Gambar bersama kerbau menang anugerah, "Kerbau macam rakan saya" - Mohd Syukur

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
TERKINI: 'Mowgli Malaysia' stabil, dijangka dibenarkan pulang pagi ini


KUALA TERENGGANU: Budak kerbau, Mohd Syukur Khamis, 14, dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan pulang pagi ini.

Abang kanak-kanak yang popular dengan gelaran ‘Mowgli Malaysia’ itu, Mohd Alias, 29, berkata, dia dan keluarga bersyukur apabila adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Alhamdulillah, syukur dalam keadaan stabil dan imbasan pada kepala juga tidak menunjukkan kecederaan pada bahagian berkenaan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, tengah malam tadi.

Menurutnya, tidak dinafikan insiden yang menimpa adiknya itu menimbulkan suasana panik dalam kalangan netizen.

"Bukan sahaja netizen, kami ahli keluarga pun panik dengan kejadian itu yang pertama kali dialaminya sejak bermain dengan kerbau," katanya.

Katanya, insiden yang menimpa adiknya itu adalah perkara biasa dialami sebagai anak pengembala.

"Kami adik-beradik semua pernah lalui keadaan ini dan saya sendiri pernah mengalami insiden itu tetapi bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius," katanya.

Sementara itu, jurufoto, Abdullah Dean Mohd Zain, 44, atau lebih dikenali dengan panggilan Dallah Deen, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika Mohd Syukur bersama beberapa sepupunya bermain di kandang haiwan berkenaan.

"Ketika kejadian, saya sedang bersembang dengan bapanya, Khamis sebelum terdengar mereka menjerit memberitahu Syukur jatuh," katanya.

Dallah berkata, kejadian berlaku ketika Syukur bersama beberapa sepupunya bermain dengan melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke seekor kerbau lain.

Menurutnya, sebelum kejadian dia bersama beberapa jurufoto luar termasuk dari Pulau Pinang merakam aksi Syukur dengan haiwan ternakannya.

"Kejadian itu berlaku selepas kami selesai merakam gambarnya, malah tidak ada siapa yang sempat merakam momen itu kerana semua jurufoto sudah keluar daripada kandang.

"Malah, saya sendiri ketika itu sedang berehat di wakaf sambil berbual dengan bapanya, Khamis Jusoh,” katanya.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/n...ia-stabil-dijangka-dibenarkan-pulang-pagi-ini







.
 
Sponsored Post

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
'Mowgli Malaysia' terus jadi 'buruan'


Jurugambar dari Taiwan mengambil gambar Muhmmad Syukur bersama kerbau di Kampung Banggol Katong. FOTO Ihsan Pembaca






KEHIDUPAN ‘Mowgli Malaysia’, Muhammad Syukur Khamis, 14, bersama ternakannya terutama kerbau terus menjadi perhatian jurugambar yang tidak mahu melepaskan peluang merakamkan aksi pelajar terbabit bersama haiwan itu.

Ini terbukti apabila 11 jurugambar dari Taiwan meluangkan masa dua hari di kandang kerbau milik keluarga Syukur di Kampung Banggol Katong, Marang Jumaat lalu semata-mata mahu melihat gelagat Syukur bersama haiwan ternakan keluarganya.

Kehadiran jurugambar profesional itu bukan hanya memberi pengalaman baru kepada Syukur tetapi dapat memartabatkan budaya negeri itu di persada antarabangsa.

Abangnya, Muhamad Alias, 29, berkata, kehadiran 11 jurugambar dari Taiwan itu melalui jurugambar tempatan dari Johor yang sering merakam gambar adiknya bersama kerbau sebelum ini.

“Memang bangga apabila jurugambar dari negara luar sanggup datang dari jauh semata-mata ingin merakam gambar adik bersama ternakan.

“Bukan saja kerbau tetapi keletah Syukur bersama ayam, kambing dan angsa juga dirakam mereka kerana menyifatkan ia unik dan luar biasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Alias berkata, keluarganya juga mengambil peluang menjamu kumpulan jurugambar itu dengan makanan tradisional Terengganu seperti ketupat, pulut panggang dan nasi dagang.

