(Gambar)Bdk UNITEN buat maksiat dalam keta & langgar orang sampai mati

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Akibat panik dan ketakutan dicekup berkhalwat dalam kawasan kampus, seorang mahasiswa yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya dalam kereta bertindak memecut kenderaannya untukmelepaskan diri.

Tindakannya dalam keadaan tergesa-gesa itubagaimanapun mengundang padah apabila pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dekat sini itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pagar keselamatan di pintu utama universititersebut.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan pagar besi di situ tumbang lalu mengenai kepala seorang polis bantuan yang kebetulan berada di situ sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepaladalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.

Malangnya,setelah dua hari bertarung nyawa, mangsa, Mohd. Sufian Khamis, 25,gagal diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL)pada pukul 4.30 petang ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis menerima dua laporan berkaitan insiden kemalangan itu pada Khamis lalu iaitu daripada mahasiswa terbabit dan penyelia polis bantuan universititersebut.

Katanya, kemalangan membabitkan mahasiswa tahun dua dari Fakulti Teknologi Maklumat itu dilaporkan berlaku pada pukul 2.30 pagi.

'Mengikut laporan, mahasiswa berusia 20 tahun yang memandu kereta Perodua Viva bersama seorang mahasiswi itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya semasa mahu keluar dari kawasan kampus.

'Keretanya terbabas lalu melanggar pagar besi di situ lalu mengenai seorang polis bantuan,'katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan tetapi dipindahkan ke HKL selepas itu.

Selepas dua hari bertarung nyawa, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia hari ini.

Che Hussin berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada mahasiswa terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta PengangkutanJalan 1987 iaitu kecuaian menyebabkan kematian.



http://www.facebook.com/group.php?v=wall&ref=nf&gid=269975107800

ni ada group dalam fb tuk menuntut keadilan.. dengar cite mahasiswi tu salah sorang anak vip.. mungkin terlepas.. papehal mmg tak patut la.. da buat maksiat, langgar orang sampai mati pulak.. al-fatihah tuk arwah suffian..



yg viva tu kete bf dia.. anak vip tu gf dia.. yg drive bf tu.. bf tu mmg tak ley lari la.. tapi yg tak puas ati skang, patutnya gf anak vip tu kene sabit bersubahat gak.. tapi dia lepas sbb geng2 uniten ckp, bapak dia vip ada kepentingan.. so skang yg kene bf tu je la sorg..

"couples tu MMG naked n one above another in a locked car depan swimming pool masa guard on duty conveyed torch light n knocked d car window..pas tu dua ekor tu dah panic,terus start engine n pecut..guard on duty called postguard to close d gate,Masa sampai kat gate depan, die xnak brenti n rempuh je gate, thats why guard yang kat blakang gate tu parah..

sumber unitenkini.blogspot"


sape2 yg berkesempatan tu bolehlah datang ke masjid UNITEN pada khamis ini untuk majlis tahlil dan bacaan Surah Yassin untuk Allahyarham.
 
Last edited:
Sponsored Post

CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
sumer nak diselesaikan dgn duit...dasar bangsat....:(scam
 

taufic

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
692
Points
161
kes naya.. orang tak bersalah jadi mangsa
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,187
Reaction score
820
Points
176
memang bangsat pun... kalau tok sure tok titik sampai dio jadi giler... :mad:
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
macam2 hal student skrg ni..
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
al fatihah utk arwah
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,844
Reaction score
38
Points
130
da la wat maksiat, pastu bunuh orang pulak,
patut kene hukum bunuh 5 kali dorang nih
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
yg viva tu kete bf dia.. anak vip tu gf dia.. yg drive bf tu.. bf tu mmg tak ley lari la.. tapi yg tak puas ati skang, patutnya gf anak vip tu kene sabit bersubahat gak.. tapi dia lepas sbb geng2 uniten ckp, bapak dia vip ada kepentingan.. so skang yg kene bf tu je la sorg..
cam takde kaitan je. lemah sgt nak kaitkan pompuan ni.
keter orang lain, yg drive orang lain. dia duk sebelah je.

sebelum kejadian dia omen2 ngan pesalah. tu je kan? :-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register