BTC USD 49,597.8 Gold USD 1,691.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Gambar) 'Baru semalam kami bergurau'

CG Sponsors




voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35

REMUK...keadaan kereta mangsa yang terbabas sebelum melanggar tiang monorel, pagi semalam. Gambar kecil, Intan.

KUALA LUMPUR: “Saya masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya Intan sudah tiada, sedangkan baru semalam, kami sempat bergurau,” kata kakak mangsa kemalangan maut di Jalan Bangsar, Liza Mohd Nazri, 35.

Liza berkata, adiknya, Intan Safiah Mohd Nazri, 25, seorang anak yang manja dengan keluarga kerana dia adalah anak bongsu daripada enam adik beradik sehingga makannya juga masih bersuap.


Intan maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan serta melanggar tiang monorel di depan dataran Maybank, kira-kira 5.25 pagi semalam.

Beliau juga kakitangan pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Nor yang menerajui Syarikat Suhan Movie “Sehingga kini pun jika arwah pulang ke rumah emak, Aisyah Mohamad, 60-an, di Subang, emak akan menyuapkan makanan kepadanya.


“Kali terakhir Intan makan bersuap minggu lalu ketika pulang ke rumah emak. Itulah suapan terakhir emak untuk Intan sebelum dia pergi meninggalkan kami,” katanya.


Menurutnya, sebelum ini arwah tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya, cuma pada hari kejadian selepas pulang ke rumah di Kampung Kerinchi pada jam 7.30 malam, arwah hanya berkurung di dalam bilik.“Saya cuba mengetuk pintu biliknya beberapa kali tetapi tidak dibuka. Arwah cuma meminta saya tunggu sekejap kerana sedang berbual dengan seseorang melalui telefon bimbit.


“Tidak lama kemudian arwah memberitahu saya hendak pulang ke rumah emak. Pada waktu itu, arwah hanya membawa beg sandang dan beg tangan keluar dari rumah kira-kira jam 8.30 malam,” katanya.

Bagaimanapun, selepas itu Liza tidak pulang sebaliknya keluarganya dikejutkan dengan satu panggilan misteri daripada seorang lelaki yang hanya memberitahu nombor pendaftaran kenderaan milik arwah kemalangan.


Bapa mangsa, Mohd Nazri Andak Lam, 75, berkata, dia menyangka arwah yang menghubunginya tetapi terkejut suara lelaki bercakap memberitahu kereta anaknya kemalangan.


Menurutnya, selepas itu, dia cuba menghubungi semula namun telefon bimbit berkenaan sudah dimatikan.


Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas.


Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius pada kepala dan maut serta- merta di tempat kejadian.


“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Jenazah mangsa selamat dikebumikan selepas waktu Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinchi.
 
Sponsored Post

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
keta apa tu ek ?
 

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
memang betul anak manja laa .. 25tahun pun bersuap lagi .. alfatihah ..
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
96
Points
120
mcm keta persona
al-fatihah
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,212
Reaction score
830
Points
176
5.30 pagi baru nak pulang rumah.. hmm g mana papagi baru balik... huhuhu
 

AjuL

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
apsal den tgk ada 3 kaler lak tu..apepon..al fatihah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register