BTC USD 36,626.7 Gold USD 1,798.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis hilang ditemukan, teman lelaki ditahan kerana merogol

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,650
Reaction score
13,611
Points
1,906
Dua2 bawah umur.. mcm tak akan kene tindakan je @cek mek molek
tn GamezStar, takde apa apa masalah dari segi perundangan klu nak charge lelaki berusia 19 tahun bwh seksyen 376 kk atas kesalahan merogol gadis bawah umur 15 tahun.

dlm kes ni, kita tunggu terlebih dulu hasil siasatan polis tengok samada dia akan direman dan seterusnya didakwa bawah seksyen 376 kk

berikut antara contoh kes remaja lelaki belasan didakwa
1.

Remaja lelaki mengaku salah rogol gadis bawah umur​

September 23, 2019 @ 2:36pm
KUALA TERENGGANU: Remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol gadis bawah umur berusia 14 tahun, tahun lalu.

Tertuduh berusia 18 tahun membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang, jam 1 pagi pada 21 Jun 2018.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di alamat sama pada jam 12.35 tengah malam dan jam 3.05 pagi pada 27 Jun tahun sama.


Pertuduhan keempat, tertuduh didakwa merogol mangsa di dalam tandas di luar sebuah rumah di Bukit Payong, Marang, antara jam 10 malam hingga jam 11 malam pada 11 Julai tahun sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

2.

6 dituduh rogol, amang seksual remaja 13 tahun​

Mac 9, 2021 @ 4:35pm

KUALA KANGSAR: Enam lelaki termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, bulan lalu.

Muhammad Zul Haikal Rashidi, 19, Muhammad Safaran Nurhan Suhaimi, 19, Muhammad Fakrul Nakimi Hussein, 29, Muhammad Saifullah Md Senapi, 21, Razaimi Md Nor, 49 dan Noordin Mat Ramli, 59 , bagaimanapun masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Muhammad Zul Haikal didakwa atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan itu di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Simpang Perak Air Panas, Pengkalan Hulu di sini antara 11.10 malam hingga 11.25 malam dan 4.45 petang pada 6 dan 7 Februari.

Muhammad Safaran Nurhan, Muhamad Fakhrul Nakimi dan Muhammad Saifullah dituduh merogol mangsa pada tempat sama antara 12.30 pagi hingga 5 petang pada 7 Februari.


Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Noordin didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa sama di tempat sama pada 11.10 malam 6 Februari.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Razaimi pula didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap mangsa sama di alamat sama antara 9 malam hingga 5 petang pada 6 dan 7 Februari.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan serta Seksyen 15(a)(i) akta yang sama.

Mahkamah membenarkan Muhammad Zul Haikal dan Razaimi masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin, manakala empat tertuduh lain dibenarkan ikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan kesemua tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Hakim Rohaida menetapkan 19 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rozman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh. – BERNAMA
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,650
Reaction score
13,611
Points
1,906

Syahril A. Kadir

· 12m ·

ADAKALANYA naluri kita tak salah.

Semalam aku nyaris-nyaris nak war2kan tentang kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun kat Shah Alam ini, bukan apa, kesian kat mak bapak dia.

Tetapi entah kenapa, aku tulis, aku delete. Aku tulis, aku delete. Pastu aku pun tertido.

Dalam kes ni Polis Shah Alam siap lancar Ops Jejak lagi.

Tup tup pagi tadi dia dah dijumpai, dia pergi rumah boyfriend dia, ermmmm....

Polis siap buka kertas siasatan rogol bila bapa dia kata anaknya dirogol. Bawah umur, pepaham jelah. Andai suka sama suka pun kira rogol gaklah kalau ikut undang-undang.

Gitulah.

Instincts don't lie. Selalunya.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,198
Reaction score
1,975
Points
201
tn GamezStar, takde apa apa masalah dari segi perundangan klu nak charge lelaki berusia 19 tahun bwh seksyen 376 kk atas kesalahan merogol gadis bawah umur 15 tahun.

dlm kes ni, kita tunggu terlebih dulu hasil siasatan polis tengok samada dia akan direman dan seterusnya didakwa bawah seksyen 376 kk

berikut antara contoh kes remaja lelaki belasan didakwa
1.

