Gambar bersama kerbau menang anugerah, "Kerbau macam rakan saya" - Mohd Syukur

CG Sponsors




ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,466
Reaction score
525
Points
71
brapa kerugian kos ni?

satu kerbau brapa RM?
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Harian Metro
11m ·
#kualaterengganu Bapanya, Khamis Jusoh, juga tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat ibu kerbau sedang menyusu anak mati kerana penyakit itu
https://www.hmetro.com.my/…/620703/5-lagi-kerbau-syukur-mati

5 lagi kerbau Syukur mati



MUHAMMAD Syukur sebak memerhati kerbau ternakannya mati mengejut, kelmarin. FOTO Ghazali Kori

MUHAMMAD Syukur sebak memerhati kerbau ternakannya mati mengejut, kelmarin. FOTO Ghazali Kori



Kuala Terengganu: Lima lagi kerbau milik Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' mati pagi ini.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kerbau yang mati sebanyak 41 ekor.

Bapanya, Khamis Jusoh, 64, berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat ibu kerbau yang sedang menyusu anak mati kerana penyakit itu.
"Sedih melihat ibu kerbau yang baru melahirkan anak sebulan lalu mati pagi ini.

"Menitis air mata saya tengok anak kerbau terpinga-pinga melihat ibunya tidak bernyawa.
"Saya buntu memikirkan cara untuk menyelamatkan kerbau yang masih hidup dan mempunyai tanda-tanda penyakit itu," katanya ketika ditemui di kandang kerbau miliknya, hari ini.
Khamis berkata, dia cuma berharap lebih 50 kerbau yang masih hidup itu dapat diselamatkan.

"Kalau boleh nak selamatkan kerbau yang masih hidup, harap Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu dapat berbuat sesuatu.
"Sekiranya kerbau yang ada tidak dapat diselamatkan apa boleh buat, semuanya kehendak Allah dan saya perlu reda," katanya.

Sementara itu Muhammad Syukur berkata, sebanyak lima kerbau lagi yang mempunyai tanda penyakit dan berkemungkinan akan mati.
"Lima kerbau mengalami simptom hawar berdarah (HS) seperti termenung, selesema dan lesu dan sedang menunggu untuk mati.

"Setakat ini kerbau kesayangan saya iaitu Tongkol, Baba, Semek dan Along masih tidak punyai tanda penyakit itu.
"Kerbau itu saya sudah alihkan 30 meter dari kandang utama dengan harapan kerbau itu dapat diselamatkan," katanya.

Menurutnya, dia hanya mampu berdoa supaya kerbau yang masih hidup itu dapat diselamatkan dan reda sekiranya semua kerbau ditakdirkan mati kerana HS.
Harian Metro semalam melaporkan lebih 30 daripada 110 kerbau milik Muhammad Syukur mati tiba-tiba kerana diserang Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah sejak Rabu lalu.




 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,378
Reaction score
950
Points
71
Bagus adik Syukor ni. Kalau dah minat dengan kerbau, belajar rajin-rajin, bila besar nanti boleh jadi doktor Veterinar pulak.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Malaysiakini (BM Version)
8m ·
“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) jabatan supaya wabak tak merebak. Pemberian vaksin itu dilakukan secara percuma sahaja," kata Azman.

1600142184604.png


Hawar berdarah: Ada penternak tak ambil peduli vaksin, kata exco
Bernama
Diterbitkan Hari ini 11:44 am

Vaksin untuk mencegah penyakit hawar berdarah dalam kalangan haiwan ternakan adalah percuma, justeru apa yang diperlukan hanya kerjasama penternak supaya memberi kebenaran suntikan dilakukan.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata ada kalanya kerajaan mengalami kesukaran melaksanakan langkah pencegahan kerana sikap tidak ambil peduli tentang kepentingan vaksin.

“Apabila ada kes wabak yang melanda ternakan lembu dan kerbau seperti hawar berdarah dikesan di sesuatu lokasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan segera melakukan tindakan pencegahan dengan pemberian vaksin kepada semua ternakan yang berada dalam daerah dan kawasan sekitar.

“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) jabatan supaya wabak tak merebak. Pemberian vaksin itu dilakukan secara percuma sahaja.

