gadis si anak derhaka

CG Sponsors




underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,454
Reaction score
4,234
Points
196
Kubur kat kampung batu 10, Sandakan. Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah
> >hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
> >berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan
> >kepala.
> >Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam
> >hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. "
> >Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak
> >pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata
> >Jaimi, kawan saya.
> >" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab
> >saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
> >" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10
>tu,
> >ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia
> >pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak
> >keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
> >" Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
> >mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
> >Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
> >kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun
> >itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar
> >Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan
> >memberikannya wang.
> >" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.
> >" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan.
> >Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
> >mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
> >" Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata
>gadis
> >itu.
> >" Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
> >" RM 20 aja !" si gadis berkata.
> >" Tak ada ," jawab ibunya.
> >" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. "
> >Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut
> >menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! " "
> >Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
> >kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi
> >kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
> >Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke
>pintu.
> >Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil
> >mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
> >Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
> >sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di
> >balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana
> >sunyi sepi.
> >Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya
> >dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan
> >dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.
> >Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak
> >bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran,
> >kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
> >Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30
>tadi.
> >Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan
> >ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak
> >masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.
> >" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
>ringan.
> >Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."
>Kemudian
> >gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
>Sekali
> >lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan
> >menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
> >Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
 
Sponsored Post

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,454
Reaction score
4,234
Points
196
> >Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
> >kakinya tidak boleh di angkat Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula
> >cemas.
> >" Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
> >" Apa pasal," Si ayah bertanya.
> >" Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang
> >ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang
> >menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
> >" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik,"
> >gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
> >Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
> >melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya
> >keluar, juga tidak berhasil.
> >" Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis
> >memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
> >Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya ber
> >amai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di
> >tanah. Tangisannya bertambah kuat.
> >" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata si
> >gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
> >Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas
> >gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada
>di
> >dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat
>ke
> >tanah.
> >" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis .
> >Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak
> >boleh di empang lagi.
> >" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal...Saida
> >menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah
> >ibunya yang telah kaku.
> >Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
>keluar.
> >Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang
> >cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi
> >gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus. "
>Kita
> >kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
> >Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ?
> >" kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
> >"Habis anak saya ?" tanya si bapa.
> >" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
> >isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki
> >berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian
> >terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun
> >kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan
> >jenazah ibunya.
> >Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin di
> >baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun
> >kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai
> >berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
> >" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
> >Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak
> >tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
> >" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal
> >masing-masing menuju ke kubur.
> >Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta
> >polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang
> >di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang
> >bersesak-sesak.
> >Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling
> >hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan
> >kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter
> >daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
> >kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
> >Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
> >adalah kenalan saya. " Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie
> >yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
> >" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah
> >saya.
> >" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan
>seperti
> >berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang
> >tahu.
> >" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di
> >pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
> >berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa
> >kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau,
> >takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang
> >berlaku kepada gadis berkenaan.
> >Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
>pusara
> >yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
> >memerhatikan kedatangan saya.
> >Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
> >tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
> >mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke
> >arah sebuah kubur.
> >Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
> >gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
> >teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
> >merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak,
> >Saida menyesal, Saida menyesal.."
> >Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
> >bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah
> >ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"
>Di
> >tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya
> >lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka
> >sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis
> >berkenaan.
> >" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
>menghulurkan
> >sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak
> >mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus
> >meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
> >Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita
> >datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata. Begitu
> >besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa
> >menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.
> >Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana
>Raie
> >memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu,
> >terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran
> >lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya,
>Ya
> >Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
> >Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
> >beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi
> >seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air
> >matanya.
> >Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
> >Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
> >lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun
> >datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu
> >bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu
> >terpaksa di tolak.
> >Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida
> >masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
> >henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu
> >tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang
>di
> >telinga.
> >Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
> >masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
> >tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di
> >sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
> >Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
> >Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh
> >bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
> >merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
> >Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
>mengerumuni
> >perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
> >puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
> >Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
> >Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari
> >pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak
> >makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa
> >yang di lakukannya.
> >Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
> >tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan
>seperti
> >mayat-mayat lain.
> >Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
> >melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.
 

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
alahai insafnya aku..aku dah la tinggal mak jek.ayah dah xde...anak yatim katekan...
 

JamBu

Active Member
Joined
Jul 3, 2008
Messages
1,518
Reaction score
1
Points
25
sedih plak aku baca
jgn la derhaka dgn ibu bapa .......
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
dah pnah denga dulu crita nih...
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
sedih btl citer nie,
bdak² yg nk buat mcm tu kt mak bapak,
pikir la 100 kali..
'cash' kena byar tuh..
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Ya Allah.... ampunilah dosa hamba mu ini...
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
sedih dan terharu...
 

tar_wow1983

Super Active Member
Joined
Oct 2, 2007
Messages
8,406
Reaction score
47
Points
70
Insaf aku...mohon hindari dari berperangai seperti gadis itu...Amin...
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,469
Reaction score
56
Points
120
tak larat nak baca..., tapi dari sepantas kilat ku mengetahui bahawa "syurga itu di bawah tapak kaki ibu" dan "doa ibu adalah doa paling mujarab"
 
Sponsored Post
Top
Log in Register