“Kehadiran mereka memberi peluang kepada kami memperkenalkan budaya dan makanan tradisional tempatan dengan harapan ia dapat diceritakan di negara mereka sekali gus menarik minat lebih ramai pelancong dari negara itu datang ke Terengganu.

“Walaupun sebelum ini kami pernah menerima tetamu dari luar negara seperti India, kehadiran jurugambar dari Taiwan itu sangat bermakna buat kami sekeluarga apatah lagi ketika kita masih berada pada Syawal,” katanya.

Sementara itu, Syukur berkata, dia masih menerima pelbagai jemputan untuk menghadiri pelbagai program di dalam dan luar negeri.

“Jadual saya terlalu padat dan saya akan ke Pulau Pinang, Kuantan dan Kelantan dalam masa terdekat bagi memeriahkan program yang dianjurkan.

“Biarpun jadual sangat padat dengan pelbagai aktiviti namun tanggungjawab sebagai pelajar tidak pernah diabaikan dan ia tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Menurutnya, sambutan Syawal tahun ini paling memberi tuah kepadanya kerana ramai peminat datang berjumpanya dan memberi duit raya.

“Saya sangat terharu kerana ramai peminat yang juga perantau pulang ke kampung datang ke rumah semata-mata ingin berjumpa serta memberi duit raya,” katanya.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/469313/mowgli-malaysia-terus-jadi-buruan







.
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
Koleksi Mowgli Malaysia 'terbang' ke NZ











KOLEKSI gambar Muhammad Syukur Khamis atau dikenali ‘Mowgli Malaysia’ bersama kerbau peliharaan keluarganya bakal dipamerkan di Wellington, New Zealand, bulan hadapan.

Lakaran sejarah baharu buat jurugambar tempatan, Abdullah Deen Mohd Zain, 44, yang merakamkan aksi Muhammad Syukur, 14, itu hingga memenangi anugerah peringkat antarabangsa.

Menurut Abdullah Deen atau dikenali Dallah Deen, pameran Malaysia Mowgli A Photographic Exhibition akan berlangsung 15 hingga 22 September mengetengahkan 100 koleksi Muhammad Syukur bersama ternakan dan Jalur Gemilang.

“Ia koleksi gambar sepanjang lima tahun yang saya rakam bermula 2015, akan ditayangkan secara percuma untuk mempromosikan keindahan alam semula jadi dan keunikan Malaysia.

“Saya sudah menjelajah ke seluruh negeri termasuk Kelantan, Sabah, Perlis, Pahang dan Pulau Pinang untuk pameran gambar Muhammad Syukur dan ini satu penghormatan apabila berpeluang mempamerkan koleksi sama ke luar negara.

“Ia gambar terbaik yang pernah dihasilkan dan saya berharap koleksi ini mendapat reaksi positif masyarakat di sana terutama dalam kalangan penggemar fotografi kerana pameran ini juga bersempena Hari Malaysia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Dallah Deen berkata, dia teruja dan bertuah menerima tawaran untuk mempamerkan koleksi itu daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dan Ekta New Zealand Inc.

Sementara itu, Muhammad Syukur turut berkongsi kegembiraan sama apabila gambarnya bersama ternakan kesayangan bakal ‘terbang’ ke New Zealand.

“Jika diikutkan perancangan awal, saya akan turut serta ke pameran berkenaan namun terpaksa membatalkannya kerana faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Walaupun tidak dapat bersama, saya tetap gembira kerana koleksi gambar itu diiktiraf dan dipamerkan hingga ke luar negara sempena Hari Malaysia,” katanya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/490489/koleksi-mowgli-malaysia-terbang-ke-nz
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,527
Reaction score
11,545
Points
2,376
Koleksi Mowgli Malaysia 'terbang' ke NZ











KOLEKSI gambar Muhammad Syukur Khamis atau dikenali ‘Mowgli Malaysia’ bersama kerbau peliharaan keluarganya bakal dipamerkan di Wellington, New Zealand, bulan hadapan.

