BTC USD 37,408.9 Gold USD 1,877.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis, tiga lelaki kongsi bilik hotel

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
MELAKA: Seorang remaja perempuan sanggup berkongsi bilik bersama tiga rakan lelakinya di sebuah hotel di Jalan Parameswara di sini, dengan memberi alasan tidak munasabah apabila mendakwa mahu mencari tempat latihan praktikal di bandar ini.

Remaja berusia 19 tahun yang juga penuntut sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Johor itu ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama tiga lagi rakan lelakinya kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam dan pemeriksaan di dalam bilik berkenaan menemui gadis terbabit menyorok dalam bilik air.

Katanya, pintu bilik dibuka seorang rakan lelakinya serta dua lagi duduk atas katil dan siasatan lanjut mendapati semua mereka rakan sekuliah.

“Selepas mendapati semua pesalah tidak mempunyai hubungan muhrim mereka ditahan dan dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Jaim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Rahimin berkata, semua mereka mendakwa datang ke negeri ini dengan menaiki bas yang sama dan sejurus tiba terus menuju ke hotel berkenaan kira-kira jam 4 petang.

Katanya, mereka mendakwa keluar bersama ke beberapa hotel di bandar ini untuk mencari tempat bagi menjalankan latihan praktikal, bagaimanapun gagal mendapatkannya.

“Mereka kemudian pulang semula ke hotel berkenaan untuk bermalam,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka berkongsi satu bilik walaupun mengetahui ada rakan perempuan bersama ketika itu,” katanya.

Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tak kan sekali jalan 3 laluan kot...:eek:
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Lauk tu....

P/s dah tukar pulak style posting ni...

Nak buat 2 posts dah....
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
da tau melake tue kecik lg mau saving. #:-S#:-S
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
pergh....

3 orang...kompem berebut..
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,540
Reaction score
71
Points
130
wow...3 lawan 1..haha...cari tempat prektikal kunun...kan dah kantoi..haha
 

zuais38

Fun Poster
Joined
Feb 19, 2008
Messages
172
Reaction score
1
Points
15
nie nak tiru style org putih..huhuhuhu
 

suweb84

Active+ Member
Joined
Feb 13, 2008
Messages
3,214
Reaction score
10
Points
25
nie msti lepak2 last2 kne tngkap haha
 

butterland

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,417
Reaction score
208
Points
123
3 vs 1..
cukup tuk ketiga2 lu abang yg ada tidak termasuk lu abang hidung minah tersebut..
 

lanbai

Super Active Member
Joined
Feb 26, 2008
Messages
8,041
Reaction score
5
Points
70
ohoh..
:eek:
:D
:-?
"..kau fikirlaaahhh.."
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register