Gajah sesat masuk Bandar Penawar

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226


Kesan kerosakan pagar akibat dilanggar seekor gajah malam tadi di padang Boling Padang yang terletak bersebelahan dengan Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi. - Ihsan PERHILITAN Johor

KOTA TINGGI: Seekor gajah jantan dikesan berkeliaran di hadapan sekolah dan stadium di Bandar Penawar, dekat sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, berkata gajah jantan berkenaan dipercayai dari Hutan Simpan Panti kira-kira 51 kilometer dari kawasan Bandar Penawar dan dipercayai tersesat hingga memasuki kawasan bandar.

“Siasatan PERHILITAN Johor mengesahkan kejadian seekor gajah jantan berkeliaran malam tadi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Penawar dan Stadium Bandar Penawar.

“Tinjauan di lokasi berhampiran mendapati terdapat kesan kerosakan pagar akibat dilanggar gajah di Padang Boling Padang yang terletak bersebelahan stadium.

“Tinjauan di beberapa lokasi lain juga mendapati kesan gajah dijumpai di kawasan jalan menuju ke Tanah Perkuburan Bandar Penawar.

“Dipercayai gajah ini sedang menuju ke arah Hutan Simpan Sungai Lebam atau Empangan Sungai Lebam sebelum tersesat memasuki Bandar Penawar, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Video seekor gajah yang sedang berjalan di atas jalan raya di Bandar Penawar tular di media sosial sejak pagi tadi dan menarik minat pengguna media sosial berikutan kawasan Bandar Penawar terletak agak jauh dari hutan berhampiran.

Sementara itu, Salman berkata, kejadian sama berlaku dua malam lalu selepas PERHILITAN Johor menerima aduan gajah berkeliaran dekat Sungai Chemaran, kira-kira enam kilometer dari Bandar Penawar.

Namun katanya, tiada gajah ditemui ketika kawalan dibuat.

“Ini bukan kali pertama gajah masuk ke kawasan Bandar Penawar berlaku. Mengikut rekod terdapat aduan empat ekor gajah tersesat masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Bandar Penawar pada tahun 2017.

“Kehadiran kumpulan gajah juga pernah dikesan berada di Kampung Nelayan Punggai dan Ladang Santi dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata,tindakan pemantauan akan dijalankan PERHILITAN Johor bagi menghalau gajah yang tersesat itu ke arah Hutan Simpan Panti.


 
Top
Log in Register