Remaja lelaki mengaku salah rogol gadis bawah umur​

September 23, 2019 @ 2:36pm
KUALA TERENGGANU: Remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol gadis bawah umur berusia 14 tahun, tahun lalu.

Tertuduh berusia 18 tahun membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang, jam 1 pagi pada 21 Jun 2018.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di alamat sama pada jam 12.35 tengah malam dan jam 3.05 pagi pada 27 Jun tahun sama.


Pertuduhan keempat, tertuduh didakwa merogol mangsa di dalam tandas di luar sebuah rumah di Bukit Payong, Marang, antara jam 10 malam hingga jam 11 malam pada 11 Julai tahun sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

2.

6 dituduh rogol, amang seksual remaja 13 tahun​

Mac 9, 2021 @ 4:35pm

KUALA KANGSAR: Enam lelaki termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, bulan lalu.

Muhammad Zul Haikal Rashidi, 19, Muhammad Safaran Nurhan Suhaimi, 19, Muhammad Fakrul Nakimi Hussein, 29, Muhammad Saifullah Md Senapi, 21, Razaimi Md Nor, 49 dan Noordin Mat Ramli, 59 , bagaimanapun masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Muhammad Zul Haikal didakwa atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan itu di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Simpang Perak Air Panas, Pengkalan Hulu di sini antara 11.10 malam hingga 11.25 malam dan 4.45 petang pada 6 dan 7 Februari.

Muhammad Safaran Nurhan, Muhamad Fakhrul Nakimi dan Muhammad Saifullah dituduh merogol mangsa pada tempat sama antara 12.30 pagi hingga 5 petang pada 7 Februari.


Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Noordin didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa sama di tempat sama pada 11.10 malam 6 Februari.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Razaimi pula didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap mangsa sama di alamat sama antara 9 malam hingga 5 petang pada 6 dan 7 Februari.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan serta Seksyen 15(a)(i) akta yang sama.

Mahkamah membenarkan Muhammad Zul Haikal dan Razaimi masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin, manakala empat tertuduh lain dibenarkan ikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan kesemua tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Hakim Rohaida menetapkan 19 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rozman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh. – BERNAMA

Klu mengaku terus memang kene a
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,650
Reaction score
13,611
Points
1,906
Klu mengaku terus memang kene a

tn GamezStar, aah ye.
sama mcm jenayah lain, jika tertuduh mengaku salah, maka dia akan diputuskan hukumannya oleh mahkamah

jika dia mengaku tak salah, maka dia akan dibicarakan. namun jika terbukti dia bersalah maka dia akan dihukum. jika terbukti dia tak bersalah, dia akan lepas bebas
 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,173
Reaction score
1,233
Points
111
Muka come tapi otak kosong, tak kesian keluarga ke buat perangai macam ni....
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,477
Reaction score
776
Points
121
Zaman dulu pun ramai jer belen, senang nak angkut naik motor bawak pergi merata.
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,181
Reaction score
1,544
Points
156
Entah le bro, budak sekarang hilang dara pun bangga buat video bagitau semua org........ Kalau aku ada anak macam tu, terjun gaung aku
Cuma tuan amalkan membaca ayat 15, surah Al-Ahqaf.
Maksudnya begini...
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,941
Reaction score
2,387
Points
151
aku belum ada anak lg... belom kawen lg... teringin nak ada anak..... tapi risau jgk benda2 mcm ni...

insyaALLAH kalau aku ada anak, didikan agama kena cukup... kasih sayang pn kena cukup.....supaya diorang tak terjebak dgn masalah sosial mcm ni..... tapi wallahualam..... takut jgk...
kdg2 dengar dari pengalaman org, walaupun dh cuba didik anak sebaik mungkin pun, tetap anak tu buat masalah jgk...hermmmmm
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register