BTC USD 56,895.6 Gold USD 1,777.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis mati didera keluarga di Chukai, bapa & ibu tiri dihukum gantung

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,529
Reaction score
21,172
Points
1,671
dera2.jpg.transformed_0.jpg

Gadis berusia 22 tahun yang kematiannya disyaki ada usur penderaan menyebabkan polis menahan keluarganya hari ini. - Foto SHAMSUDIN HUSIN.

Chukai: Polis menahan empat sekeluarga kerana disyaki mendera seorang gadis berusia 22 tahun di Kampung Binjai yang disyaki sebagai punca kematian gadis itu.

Difahamkan, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan gigitan pada badan selain mata lebam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mereka yang ditahan ialah bapa gadis itu yang berusia 49 tahun, ibu tirinya berumur 35 tahun, adik perempuan berusia 21 tahun dan adik lelaki mangsa berusia 14 tahun.

"Selepas menerima laporan dibuat bapa mangsa mengenai kematian anaknya akibat sakit biasa pada 26 April lalu, polis ke rumah bapa mangsa di Kampung Binjai dan hasil pemeriksaan polis mendapati ada unsur penderaan.

"Hasil pemeriksaan, polis juga mendapati keadaan fizikal gadis terbabit terlalu kurus seolah-olah kebulur tidak cukup makan selain ada beberapa kesan gigitan pada badan serta matanya lebam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini.


http://www.hmetro.com.my/node/134871
 
Bunuh anak, suami isteri dihukum gantung sampai mati

985709.jpg


KUALA TERENGGANU- Sepasang suami isteri di jatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad selepas didapati bersalah membunuh anak gadis mereka, lima tahun lalu.

Hakim, Datuk Zainal Azman Abd Aziz menjatuhi hukuman itu terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40 selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau begitupun melepaskan dan membebaskan dua anak mereka Siti Sarah Anuar, 26 dan Amir Sharif Anuar, 19, daripada pertuduhan sama.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat beranak ini di dakwa bersama-sama membunuh mangsa Siti Hajar Anuar, yang semasa kejadian berusia 22 tahun di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai Chukai, Kemaman, kira-kira jam 10.45 malam, pada 26 April 2016.

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Tragedi menimpa mangsa dikesan selepas polis curiga dengan laporan kematian dibuat bapa gadis itu pada 26 April 2016.

Pada mulanya, gadis berkenaan dikhabarkan mengalami sakit biasa, tetapi kesan gigitan di badan selain lebam di mata membongkar tindakan itu dipercayai dilakukan ahli keluarganya sendiri.

Siasatan awal polis juga mendapati keadaan fizikal gadis berkenaan terlalu kurus yang hanya berat 18 kilogram seperti kebuluran tidak cukup makan menyebabkan empat beranak itu ditahan di rumah keluarga berkenaan pada 1.50 pagi, 1 Mei 2016.


Mu bunuh anak aku - jerit ibu mangsa

image.jpg

Siti Sarah (kanan) dan ibu tirinya, Murni (tengah) dihantar semula ke penjara Bentong sejurus prosiding selesai.

KEMAMAN – Suasana tenang di pekarangan Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, bertukar riuh apabila seorang wanita berulang kali menyebut 'Mu bunuh anak aku!' ketika sekeluarga empat beranak yang dituduh membunuh seorang gadis berusia 22 tahun dibawa keluar sebaik selesai prosiding.

Wanita berkenaan merupakan bekas isteri kepada Anuar Jusoh, 49, yang dituduh bersama-sama tiga ahli keluarganya, Murni Ahmad, 35, Siti Sarah, 21, dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, membunuh anak kandungnya, Siti Hajar pada 26 April lalu.

Mahkamah Majistret Kemaman semalam, menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu yang ditemui mati dengan berat hanya 18 kilogram.

Bekas isteri Anuar yang datang dari Pulau Pinang dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu pilu dengan kematian menyayat hati anaknya dan gagal mengawal emosi saat melihat wajah bekas suaminya ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan.

Mahkamah Majistret Kemaman semalam menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak yang didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu.

