BTC USD 57,005.4 Gold USD 1,777.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis mati didera keluarga di Chukai, bapa & ibu tiri dihukum gantung

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
yg 100kg tu mak tiri yg blkg tu...
yg dpn & tgh tu adik2 kndung mangsa..

Apala salah akak kandung nya tu smpai kena dera cmtu sekali...

igtkan akak tiri...blh tahan gak mak tirinya punya berat
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,529
Reaction score
21,172
Points
1,671
Sebutan semula kes 18 Julai depan

KEMAMAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Julai depan bagi sebutan semula kes empat beranak yang dituduh membunuh seorang gadis yang didera ahli keluarga sendiri di Kampung Binjai, di sini dua bulan lalu.


Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy menetapkan demikian selepas dimaklumkan pihak pendakwaan masih belum menerima laporan kimia dan pergigian oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi.

Berdasarkan pertuduhan, Anuar Jusoh, 49, isterinya, Murni Ahmad, 35, dan dua anak mereka iaitu Siti Sarah, 21, dan remaja berusia 14 tahun membunuh Siti Hajar, 22, di rumah mereka di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Cukai di sini pada pukul 10.45 malam, 26 April lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz4BS1fwpnm
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,529
Reaction score
21,172
Points
1,671
Mu bunuh anak aku - jerit ibu mangsa

image.jpg

Siti Sarah (kanan) dan ibu tirinya, Murni (tengah) dihantar semula ke penjara Bentong sejurus prosiding selesai.

KEMAMAN – Suasana tenang di pekarangan Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, bertukar riuh apabila seorang wanita berulang kali menyebut 'Mu bunuh anak aku!' ketika sekeluarga empat beranak yang dituduh membunuh seorang gadis berusia 22 tahun dibawa keluar sebaik selesai prosiding.

Wanita berkenaan merupakan bekas isteri kepada Anuar Jusoh, 49, yang dituduh bersama-sama tiga ahli keluarganya, Murni Ahmad, 35, Siti Sarah, 21, dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, membunuh anak kandungnya, Siti Hajar pada 26 April lalu.

Mahkamah Majistret Kemaman semalam, menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu yang ditemui mati dengan berat hanya 18 kilogram.

Bekas isteri Anuar yang datang dari Pulau Pinang dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu pilu dengan kematian menyayat hati anaknya dan gagal mengawal emosi saat melihat wajah bekas suaminya ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan.

Mahkamah Majistret Kemaman semalam menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak yang didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu.

Majistret Badrul Munir Mohd Hamdy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan pergigian dan laporan kimia lengkap dari Jabatan Kimia Petaling Jaya.

Mengikut fakta kes, Siti Hajar didakwa telah dibunuh oleh Anuar, Murni yang merupakan ibu tirinya serta dua adiknya di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Chukai, di sini pada kira-kira jam 10.45 malam.

Bagi kesalahan itu, empat beranak tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sejurus selesai prosiding, Anuar dihantar ke Penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke Penjara Bentong, Pahang, manakala adik lelaki mangsa ditempatkan di rumah perlindungan di Rusila, Marang.

Dalam pada itu, Syazwani ketika ditemui pemberita berkata selepas memperoleh laporan pergigian dan laporan kimia, pihaknya akan memohon satu tarikh daripada mahkamah untuk kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Kes kematian Siti Hajar menjadi tumpuan ramai apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat mengesahkan punca kematiannya disebabkan jangkitan kuman dan kebuluran hingga badannya hanya seberat 18 kilogram selain terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mu-bunuh-anak-aku-1.532145
 

mocet

Active Member
Platinum Member
Joined
Aug 10, 2014
Messages
1,717
Reaction score
60
Points
40
tengok gambar arwah tu boleh nampak seksa hidup dia, mcm hilang semangat.
 

Hypnosis-Diri

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2014
Messages
8,232
Reaction score
653
Points
111
Mengikut fakta kes, Siti Hajar didakwa telah dibunuh oleh Anuar, Murni yang merupakan ibu tirinya serta dua adiknya di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Chukai, di sini pada kira-kira jam 10.45 malam.

bile mak bapak bercerai,anak yang jadi mangsa.soal nikah kahwin ni kene fikir masak2.
 

zahidin80

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2011
Messages
3,244
Reaction score
100
Points
33
X sabar aku nak dengar hukuman utk mereka ni... keluarga sendiri tu... tergamak betul.
 

tompie

Fun Poster
Joined
Nov 11, 2010
Messages
548
Reaction score
3
Points
15
Mana pergi Mak dia selama ni?? tak pernah nak jengok anak2 dia ke??
Arwah pun tak pernah mengadu kat dia ke??
Macamana anak2 dia yang lagi 2 tu pun boleh bunuh akak kandung dia sama??
Mak dia tak jerit pulak kat anak2 kandung dia tu..
Haishhhh
Ape2 hal, Arwah dah ditempat yang lebih baik kat sana.. InsyaAllah
 

sangbogol

CG Top Poster Club
Joined
Dec 12, 2007
Messages
25,143
Reaction score
47
Points
120
kesian kak dia apa puncanya kes ni erk!
 

Ashburn

Fun Poster
Joined
Mar 10, 2009
Messages
605
Reaction score
12
Points
15
ramai dah buat cerita / andaian sendiri tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik kejadian.
 

noOb

Active+ Member
Joined
Aug 14, 2007
Messages
3,016
Reaction score
15
Points
25
thanks tt..
update kes yg unik ni..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register