Lakaran sejarah baharu buat jurugambar tempatan, Abdullah Deen Mohd Zain, 44, yang merakamkan aksi Muhammad Syukur, 14, itu hingga memenangi anugerah peringkat antarabangsa.

Menurut Abdullah Deen atau dikenali Dallah Deen, pameran Malaysia Mowgli A Photographic Exhibition akan berlangsung 15 hingga 22 September mengetengahkan 100 koleksi Muhammad Syukur bersama ternakan dan Jalur Gemilang.

“Ia koleksi gambar sepanjang lima tahun yang saya rakam bermula 2015, akan ditayangkan secara percuma untuk mempromosikan keindahan alam semula jadi dan keunikan Malaysia.

“Saya sudah menjelajah ke seluruh negeri termasuk Kelantan, Sabah, Perlis, Pahang dan Pulau Pinang untuk pameran gambar Muhammad Syukur dan ini satu penghormatan apabila berpeluang mempamerkan koleksi sama ke luar negara.

“Ia gambar terbaik yang pernah dihasilkan dan saya berharap koleksi ini mendapat reaksi positif masyarakat di sana terutama dalam kalangan penggemar fotografi kerana pameran ini juga bersempena Hari Malaysia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Dallah Deen berkata, dia teruja dan bertuah menerima tawaran untuk mempamerkan koleksi itu daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dan Ekta New Zealand Inc.

Sementara itu, Muhammad Syukur turut berkongsi kegembiraan sama apabila gambarnya bersama ternakan kesayangan bakal ‘terbang’ ke New Zealand.

“Jika diikutkan perancangan awal, saya akan turut serta ke pameran berkenaan namun terpaksa membatalkannya kerana faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Walaupun tidak dapat bersama, saya tetap gembira kerana koleksi gambar itu diiktiraf dan dipamerkan hingga ke luar negara sempena Hari Malaysia,” katanya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/490489/koleksi-mowgli-malaysia-terbang-ke-nz
Berbaloi Dallah Deen amik gambo
Naikkan lagi nama 🇲🇾 👍
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,699
Reaction score
310
Points
91
mesin ATM BIMB pun ada guna gambar dia... rezeki dia.. .dan keluarga
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
1600063900460.png

1600063910905.png



‘Mowgli Malaysia’ bersedih, puluhan kerbau mati mengejut
Diterbitkan Hari ini 1:10 pm

Dikemaskini Hari ini 1:43 pm


Mohd Shukor Khamis, remaja yang sebelum ini mencuri perhatian selepas gambarnya bersama kerbau peliharaannya tular, kini berdepan dengan kematian puluhan ekor kerbaunya yang berlaku secara mengejut.
Simpati dengan berita itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad hari ini menasihati Syukor dan bapanya, Khamis Jusoh supaya bersabar menghadapinya.
“Pagi ini menerima berita kematian tiba-tiba 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.

“Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang,” tulisnya di hantaran di Facebook hari ini.

1600063918748.png




Syukor, remaja berusia 15 tahun sebelum ini pernah digelar ‘Mowgli Malaysia’ kerana aksinya yang cukup unik bersama kerbau-kerbau peliharaannya yang menarik perhatian jurugambar.

Daripada apa yang menimpa Syukor dan Khamis, Zulkifli juga berpesan bahawa hidup dan mati adalah ketentuan Allah.

“Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT.

“Maha suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, portal Berita Harian Online yang meninjau ke kandang kerbau keluarga itu di Kampung Banggol Katong melaporkan lebih 30 daripada 110 kerbau mereka mati secara mengejut sejak Rabu lalu.

"Pada mulanya hanya seekor yang mati pada Rabu tanpa sebarang tanda kematian dan disangka penyakit biasa.

"Keesokan harinya, seekor lagi yang mati sebelum dua ekor pada Jumaat, empat ekor pada Sabtu dan 11 ekor pada Ahad.