Majistret Badrul Munir Mohd Hamdy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan pergigian dan laporan kimia lengkap dari Jabatan Kimia Petaling Jaya.

Mengikut fakta kes, Siti Hajar didakwa telah dibunuh oleh Anuar, Murni yang merupakan ibu tirinya serta dua adiknya di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Chukai, di sini pada kira-kira jam 10.45 malam.

Bagi kesalahan itu, empat beranak tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sejurus selesai prosiding, Anuar dihantar ke Penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke Penjara Bentong, Pahang, manakala adik lelaki mangsa ditempatkan di rumah perlindungan di Rusila, Marang.

Dalam pada itu, Syazwani ketika ditemui pemberita berkata selepas memperoleh laporan pergigian dan laporan kimia, pihaknya akan memohon satu tarikh daripada mahkamah untuk kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Kes kematian Siti Hajar menjadi tumpuan ramai apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat mengesahkan punca kematiannya disebabkan jangkitan kuman dan kebuluran hingga badannya hanya seberat 18 kilogram selain terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mu-bunuh-anak-aku-1.532145

Sebutan semula kes 18 Julai depan

KEMAMAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Julai depan bagi sebutan semula kes empat beranak yang dituduh membunuh seorang gadis yang didera ahli keluarga sendiri di Kampung Binjai, di sini dua bulan lalu.


Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy menetapkan demikian selepas dimaklumkan pihak pendakwaan masih belum menerima laporan kimia dan pergigian oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi.

Berdasarkan pertuduhan, Anuar Jusoh, 49, isterinya, Murni Ahmad, 35, dan dua anak mereka iaitu Siti Sarah, 21, dan remaja berusia 14 tahun membunuh Siti Hajar, 22, di rumah mereka di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Cukai di sini pada pukul 10.45 malam, 26 April lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz4BS1fwpnm

image.jpg


KEMAMAN 15 Mei 2016 - Dua beradik, Siti Sarah Anuar,21, dan adiknya berusia 14 tahun bersama ibu tiri, Murni Ahmad, 35 diiringi pegawai polis keluar dari mahkamah Kemaman selepas hadir mendengar perbicaraan kes dera kakak mereka yang berusia 22 tahun sehingga mati di sini hari ini. Kes empat sekeluarga itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mah...idakwa-membunuh-1.326330#sthash.yWHZ5TD5.dpuf

4 beranak didakwa bunuh gadis

dere.png_1463294545.jpg

Seorang daripada empat beranak, Murni yang didakwa atas pertuduhan membunuh gadis berusia 22 tahun di Taman Binjai 5, Geliga, Chukai pada 26 April lalu. FOTO Shamsudin Husin

Chukai: Empat beranak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh gadis berusia 22 tahun di Taman Binjai 5, Geliga, di sini, pada 26 April lalu.

Tertuduh, Anwar Jusoh, 49, dan isteri Murni Ahmad, 35, serta dua anak, Siti Sarah Anwar, 21, dan anak lelaki berusia 14 tahun dituduh membunuh Siti Hajar Anwar yang juga anak kandung kepada Anwar.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Syazwani Zawawi dihadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh keempat-empat tertuduh.

Hakim menetapkan tarikh 13 Jun depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen di sini sementara menunggu keputusan ujian kimia dan gigi.

Harian Metro pada 3 Mei lalu melaporkan mengenai rahsia penderaan terhadap gadis berusia 22 tahun itu dikesan selepas polis curiga dengan laporan kematian dibuat bapa gadis itu pada 26 April lalu.

Pada mulanya, gadis berkenaan dikhabarkan mengalami sakit biasa, tetapi kesan gigitan di badan selain lebam di mata membongkar tindakan sadis dipercayai dilakukan ahli keluarganya sendiri.

