(News) Galaxy Tab S6 Terima Kemaskini One UI 2.1, Sokongan Quick & Music Share

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,006
Reaction score
3,246
Points
236
Samsung Galaxy Tab S6 adalah tablet dengan skrin Super AMOLED, dijana dengan cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 7040mAh, dilengkapi 4 pembesar suara AKG, selain ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam arena kreativiti dan untuk tujuan produktiviti. Ia dijual di Malaysia pada tanda harga RM3099.

Terkini, tablet ini telah menerima kemaskini One UI 2.1 iaitu versi yang sama dengan siri Galaxy S20. Ia hadir dengan tampalan sekuriti Mac 2020 dan juga fungsi perkongsian fail pantas seakan AirDrop – Quick Share. Kemaskini ini dilihat hadir untuk model SM-T865 (Galaxy Tab S6 LTE).

Kemaskini ini turut membawakan sokongan mod gelap, perubahan visual dari segi ikon, warna dan animasi, sokongan kawalan gestur penuh, kawalan interaksi yang lebih mesra pengguna, SmartThings diubah dengan panel Media and Devices, Device care serba baharu, Digital Wellbeing, aplikasi kamera baharu, aplikasi pelayar web baharu dengan sokongan pemalam, Music Share untuk berkongsi audio dengan peranti lain dan pelancar dengan Samsung Daily terbina bagi menggantikan Bixby Home. Terdapat juga banyak kemaskini kecil lain, seperti aplikasi kenalan, kalkulator dan banyak lagi.

Buat masa ini, kemaskini adalah terhad mengikut negara dan adalah secara berperingkat. Samsung turut melangkau One UI 2.0 dan terus lompat ke One UI 2.1. Teruskan semak notifikasi pada peranti anda untuk kemaskini ini.



Sumber asal https://doc.samsungmobile.com/SM-T865/DBT/doc.html
 
Top
Log in Register