"Hanya kerjasama daripada pemilik ternakan yang diperlukan dan saya yakin stok vaksin yang ada adalah mencukupi, “ katanya ketika dihubungi Bernamadi Kuala Terengganu hari ini.
Azman berkata terdapat segelintir penternak yang menolak permohonan JPV kerana beranggapan ternakan mereka sihat hingga proses mencegah penularan terganggu, yang akhirnya membawa kematian ternakan dalam kuantiti yang banyak.

Katanya, penyakit hawar berdarah dikesan berlaku di Terengganu pada 2018 dan JPV mengambil tindakan sepatutnya sebagaimana SOP.
“Apabila mula dikesan pada 2018 hingga fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 2020 proses vaksin dilakukan secara berterusan.

"Tanpa vaksin, jangkitan dan kematian ternakan boleh berlaku tanpa dijangka. Vaksin sebagai suatu ikhtiar pencegahan. Tanpa ikhtiar kita tidak boleh berserah begitu sahaja.
“Biasa berlaku apabila berlaku kematian barulah pemilik yang asalnya tidak memberikan kerjasama, mengizinkan baki ternakan mereka yang masih hidup diberikan vaksin,” katanya yang turut berharap agar penternak di negeri itu mengubah sikap dan mendengar saranan JPV.

Azman juga menggesa penternak mengambil langkah pencegahan dengan mengasingkan haiwan ternakan bergejala serta segera melaporkan kepada JPV untuk mengambil vaksin dalam tempoh terdekat.
Semalam tular tentang kematian 36 ekor kerbau peliharaan keluarga ‘Kampung Boy’ atau Muhammad Syukur Khamis, 15 , secara berperingkat sejak Rabu lalu.

Pagi ini enam ekor lagi mengalami nasib sama yang dipercayai akibat hawar berdarah. Hingga kini, siasatan mengesan punca kematian itu masih giat dilakukan oleh pihak JPV.
Sementara itu, Pengarah JPV Terengganu Dr Mohd Tarmizi Ghazali berkata dari 9 hingga 28 Ogos lepas, seramai 13 penternak turut mengalami musibah itu, melibatkan kematian 22 kerbau dan 15 lembu di Kampung Tuman Jerong, Marang.

Pihaknya mengesan terdapat jangkitan penyakit hawar berdarah atau hemorrhagic septicemia pada haiwan berkenaan.
Susulan itu, operasi memberi vaksin dilakukan ke atas 675 lembu dan 58 kerbau milik 106 penternak di 12 kampung sejak 30 Ogos lalu.
- Bernama

 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,749
Reaction score
753
Points
121
boleh jangkiti manusia ke?

mana tau
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
BERNAMA

9m ·

"Semek yang paling manja, paling memahami perasaan saya waktu sedih atau gembira. Semek yang paling istimewa berbanding lebih 110 kerbau lain, namun sayangnya Semek pergi juga," kata Muhammad Syukur Khamis.
Semek yang berusia tujuh tahun adalah antara enam lagi kerbau milik keluarga 'Mowgli Malaysia' itu yang mati dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia pagi ini.

"Kematian Semek satu kehilangan besar buat saya" - Mowgli Malaysia

df85681553940b0ada0f19206ea8d3705f618dae8cadd.jpg


16/09/2020 11:59 AM

KUALA TERENGGANU, 16 Sept -- "Semek yang paling manja, paling memahami perasaan saya waktu sedih atau gembira. Semek yang paling istimewa berbanding lebih 110 kerbau lain, namun sayangnya Semek pergi juga," kata Muhammad Syukur Khamis.

Semek yang berusia tujuh tahun adalah antara enam lagi kerbau milik keluarga 'Mowgli Malaysia' itu yang mati dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia pagi ini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian kerbau yang direkodkan ialah sebanyak 50 ekor setakat pagi ini.


Lebih menyedihkan bagi remaja yang berumur 15 tahun itu ialah Semek tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit yang ketara berbanding kerbau lain yang mati sebelum ini.
"Selama ni, Semek tak pernah demam atau sakit, saya dah jaga dia selama enam tahun...memang kami sangat rapat kerana Semek mudah 'dengar kata', sebab itu saya pilih Semek untuk berlakon dalam telemovie Budok Kuba.

"Memang banyak air mata yang tumpah kerana kematian Semek memang tidak dijangka... kehilangannya lebih pedih berbanding kehilangan kerbau lain seperti Awang (disembelih untuk perkahwinan abangnya tahun lalu), namun saya reda ini semua takdir Allah SWT," katanya yang kelihatan sugul.