"Hari ini sahaja 10 ekor mati dan dijangka lebih lima ekor lagi yang akan mati kerana sebab yang sama," katanya yang dipetik akbar itu.

Akhbar itu juga memetik, ayahnya, Khamis Jusoh, 64 sebagai berkata, keluarganya buntu memikirkan penyakit yang menular itu.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu sudah datang dan membuat siasatan punca kematian kerbau.

"Berkemungkinan besar ia mati kerana penyakit hawar berdarah bagaimanapun keputusan ke atas pemeriksaan itu akan diperoleh dua minggu lagi.

"Kerbau yang mati itu hanya mengalami selsema tanpa menunjukkan tanda-tanda diserang penyakit," katanya.

Khamis juga dipetik sebagai berkata mereka kerugian hampir RM200,000 susulan kematian lebih 30 kerbau itu.

Sebelum ini, bakat semula jadi Syukor bersama kerbaunya sejak kecil itu menghasilkan gambar-gambar fotogenik yang diambil oleh jurugambar Mohd Nazri Sulaiman dan Abdullah Deen Mohd Zain, sehingga foto yang diambil oleh Mohd Nazri berjaya meraih anugerah Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic, bagi kategori Jalanan/Orang Terbaik.

Foto-foto Syukor turut memberi ilham kepada penghasilan telefilem Budok Kuba, yang menyaksikan Syukor sebagai pelakon utama.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Harian Metro
1m ·
#KualaTerengganu Penyakit ini bermula sejak Ogos lalu tetapi sudah pulih sekejap namun bermula semula.
https://www.hmetro.com.my/…/kerbau-mowgli-mati-kerana-hawar…

Kerbau 'Mowgli' mati kerana hawar berdarah


MUHAMMAD Khamis dari Kampung Banggol Katong melihat kerbaunya yang mati. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

MUHAMMAD Khamis dari Kampung Banggol Katong melihat kerbaunya yang mati. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli



Kuala Terengganu: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengesahkan lebih 30 kerbau milik Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' diserang penyakit Heamoragic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah.

Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan keadaan kerbau, selain rekod kematian kerbau di tempat lain.
"Penyakit ini bermula sejak Ogos lalu tetapi sudah pulih sekejap namun bermula semula pada 12 September.

"Saya sudah mengingatkan penternak supaya sentiasa menyuntik vaksin pencegahan HS ke atas ternakan mereka.
"Malangnya tidak semua penternak yang akur dengan arahan dan memberi kerjasama pada akhirnya mereka mengalami kerugian," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Mohd Termizi berkata, kes hawar berdarah mula dikesan di Kampung Tumang Jerong, Marang.

"Kes pertama HS bermula pada 9 Ogos membabitkan kematian 22 kerbau dan 15 lembu dan kematian terakhir pada 28 Ogos lalu.
"JPV memulakan penvaksinan HS pada 30 Ogos ke atas 675 lembu dan 58 kerbau milik 106 penternak di 12 kampung.

"Pada 12 September berlaku kes HS baru di Kampung Banggol Peradong membabitkan kematian tujuh kerbau milik seorang penternak," katanya.
Beliau berharap semua penternak bersabar dan mematuhi arahan yang dikeluarkan JPV.

"Dalam keadaan sekarang hadkan pergerakan ternakan sama ada lembu atau kerbau ke kawasan lain.
"Kedatangan lori peraih ternakan daripada datang ke kandang ternak juga perlu dihadkan.
"Segala bentuk perjalanan dan pemindahan haiwan ternakan perlu mendapat permit perjalanan daripada JPV terlebih dahulu bagi mengelakkan penularan wabak ke tempat lain," katanya.



Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 2:05 PM

 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,699
Reaction score
310
Points
91
kerbau pun kena kuarantin nih..... mudah merebak jugak penyakit nih
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,422
Reaction score
21,052
Points
1,671
200k byk tu rugi klo jual

aritu gmbr die tcalon utk peringkat asia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register