Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 61,022
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 61,022
- Reaction score
- 6,758
- Points
- 916
- Awards
- 1
Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan semakin kritikal apabila pemain bertindak memboikot sesi latihan susulan kegagalan pihak pengurusan melunaskan tunggakan gaji mereka. Perkembangan itu turut didedahkan oleh wartawan tempatan yang menyatakan setakat ini pemain Kedah hanya dibayar gaji untuk setahun lima bulan sahaja secara ansuran. Selepas ketiadaan Habib Haroon dan Fikri Che Soh, ramai lagi pemain Kedah dikatakan bakal meninggalkan pasukan tersebut. Sebelum ini, tonggak pertahanan Irfan Zakaria mengejutkan penyokong apabila memberikan isyarat mengenai permasalahan gaji yang belum lagi selesai. Menerusi instagram story, Irfan berkongsi satu video pendek yang menanyakan tentang gaji.
“Rindunya dekat gaji. Apa khabar agaknya beliau. Sihat ke? Sakit ke?,” kongsi bekas pemain kebangsaan dan KL City itu.
Situasi semasa membabitkan KDA FC saling tak tumpah dengan isu dihadapi KL City apabila pemain mendakwa tidak menerima gaji sejak awal tahun ini. Isu ini sebenarnya tidak seronok dibaca oleh peminat bola sepak tempatan yang menyifatkan ia adalah situasi yang sangat menyedihkan dan beberapa pasukan sedang menanti masa untuk tumbang. Selain Kedah dan KL City, beberapa pasukan lain dalam Liga Super turut dilaporkan mengalami tunggakan gaji seperti Sri Pahang, Sabah dan Perak. Para pemerhati sukan juga berpendapat Liga Malaysia berpotensi lingkup dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya isu tunggakan gaji tidak diselesaikan secara serius menerusi transformasi.