BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,688.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaji Penjawat Awam Di Selangor Naik - MB

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
450,744
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
450,744
Reaction score
36,729
Points
2,836
Awards
2

Gaji penjawat awam di Selangor naik​


03 MAY 2024

2636249.jpg

Amirudin semasa sidang akhbar di Dewan Annexe, SUK pada Jumaat.


SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam di negeri ini selaras dengan pengumuman kerajaan di peringkat Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menyelaras dengan tatacara kewangan sedia ada.

“(Gaji penjawat awam Selangor) saya akan selaraskan semula setelah pekeliling dikeluarkan.

“Setakat ini, pekeliling belum dikeluarkan dan sudah pasti kerajaan negeri akan melaraskan semua gaji penjawat awam negeri ini,” katanya ketika sidang akhbar di Dewan Annexe, SUK di sini pada Jumaat.

Amirudin memberitahu, peningkatan gaji di peringkat negeri Selangor harus menjadi dorongan kepada seluruh penjawat awam bahawa produktiviti kerja wajar sentiasa diperkukuh selaras dengan harapan rakyat yang tinggi bahawa sistem perkhidmatan kerajaan sentiasa ditingkatkan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menyambut baik pengumuman kadar kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berkuatkuasa mulai Disember tahun ini.

“Pengumuman Perdana Menteri yang melibatkan gaji sektor awam wajar juga disambut oleh sektor swasta agar tangga gaji dan pendapatan rakyat di seluruh negara terus meningkat.

“Peningkatan gaji menjadikan negara antara berpendapatan di rantau ini sekali gus mengatasi cabaran kos sara hidup yang meningkat terutamanya di negara-negara maju,” tambahnya.


 
Sponsored Post

“(Gaji penjawat awam Selangor) saya akan selaraskan semula setelah pekeliling dikeluarkan.

“Setakat ini, pekeliling belum dikeluarkan dan sudah pasti kerajaan negeri akan melaraskan semua gaji penjawat awam negeri ini,” katanya ketika sidang akhbar di Dewan Annexe, SUK di sini pada Jumaat.
 
lor, kan gaji penjawat awam di setiap negeri ikut gaji federal.... memang semua negeri akan ikut naik la... ke macam mana?

Rasanya MB umum untuk penjawat awam bawah kerajaan negeri
Bukan penjawat awam di Selangor yang kerja di bawah kerajaan persekutuan bang
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register