Kematian Semek disedari oleh kakak Muhammad Syukur iaitu Nor Ain Amirah, 20, kira-kira 7 pagi tadi.

Kesedihan keluarga 'Kampung Boy' itu yang berdepan episod duka kematian kerbau bermula 9 Sept itu mendapat simpati netizen dan ramai yang mendoakan agar keluarga itu tabah dengan dugaan tersebut.
Mengimbas kembali kenangan terakhirnya bersama Semek, Muhammad Syukur berkata beliau telah mengasingkan Semek bersama anak sulung yang diberi gelaran Along sejak semalam.
"Along telah diberi suntikan antibiotik pada 9 Sept lepas namun suntikan itu tidak boleh diberi kepada Semek kerana ia sedang bunting anak yang kedua.


"Harapan saya tiada lagi kerbau yang akan mati disebabkan penyakit ini kerana kami sedang dalam proses membuat kuarantin untuk kerbau yang masih sihat dengan bantuan JPV (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) Terengganu," katanya.
-- BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
1600243092126.png


Kerajaan akan bantu keluarga 'Mowgli Malaysia'
Bernama
Diterbitkan Hari ini 3:32 pm


Kerajaan akan membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis yang kematian 50 ekor kerbau peliharaan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.

Katanya kematian haiwan itu yang dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia adalah satu perkara yang sangat serius dan perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan jangkitan ke kawasan ternakan yang lain.

"Keutamaan sekarang ialah memastikan kerbau ternakan keluarga ini tidak keluar dari kandang dan tidak bercampur dengan haiwan peliharaan penternak lain," katanya kepada pemberita ketika meninjau kandang kerbau milik keluarga remaja yang terkenal dengan gelaran 'Mowgli Malaysia' itu di Kampung Kubang Bujuk di Kuala Terengganu hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata kerajaan negeri juga akan menyalurkan bantuan melalui Tabung Bencana untuk meringankan urusan keluarga tersebut.
Dalam pada itu, bapa Muhammad Syukur, Khamis Jusoh, 64 berterima kasih kepada dua pemimpin tersebut yang meluangkan masa melihat sendiri situasi terbaharu di kandang miliknya tersebut.

"Kami sekeluarga berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan baki kerbau yang masih ada … terima kasih kepada semua yang mendoakan dan prihatin dengan kami," katanya yang mengusahakan penternakan kerbau sejak 50 tahun lepas.

Muhammad Syukur mula terkenal apabila gambar-gambar yang menampilkan kemesraannya dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan keluarganya tular, selain gambar tersebut turut tersenarai sebagai antara 20 yang terbaik dunia.
- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
1600324396787.png


Jabatan veterinar mula suntik antibiotik pada kerbau Syukur


Diterbitkan Hari ini 12:20 pm


Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah memulakan suntikan antibiotik kepada baki 58 ekor kerbau milik keluarga Muhammad Syukur Khamis yang masih sihat.
Pengarahnya Dr Mohd Termizi Ghazali berkata suntikan itu bagi mencegah jangkitan sekunder serta meningkatkan daya tahan kerbau untuk melawan penyakit.

"Sekiranya haiwan tersebut sudah dijangkiti penyakit itu, antibiotik hanya melambatkan proses kematian. Selebihnya bergantung pada daya tahan kerbau berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Keluarga remaja yang terkenal dengan gelaran 'Mowgli Malaysia' dan 'Kampung Boy' itu mendapat simpati rakyat Malaysia apabila 52 daripada 110 kerbau peliharaan mereka mati secara berperingkat sejak 9 Sept lepas dipercayai akibat hawar berdarah.

Muhammad Syukur, 15, mula terkenal apabila gambar-gambar yang menampilkan kemesraannya bersama lebih 100 ekor kerbau tular dan gambar-gambar berkenaan pernah muncul juara pertandingan foto peringkat Asia selain tersenarai antara 20 gambar terbaik dunia.
- Bernama

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,527
Reaction score
11,545
Points
2,376
Nyaknyer ke Syukur
Ilang saing
Jaga molek hok ada tu
Blh wat teman begalokss
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
2,940
Reaction score
213
Points
33
siang dier...nok wat gu mane....doh takde rezeki...harap hok ade tuh gi buwi vaksin cepat2
 
Sponsored Post
Top
Log in Register