BTC USD 61,967.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gagal Bayar RM9.24 Juta, Keluarga Altantuya Fail Notis Kebankrapan Terhadap Razak Baginda

Md Hanif

Fun Poster
Messages
325
Joined
Jun 13, 2023
Messages
325
Reaction score
15
Points
15
1724920023069.png


Keluarga model Mongolia mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda, selepas penganalisis politik itu gagal membayar ganti rugi termasuk faedah lebih RM9.24 juta kepada keluarga berkenaan seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 2022.

Ibu bapa Altantuya Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal selaku pemiutang penghakiman, memfailkan notis itu menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 Julai terhadap Abdul Razak sebagai penghutang penghakiman.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh media hari ini, mereka menuntut RM9,248,282.06 termasuk faedah dan kos sebagai wang yang perlu dibayar atas penghakiman muktamad oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Disember 2022 terhadap Abdul Razak dan tiga individu lain, yang pelaksanaan perintah tersebut tidak digantung oleh mahkamah.

Pada 16 Dis 2022, Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang kini Hakim Mahkamah Pesekutuan membenarkan saman difailkan keluarga model itu dan memerintahkan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, Abdul Razak dan kerajaan, untuk bersama-sama membayar RM5 juta sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada keluarga berkenaan.

Hakim itu juga memberikan faedah lima peratus setahun daripada jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan tuntutan mahkamah sehingga penyelesaian penuh dan kos guaman RM25,000.

Sementara itu, Abdul Razak telah memfailkan permohonan pada 15 Ogos untuk mengetepikan notis kebankrapan tersebut, antaranya atas alasan beliau telah memfailkan rayuan bagi mencabar jumlah ganti rugi yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam saman tersebut.

“Notis kebankrapan ini mengelirukan, tidak efektif, cacat dan salah di sisi undang-undang. Sebelum mengeluarkan notis kebankrapan itu, pemiutang penghakiman tidak membuat apa-apa tuntutan terhadap saya untuk jumlah penghakiman bertarikh 16 Dis 2022,” dakwanya.

Pada 4 Jun 2007, keluarga model itu memfailkan saman RM100 juta terhadap Azilah Hadri dan Sirul Azhar, Abdul Razak dan kerajaan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, keluarga Altantuya berkata kematian model itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, dan menuntut pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.

Sirul Azhar kini ditahan di pusat tahanan imigresen Australia, manakala Azilah di Penjara Kajang, menunggu hukuman mati.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register