Siasatan awal polis juga mendapati keadaan fizikal gadis berkenaan terlalu kurus seperti kebuluran tidak cukup makan menyebabkan empat beranak itu ditahan di rumah keluarga berkenaan pada 1.50 pagi, 1 Mei lalu.


http://www.hmetro.com.my/node/137935

Polis rakam percakapan 5 individu

image.jpg


KEMAMAN 8 Mei - Polis telah merakamkan percakapan lima individu termasuk jiran tetangga gadis yang mati dipercayai didera di Binjai, di sini pada 26 April lepas.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu telah dipanggil sejak minggu lalu bagi membantu siasatan.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata, polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan reman terhadap empat anggota keluarga gadis itu yang tamat hari ini sehingga 15 Mei ini.

Polis telah menahan empat anggota keluarga gadis berkenaan pada Ahad lalu untuk siasatan.

Laporan bedah siasat mendapati gadis berusia 22 tahun itu yang hanya seberat 18 kilogram mengalami kebuluran dan juga penderaan seksual.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...n-lima-individu-1.319939#sthash.LVeFi1Lg.dpuf

Reman 4 sekeluarga dilanjut 7 hari

09as_1462687338.jpg

SEORANG daripada empat sekeluarga yang dibawa ke mahkamah untuk lanjutan perintah reman. FOTO Shamsudin Husin

Chukai: Tempoh reman empat sekeluarga bagi membantu siasatan berkaitan kes dera gadis hingga mati di Kampung Binjai, di sini, dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy membenarkan permohonan lanjutan tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya mohon reman dilanjutkan bagi melengkapkan siasatan terhadap bapa bersama dua adik kandung serta ibu tiri mangsa.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya sudah menahan empat sekeluarga itu selama tujuh hari untuk membantu siasatan berkaitan kematian gadis berusia 22 tahun terbabit.

"Kami perlukan masa lagi untuk siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Rahsia penderaan terhadap gadis itu dikesan selepas polis yang curiga laporan kematian dibuat bapanya berusia 49 tahun pada 26 April lalu.


http://www.hmetro.com.my/node/136422

Ada kesan kemasukan pada alat sulit, dubur

KEMAMAN - Ada kesan kemasukan pada bahagian alat sulit depan dan belakang gadis berumur 22 tahun yang disyaki mati didera hasil bedah siasat serta pemeriksaan perubatan lanjut yang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, cecair dalam alat sulit mangsa juga telah diambil untuk dijalankan siasatan forensik.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/gadis-22-tahun-disyaki-mati-didera-1.516931

Gadis mangsa dera kebuluran, hanya 18 kg

Kemaman: Laporan bedah siasat menunjukkan gadis berusia 22 tahun yang disyaki didera keluarganya hingga meninggal dunia 26 April lalu, kebuluran, ada kesan gigitan manusia pada tubuh serta kesan kemasukan pada kemaluan depan dan belakang.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, bedah siasat di Hospital Kemaman mendapati dia mengalami jangkitan kuman.

"Kita percaya mangsa tidak diberi makan sehingga kebuluran dalam tempoh tiga minggu hinggakan gadis malang itu hanya seberat 18 kilogram.

“Sebahagian besar tubuh mangsa ada kesan gigitan manusia, serta kecederaan lain termasuk lebam di mata," katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata polis percaya ada unsur jenayah dalam kematian gadis malang itu.

Mohd Said berkata, pada peringkat awal polis mengklasifikasikan kematian gadis itu sebagai kes mati mengejut tapi selepas pemeriksaan awal, ada beberapa perkara mendatangkan syak.

"Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, bapa gadis itu membuat laporan kepada polis mengenai kematian mangsa pada 26 April dengan memaklumkan anaknya meninggal dunia di rumah kerana demam panas.

Susulan itu, Mohd Said berkata polis menahan bapa mangsa yang berusia 49 tahun, ibu tirinya berumur 35 tahun dan kedua-dua adik mangsa berumur 21 dan 14 tahun, kira-kira 11.50 pagi Ahad lalu.

mereka ditahan reman tujuh hari bermula Isnin lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kemaman, 30 April lalu.

