BTC USD 45,326.7 Gold USD 1,867.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gagal Samun, Kena Belasah Pula

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
KLANG - Sudahlah tembakan tersasar, dibelasah pula oleh mangsa yang mahu disamun.

Demikian kisah 'sedih' penjenayah yang tersilap memilih mangsa apabila salah seorang daripada mereka parah dibelasah mangsa dalam kejadian di Jalan Meru Solok Beronga di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 22 tahun yang mahu membuka pintu pagar rumahnya didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Waja.

"Salah seorang suspek terus menghayunkan parang untuk menetak mangsa yang merupakan pekerja sebuah kedai bengkel kereta, tetapi dapat dielak sebelum berlaku pergelutan.

"Ketika dua suspek itu merasakan mereka tidak boleh 'makan' mangsa, salah seorang daripadanya telah mengeluarkan pistol lalu melepaskan satu das tembakan, tetapi tersasar," kata jurucakap polis.

Menurutnya, kedua-dua suspek itu menyangka pistol tersebut dapat menjinakkan mangsa, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila mangsa bertindak bergelut sekali lagi dengan suspek-suspek tersebut.

Mangsa dapat memukul seorang suspek dengan teruk menggunakan kayu sebelum pistol turut dirampas.

Jurucakap polis itu memberitahu lagi, ketika sedang bergelut, abang dan jiran mangsa yang tersedar akibat bunyi bising telah pergi ke arah mangsa dan membantunya untuk membelasah lagi suspek tersebut.

Seorang lagi suspek yang cemas melihat rakannya dibelasah terus membawa lari rakannya yang cedera parah itu.
 
Sponsored Post

rockstar

Active+ Member
Joined
Jan 7, 2007
Messages
4,833
Reaction score
33
Points
30
lor....x sempat pukul smpi mati la ....tp mamat tuh mmg berani la....:)paid:)paid:)paid:)paid
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
padan muko perompak...

nasib tak rompak aku..

kalo dak dah lama aku lari...
 

lanbai

Super Active Member
Joined
Feb 26, 2008
Messages
8,041
Reaction score
5
Points
70
hee :D terer siot...
survival pnya pasal la ni :eek:
 

traderfox

Super Active Member
Joined
Apr 25, 2008
Messages
7,704
Reaction score
229
Points
83
Fuh nak kene menuntut ni...die pakai tom yam gung kot
 

mike_07

Fun Poster
Joined
Mar 22, 2006
Messages
241
Reaction score
1
Points
15
berita cenggini la best... ikut suke ati jer nak rompak org... kan dah kene... hahaha, padan muke perampok2 tuh..
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
patutnye da dpt rampas pistol tue tembak lutut ngan tangan dier biar dier x dpt menyamun lg. :)cgrock
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register