BTC USD 28,284.0 Gold USD 1,939.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Gambar anjing pakai serban bukan di Malaysia.Sumber sebenar gambar dari NDPVF.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Gambar anjing pakai serban bukan di Malaysia.

Adam Abu Bakar. October 24, 2014.

Gambar anjing berpakaian serban dan jubah itu merupakan gambar yang diambil oleh bekas militan dan pemimpin Niger Delta Peoples Volunteer Force (NDPVF), Mujahid Asari Dokubo.

PETALING JAYA: Tidak habis isu program ‘I Want To Touch A Dog’ diperkatakan, negara digemparkan lagi dengan paparan imej seekor anjing yang lengkap berpakaian serban dan jubah.

Gambar itu juga telah dikecam oleh Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.
Katanya, gambar anjing berserban serta berjubah yang disebar di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama ulama di negara ini.

“Ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.

Bukan itu sahaja, sesetengah pihak di negara ini telah mengambil kesempatan dengan menggunakan isu program menyentuh anjing itu sebagai bahan untuk menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Walaubagaimanapun, gambar tersebut merupakan gambar lama, dan telah dimuatnaik oleh Mujahid Asari Dokubo pada 9 dan 15 Jun 2014.

Gambar anjing berpakaian serban dan jubah itu merupakan gambar yangdiambil oleh bekas militan dan Pemimpin Niger Delta Peoples Volunteer Force (NDPVF), Mujahid Asari Dokubo.

Gambar tersebut bertujuan untuk menghina Emir baru di Negeri Kano iaitu Sanusi Lamido Sanusi.

Kano merupakan sebuah negeri yang terletak di Utara Nigeria.

Asari telah menggelar Sanusi sebagai seekor anjing ekoran cara beliau berbusana.
Bekas militan tersebut telah membuat posting di dalam Facebooknya dengan meletakkan sekeping gambar seekor anjing lengkap berserban dengan menyatakan, “seekor anjing boleh menjadi Emir? Tahniah Rabiu Kwankwaso.”

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...ing-pakai-serban-bukan-dilakukan-di-malaysia/


anjing1.jpg
 
Top
Log in Register