BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,688.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Gaduh depan restoran di Stulang Baru

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,769
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,769
Reaction score
1,292
Points
201


Polis kesan individu bergaduh di restoran

Johor Bahru: Polis sedang giat mengenalpasti individu yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah restoran di Stulang Baru, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima sebuah video tular di media sosial berhubung kejadian pada jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun katanya tiada laporan polis diterima berhubung pergaduhan itu setakat ini.

"Polis sedang mengenalpasti individu yang terbabit, saksi kejadian dan punca sebenar insiden itu.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam video tular di Facebook berdurasi satu minit 30 saat memaparkan seorang lelaki dan wanita pada mulanya hanya bertengkar sebelum lelaki yang memakai baju t merah dilihat memukul belakang badan wanita terbabit.

Wanita itu kemudian membalas dengan cuba memukul lelaki itu menggunakan kerusi.

Wanita itu kemudian berlari ke arah kaunter kedai, manakala lelaki terbabit ditenangkan orang awam.

Pemilik kedai juga dilihat memadamkan lampu seketika bagi menenangkan keadaan.

Omar Ahmad
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register