Mohd Said berkata semalam pihak polis turut melakukan ujian gigi ke atas anggota keluarga mangsa bagi mengenal pasti kesan gigitan pada tubuh mangsa.


http://www.hmetro.com.my/node/135495

Gadis mati dipercayai didera

KEMAMAN 2 Mei – Kematian seorang gadis berumur 22 tahun yang berat badannya hanya 18 kilogram serta tubuh dipenuhi kesan gigitan manusia membongkar rahsia penderitaan ditanggung mangsa yang dipercayai didera hingga menemui ajal dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kematian mangsa, Siti Hajar Anuar selepas laporan dibuat oleh bapa kepada gadis malang itu pada 26 April lalu.

Menurutnya, bapa mangsa memaklumkan bahawa anaknya itu meninggal dunia di rumah mereka di Batu 5, Binjai disebabkan demam panas.

Ujarnya, bagaimanapun pihak polis yang datang menjalankan pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati kematiannya mencurigakan.

“Pada peringkat awal kita buka kes di bawah mati mengejut tetapi selepas pemeriksaan dilakukan kita dapati ada unsur-unsur jenayah dan susulan itu mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

“Selepas dua bedah siasat dijalankan kita dapati mayat tersebut mengalami jangkitan kuman dan ada kesan kebuluran. Sebahagian besar tubuh mangsa juga ada kesan gigitan manusia dan selain itu mangsa turut mengalami beberapa kecederaan lain termasuk lebam di bahagian mata,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis daerah sini hari ini.

Mohd. Said memberitahu, berikutan itu kematian mangsa disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Daripada hasil siasatan, kita dapati mangsa tinggal bersama bapa kandungnya yang bekerja sebagai mekanik, ibu tiri dan dua adiknya iaitu adik perempuan yang berusia 21 tahun dan adik lelaki berumur 14 tahun di Kampung Batu 5, Binjai di sini.

“Susulan itu, kita menahan bapa kandung mangsa yang berusia 49 tahun, ibu tirinya yang berumur 35 tahun dan kedua-dua adik mangsa pada pukul 11.50 pagi semalam. Keempat-empat mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan lanjut kes itu,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik berada di bawah penjagaan bapanya bersama dua lagi adiknya selepas kedua ibu bapanya bercerai. Adik lelakinya yang berumur 14 tahun itu juga sudah tidak bersekolah.

Ibu kandung mangsa merupakan wanita Cina mualaf dan menetap di Pulau Pinang.

Mohd. Said menjelaskan, disebabkan kematian mencurigakan itu ibu kandung mangsa turut membuat laporan polis agar siasatan lanjut dilakukan berhubung kematian anaknya itu.

“Dalam siasatan lanjut kes ini, pihak polis juga akan dapatkan ujian perubatan gigi terhadap suspek, kita akan minta khidmat pihak doktor gigi,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Said meminta saksi terutama jiran tetangga mangsa yang tahu kemungkinan mangsa didera agar tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Lokman Nor Hakim menerusi talian 017-2344542 atau 09 - 8591222 atau mana mana balai polis yang berhampiran.

Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kemaman pada pukul 6 petang, 30 April lalu.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/gadis-mati-dipercayai-didera-1.307597#sthash.kwcMZngs.dpuf

Last edited:
Sponsored Post

keihin

Active Member
Joined
Apr 5, 2007
Messages
1,198
Reaction score
7
Points
25
Doh bakper plop?
Gigit kt ner?
Al fatihah.
Org kemaman ado dop sini?
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,813
Reaction score
115
Points
73
mak aih. sampai gigit2 dah mcm natangggg. berak nanang laaa
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,533
Reaction score
1,607
Points
596
Allahuakhbar dasyat apa yang jadi

Tak dak hati perut langsung
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Allahuakbar. Mmg tak ada peri kemanusiaan.

Innalillah.
 

edy1405

Active Member
Joined
Nov 20, 2009
Messages
1,720
Reaction score
4
Points
30
biase umur 2 tahun hok keno dera..ni umur 22 tahun pun kena dera...parok
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
biase umur 2 tahun hok keno dera..ni umur 22 tahun pun kena dera...parok

tu la. dah besar panjang pun kena jugak, lahai kesiannya. innalillah...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register