BTC USD 40,733.0 Gold USD 1,866.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis ganas tersungkur

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohd Nur Asnawi Daud dan Iskandar Shah Mohamed
[email protected]



KAJANG: Bukan calang-calang penjenayah kerana walaupun baru berusia 20 tahun, gadis ini menjadi ‘kepala’ satu sindiket samun kereta mewah di Lembah Klang, sejak setahun lalu.

Gadis dikenali sebagai Ah Moon atau nama sebenarnya Wong Sau Lai pernah ditahan di Ampang selepas disyaki terbabit dalam beberapa siri rompakan bersenjata membabitkan kedai emas dan premis menjual loteri serta pecah rumah sejak awal tahun ini.

Dia yang dianggap ganas turut dikesan memiliki pistol selain sanggup melanggar kereta polis yang mengejarnya serta gagal menghadiri perbicaraan mahkamah pada Mei lalu.

Ah Moon menjalankan kegiatan samun kereta mewah bersama dua lelaki, termasuk kekasihnya sejak setahun lalu.






Rakan kepada wanita terbabit bagaimanapun ditahan polis di sekitar ibu kota dua minggu lalu manakala dia dan teman lelakinya diburu polis.


Selepas beberapa lama hidup dalam buruan, pasangan kekasih itu tumpas di tangan sepasukan polis di sebuah kondominium di Sungai Long di sini, awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata polis yang mendapat maklumat mengenai kedua-dua suspek menyerbu rumah yang disewa mereka kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika serbuan, katanya, wanita itu menembak seorang pegawai polis, Cif Inspektor Ng Wai Leong dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur menyebabkannya cedera di kedua-dua betis.

“Polis sebelum itu terpaksa memecah jeriji besi pintu rumah suspek apabila mereka enggan membukanya.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya bersembunyi dalam sebuah bilik.

“Mereka bertindak ganas dengan melepaskan lebih enam das tembakan ke arah polis menggunakan dua pucuk pistol,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam.

Beliau berkata, polis tidak mempunyai pilihan dengan terpaksa membalas tembakan serta membunuh mati kedua-dua suspek itu.

“Susulan itu, polis merampas dua pucuk pistol selain puluhan nombor plat kereta, kapak dan pisau, sebuah kereta BMW di tempat letak kereta di kondominium itu,” katanya.

Pegawai polis yang cedera itu dikejarkan ke hospital berhampiran sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Mohd Bakri berkata, siasatan mendapati suspek terbabit dalam kegiatan mencuri kereta mewah sejak setahun lalu membabitkan anggaran kerugian lebih RM3 juta.

“Mereka disyaki terbabit dalam 24 kes di Kuala Lumpur dan lapan kes di Selangor dengan menjadikan kawasan kediaman mewah sebagai sasaran utama operasi.

“Taktik yang digunakan adalah wanita terbabit berperanan mengenal pasti sasaran sebelum dua lelaki terbabit menyamun kenderaan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kejadian terbaru yang didalangi suspek pada 10 Oktober lalu membabitkan sebuah kereta jenis BMW di Cheras.

Menurutnya, penjenayah itu disifatkan amat ganas kerana mempunyai pistol dan senjata api berbahaya lain.

“Siasatan diteruskan bagi mengesan saki baki ahli sindiket yang masih bebas,” katanya.


p/s: ganas2 ???? :p:p:p:p
 
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
budak cina ni...taiko....komfem bapak dia org kaya...

aku rasa la..
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,791
Reaction score
411
Points
141
perempuan skang dah power laa..
kalah lelaki..
 
Last edited:

zino

Fun Poster
Joined
Aug 15, 2008
Messages
483
Reaction score
0
Points
10
tak boleh buat bini ni :(scam:(scam
 

metaaura

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2007
Messages
6,737
Reaction score
3
Points
65
ko ni :(scam la.. eboss da post ni..
 

rissa

Super Active Member
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
waooww ala2 "Bonny & Clyde" gitu. hustler woo, cayalah!

dunia dah maju... zaman dah berubah...

Malaysia boleh! :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register