akudotcom
CG Top Poster Club

- Messages
- 37,477
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 37,477
- Reaction score
- 4,875
- Points
- 261
- Awards
- 1
Gaji setaraf doktor pakar, dorong jururawat Johor ke Singapura

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon
JOHOR BAHRU: Sektor perkhidmatan jururawat di negeri ini, berdepan kekurangan tenaga kerja di antara 15,000 hingga 18,000 orang kerana golongan terbabit lebih tertarik untuk bekerja di Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata walaupun tiada statistik khusus jumlah golongan itu yang bekerja di republik terbabit, namun jumlahnya semakin meningkat setiap tahun.
"Ini kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik, kita tidak ada statistik khusus berapa ramai jururawat dan doktor kita yang bekerja di Singapura tetapi bilangannya semakin bertambah setiap tahun.
"Kita juga menjangkakan lebih ramai akan pergi bekerja di Singapura kerana nilai Ringgit yang semakin susut ketika ini. Walaupun begitu saya percaya ramai jururawat yang masih mahu berkhidmat di negara ini.
"Difahamkan antara sebab jururawat kita berkerja di Singapura kerana menerima gaji menerima seperti gaji seorang doktor pakar di Malaysia apabila mata wang ditukar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa di sini, hari ini
Tian Soon berkata, nisbah seorang jururawat di negeri adalah untuk 297 pesakit pada masa ini, berbanding yang sepatutnya iaitu seorang bagi setiap 200 pesakit.
Katanya, beliau akan membincangkan perkara itu bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam satu pertemuan dijangka dalam waktu terdekat bagi penyelesaian masalah terbabit.
"Setakat ini jumlah perjawatan bagi jururawat di negeri ini sudah 98 peratus diisi tetapi masih lagi tidak cukup memandangkan program kesihatan dan perkhidmatan semakin bertambah selain hospital baharu yang perlukan jururawat.
"Pertemuan dengan Khairy nanti akan membincangkan kaedah serta tawaran terbaik bagi mengatasi masalah itu.
"Tahap keperluan jururawat di negeri ini masih belum kritikal tetapi ketidakcukupan itu perlu diisi supaya perkhidmatan kesihatan tidak terjejas, seterusnya khidmat diberikan dengan terbaik dan berkesan," katanya.
Untuk rekod, pada ketika ini, ada 12,533 jururawat di Johor membabitkan 8,777 jururawat di hospital kerajaan, 19 lagi berstatus jururawat kontrak dan 3,737 adalah jururawat di hospital swasta.