BTC USD 27,770.9 Gold USD 1,994.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis lari tak tahan dicabul bapa tiri

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
SUBANG JAYA: Tindakannya melarikan diri dari rumah akhirnya membongkar rahsia apabila seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun mendedahkan dia berbuat demikian kerana tidak tahan dijadikan mangsa cabul bapa tirinya sejak dua tahun lalu.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa yang tinggal di Puchong, dekat sini, tidak pulang ke rumah dan disangkakan melarikan diri oleh kedua-dua ibu bapanya sebelum mereka membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu.

Namun, selepas sehari ‘ghaib’ pelajar terbabit dikesan berada di rumah rakannya sebelum dia dibawa ke balai polis.

Menurut sumber, ketika disoal siasat, pelajar terbabit kemudian mengaku dia melarikan diri kerana tidak tahan dijadikan mangsa cabul bapa tirinya sejak dua tahun lalu.

"Mangsa pada mulanya enggan menceritakan kejadian berkenaan di hadapan ibunya, namun selepas dibawa ke bilik siasatan, dia mengaku melarikan diri kerana bapa tirinya kerap menjadikannya mangsa cabul

“Pelajar terbabit sambil menangis akhirnya mendedahkan perbuatan bapa tirinya itu yang membuatkan dia tidak tahan tinggal di rumah dan terpaksa bersembunyi di rumah rakan,” katanya.

Sumber itu berkata, susulan pengakuan yang dibuat mangsa, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 40-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki itu yang juga bapa tiri kepada mangsa dan bekerja sebagai pemandu kini diburu bagi membantu siasatan kes ini.

“Dia mungkin ditahan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, kehilangan gadis berkenaan pada mulanya tidak diendahkan bapa tiri pelajar itu kerana menyangka remaja terbabit akan pulang dalam masa terdekat.


baru form 1 budak tu da kene cabul..:(
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register