BTC USD 27,726.9 Gold USD 1,976.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis didakwa curi jongkong emas milik Habib Jewels

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
image.jpg

GRIFF JOYNER LOIS dibawa oleh anggota polis ke Mahkamah Majistret Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Seorang pekerja kedai emas Habib Jewels dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan mencuri jongkong emas bernilai RM13,158 milik majikannya, September lalu.

Griff Joyner Lois, 23, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Wanita berketurunan Iban yang berasal dari Sarawak itu didakwa mencuri jongkong emas 999 seberat 100 gram di kedai emas Habib Jewels Manufacturing Sdn. Bhd. pada pukul 12.30 tengah hari, 27 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM5,000 namun peguam bela Kelvinder Singh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkannya kepada RM2,000 kerana anak guamnya perlu menanggung perbelanjaan keluarga.

Ayuni Izzati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 November ini untuk sebutan semula kes.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mah...ri-jongkong-emas-1.16261#sthash.hWwUSNZ5.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register