BTC USD 17,255.0 Gold USD 1,801.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaji wakil rakyat tidak cukup, dorong terlibat rasuah: Mujahid

Yallah

Active+ Member
Messages
2,627
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,627
Reaction score
356
Points
41


PUTRAJAYA - Peruntukan gaji yang diberikan kepada ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negara ini seolah-olah tidak mencukupi untuk mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, oleh sebab itu ramai dalam kalangan ahli politik mudah terdorong untuk terlibat dengan perbuatan rasuah.

“Bagi orang politik, godaan untuk melakukan rasuah sangat tinggi dengan alasan dia perlu menjaga kawasan pengundi, (perlu) beri kepada parti, sebab nanti nak jadi presiden, kena bagi kepada cawangan, bahagian. Macam mana nak naik (jadi presiden) kalau tiada fulus (duit).

“Jadi cara terbaik untuk dapat peluang beri khidmat lebih baik (kepada rakyat) ialah dengan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan apa yang dia mahu beri kepada rakyat.

“Namun apabila dah dapat, mungkin dia kata 50 peratus sahaja (beri kepada rakyat), selebihnya simpan untuk diri sendiri, dianggap komisyen dan sebagainya,” katanya pada program 'Melayu Bermaruah vs Melayu Rasuah' anjuran Aktivis Sejahtera pada Selasa.

Turut diundang menjadi panelis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan manakala Pengerusi Aktivis Sejahtera, Asmaalif Adam bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu Mujahid berkata, Malaysia seharusnya mencontohi beberapa negara yang memperuntukkan gaji yang tinggi kepada wakil rakyat supaya mereka boleh memberi perkhidmatan terbaik tanpa alasan kekurangan duit.

“Sebab itu antara negara yang memperuntukkan gaji yang tinggi kepada ahli Parlimen, supaya mereka boleh berkhidmat tanpa ada alasan tidak cukup duit ialah Singapura, rasuah di kalangan ahli politik di negara itu, hampir tiada.

“Alasan itu perlu dilihat penting, gaji menteri di Singapura dan Finland juga antara yang tertinggi supaya mereka tidak terlibat dengan rasuah, sebab dah cukup,” ujarnya.

Sementara itu, beliau yang juga ahli Parlimen Parit Buntar menjelaskan, antara faktor lain yang menjadikan seorang ahli politik itu terlibat dengan rasuah adalah perlu menyumbang kepada parti.

“Secara jujur sebagai ahli Parlimen yang mewakili Amanah, memang kita potong gaji untuk disumbangkan kepada parti secara telus, maknanya RM3,000 hingga RM4,000 sebulan (potong gaji), itu satu kaedah supaya tidak berlaku pembohongan dan manipulasi

“Kita juga menyokong usaha untuk mewujudkan Akta Pendanaan Politik kerana sememangnya sumbangan (dalam politik) amat diperlukan.

"Jadi jika betul sumbangan itu perlu, maka kena buat secara telus, dana itu masuk ke akaun parti dan declare kepada rakyat (supaya) mengelakkan dia mencari kepentingan lain untuk (lakukan) rasuah agar dapat beri kepada parti,” katanya.


 
Sponsored Post

Encik Sponge

Super Active Member
gem
Messages
5,744
Joined
Jul 22, 2013
Messages
5,744
Reaction score
1,054
Points
151
Tudia dia punya kesimpulan...

Mau jadi modal geng pas tibai dia nie
 

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,278
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jan 26, 2007
Messages
28,278
Reaction score
4,803
Points
266
Awards
1
Patut mujahid sibuk part time agent jual aset tabung haji
Dapat komisen sikit
Dapat la tampung gaji xcukup tu
 

tilambujang

Fun Poster
Messages
782
Joined
Sep 14, 2008
Messages
782
Reaction score
90
Points
30
Takkan dia tak tau peruntukan ahli parlimen ada bagi utk rakyat kawasan yang diwakili. Tapi kena ada paper la. mana bleh bagi kosong je tanpa ada pantauan.

Kalau nk bagi kat parti, panda2 la buat bisnes. Kona sana kona sini, masuk 10 cuci 30.
 

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
6,191
Joined
Oct 10, 2016
Messages
6,191
Reaction score
1,106
Points
151
alasan dia perghh!. sembang ngok ngok terbang. kihkihkih.
 

jaws_am

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
23,124
Joined
May 29, 2008
Messages
23,124
Reaction score
10,068
Points
631
Awards
1
Memang la tak cukup..

Kau kne buat bizness..

Cth terbaik, bagi job dekat wakil amanah.. Kemudian baru la nnt, wakil amanah boleh bantu kau dlm bantu rakyat..

Atuk ajar lama dh benda ni..

Develop Kroni..

sampai bila pun duit takkan cukup..

sebab korang semua hamba duit.. nak kena ada fulus..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,296
Joined
Jul 1, 2008
Messages
41,296
Reaction score
4,307
Points
261
Awards
1
aik... pm gaji berkepok2... keturunan bangsawan.. tetap korupt gak... itu gaji tak cukup gak?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register