gambar bakteria yg membuatkan anda sakit perut,cirit birit,muntah. jahat menatang nih

CG Sponsors




david.cronenberg

Active+ Member
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
20
Points
371
Keracunan Makanan

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:

Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
Umur seseorang
Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :

Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.
Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna.
Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.
Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:

Sentiasa menjaga kebersihan
Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
Sentiasa masak dengan sempurna
Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.


MARI MENGENAL BAKTERIA JAHAT

staphylococcus aureus



salmonella



escherichia coli enteropatogenic



bacillus cereus




vibrio parahaemolyticus



campylobacter









Penulis : Dr. A'aisah Bt Senin & Norraini bt Eksan (pegawai teknologi makanan) dari Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Last edited:
Sponsored Post

mr.nazc

Active Member
Joined
Sep 7, 2011
Messages
1,360
Reaction score
2
Points
25
remind me to microbiology class. :)cgrock
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
good job to abam david
 

primefiqone

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2010
Messages
17,653
Reaction score
261
Points
131
bakteria shirota? hikhik
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
Penulis : Dr. A'aisah Bt Senin & Dr. Norraini bt Eksan dari Kementerian Kesihatan Malaysia
dua2 aku kenal... yang seorang tu bukan Dr, harap maklum, tapi Pegawai Teknologi Makanan.
 

AdsMsia

Active+ Member
Joined
Mar 13, 2011
Messages
4,652
Reaction score
20
Points
25
E.Coli selalu la ada
pegang ais dgn tgn... etc lagi....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register