh berada di tempat kejadian, warga Indonesia itu memberitahu dia diarahkan tuan muda (abang Ummi) supaya mencari adiknya di bawah kondominium di Jalan Ampang.

“Selepas cik muda turun, tuan muda suruh saya meninjau keadaan cik muda, tapi dia minta saya duduk di tepi memerhatikan dari tangga,” katanya

Berikutan tidak tahan dengan nasib malang menimpa anaknya, Maziah menghantar surat terbuka berbentuk pesanan kepada Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.

Antara kandungan surat itu menyebut, dia tidak menghalang persahabatan anaknya seperti didakwa Remy sebagai hubungan antara dua darjat, sebaliknya mempersoalkan tindakan aktor popular itu memukul anak kesayangannya.

Keluarga Ummi juga membuat laporan polis pada awal pagi 5 Disember dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri.

Sebelum insiden pukul itu, Remy dikatakan bertengkar dengan Ummi hingga menyebabkan kecederaan pada aktres remaja terbabit, sebelum pelakon berkenaan dipukul sekumpulan tujuh lelaki di koridor bilik persalinan Istana Budaya pada malam keesokannya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Remy mengenai surat yang dihantar ibu Ummi kepadanya gagal kerana talian telefon bimbitnya dimatikan.

:)cgrock
 
Sponsored Post

virtualbiz

Active+ Member
Messages
4,899
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
gambar edit je nih...guna potosop pastu hihglight kaler merah bg nampak sikit cam darah :p
 

xalimx

Super Active Member
Messages
6,921
Joined
Sep 14, 2006
Messages
6,921
Reaction score
61
Points
70
tak agak2...kat celah mata tu ada darah..... bebudak nya editing ke? kalo darah kluar dari mata tu dah tahap mata leh jadi buta tu....
 

lestari17

Active Member
Messages
2,028
Joined
Apr 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
0
Points
20
Yeke ker???? cian cik muda ni yek........ biar betul si remy ni....:-?:-?:-?:-?
 

hafizuka

Super Active Member
Messages
6,956
Joined
Sep 25, 2008
Messages
6,956
Reaction score
261
Points
81
remy ni pegi libas awatnya, tak nak break aje la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register