hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,839
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,839
- Reaction score
- 1,301
- Points
- 201
Johor Bahru: Dua individu maut akibat diserang gajah di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh di Felda Tenggaroh 5, Mersing, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, K Raven Kumar berkata, mengikut maklumat diterima pada 8.30 pagi tadi, pengurus Felda menerima maklumat terdapat gajah di kawasan belakang sekolah.
Beliau berkata, pengurus berkenaan turut menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan lanjut serta memaklumkan penduduk agar tidak mengganggu atau mendekati kawasan itu.
Katanya, bagaimanapun pada 11.30 pagi, pengurus terima panggilan mengatakan terdapat dua individu diserang dan dipijak gajah.
"Difahamkan dua mangsa maut akibat kejadian itu dan mereka dipercayai mendekati gajah bagi tujuan menghalaunya dengan membawa kayu.
"Kami berdukacita dengan kejadian itu dan menggesa Perhilitan mengambil tindakan sesuai dengan segera bagi menangani isu gajah berkeliaran di kawasan perumahan," katanya.
Beliau berkata, sebelum ini gajah juga pernah dilihat berkeliaran di beberapa kawasan agak jauh daripada lokasi kejadian.
Menurutnya, pihaknya juga menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya terserempak dengan haiwan berkenaan.
"Mereka sepatutnya menjauhi haiwan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Raven berkata, menerusi pemantauan dron, gajah berkenaan bergerak ke kawasan lain.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berkaitan kejadian.
"Perhilitan akan mendapatkan maklumat," katanya ketika dihubungi.
Sumber : Harian Metro