BTC USD 28,062.2 Gold USD 1,968.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaji RM1,323 Sebulan, Rakyat Malaysia Belanja RM405 Beli Sebakul Makanan Asas - Picodi

Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,694
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,694
Reaction score
2,999
Points
266
Awards
1

Gaji RM1,323 sebulan, belanja RM405 beli sebakul makanan asas​

19 Januari 2023 03:37pm

2062811.jpg


Sebakul barangan makanan asas bernilai 30.6 peratus daripada gaji minimum. - Gambar hiasan


SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang memperoleh gaji minimum RM1,323 membelanjakan RM405.46 sebulan bagi membeli sebakul barangan makanan asas.

Ia menjadikan sebakul barangan makanan asas bernilai 30.6 peratus daripada gaji minimum.

Menurut laporan oleh perkhidmatan beli-belah Picodi, gaji minimum RM1,323 sebulan itu juga meningkat berbanding Januari tahun lalu berjumlah RM1,052.

2062829.jpg


Rakyat Malaysia yang memperoleh gaji minimum RM1,323 membelanjakan RM405.46 sebulan membeli sebakul barangan makanan asas .


Jelasnya, sebakul barangan makanan asas itu adalah susu (RM69.90 untuk 10 liter), roti (RM35.10 untuk 10 buku), beras (RM7.76 untuk 1.5kg), telur (RM10.75 untuk 20 butir), keju (RM47.88 untuk 1kg), ayam itik dan daging lembu (RM151.20 untuk 6kg), buah-buahan (RM51.20 untuk 6kg) dan sayur-sayuran (RM31.67 untuk 8kg).



Picodi memperoleh harga barangan makanan asas itu daripada numbeo.com, laman sesawang bagi pengguna di seluruh dunia memantau harga makanan, barangan dan perkhidmatan.


2062828.jpg


Malaysia berada di tangga kelima daripada 67 negara dalam ranking peningkatan gaji minimum.


Ia menganalisis 67 negara yang mana gaji minimumnya ditetapkan oleh kerajaan.

Tambahnya, daripada 67 negara dalam ranking gaji minimum, Malaysia menduduki tangga kelima dengan kenaikan gaji sebanyak 25.8 peratus antara Januari 2022 dan Januari 2023.



Den anak 7org, seminggu brg dapur blnja dlm rm300-400.
 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,684
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,684
Reaction score
1,306
Points
206
Rakyat Malaysia yang memperoleh gaji minimum RM1,323 membelanjakan RM405.46 sebulan membeli sebakul barangan makanan asas .

Jelasnya, sebakul barangan makanan asas itu adalah susu (RM69.90 untuk 10 liter), roti (RM35.10 untuk 10 buku), beras (RM7.76 untuk 1.5kg), telur (RM10.75 untuk 20 butir), keju (RM47.88 untuk 1kg), ayam itik dan daging lembu (RM151.20 untuk 6kg), buah-buahan (RM51.20 untuk 6kg) dan sayur-sayuran (RM31.67 untuk 8kg).
dia ingat semua orang minum susu
roti (RM35.10 untuk 10 buku), ??????
beras (RM7.76 untuk 1.5kg) - 1KG RM2.60, 5kg RM13 beras SST 5%
ayam itik dan daging lembu (RM151.20 untuk 6kg) ?????????
 
Sponsored Post

Top
Log in Register