Gadis dibelasah enggan bonceng motosikal teman lelaki

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Keengganan seorang gadis menuruti kemahuan teman lelakinya agar menaiki motosikal bersama, mengundang padah apabila dibelasah sehingga cedera di mulut dan lebam di muka, dalam kejadian di Jalan Pusara, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang masih menuntut di tingkatan empat itu menunggang motosikal berseorangan sebelum didatangi seorang lelaki dikenali, menaiki motosikal Honda Ex5.

“Suspek telah menghimpit sebelum mengarahkan mangsa memberhentikan motosikal, serta memaksa remaja itu membonceng motosikal bersamanya sambil mengugut akan memukul sekiranya enggan.

“Bagaimanapun, mangsa tetap berkeras tidak mahu menuruti kehendak suspek menyebabkan suspek naik angin dan menarik tangan mangsa bagi memaksa gadis itu membonceng motosikal bersamanya,” katanya, semalam.

Menurutnya, pada masa sama, suspek bertindak kasar memukul dengan menampar dan menumbuk muka mangsa beberapa kali, menyebabkan bibir remaja itu luka selain lebam di muka.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil telefon bimbit milik mangsa sebelum beredar meninggalkan tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini, mangsa mendakwa suspek selalu memukulnya menyebabkan dia nekad membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya selepas ini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/dibelasah-enggan-bonceng-motosikal-1.148437
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,597
Reaction score
21,072
Points
1,671
mcm mana tgh bwk motor disuruh naik motor die pulak
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
lebih baik tinggalkan aje jantan jenis ni yang suka main belasah kaum yang lemah.
 

chaoz

Fun Poster
Joined
May 16, 2012
Messages
108
Reaction score
0
Points
10
tu la....suruh blajar tp gatal cari boipren......kesian mak bapak dekat rumah tu......
 

amins33

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
5,481
Reaction score
5
Points
65
ni kompem kes merajuk memula...

last2 kne belasah...
takpon mamat tu nak rogol awek die kot
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,597
Reaction score
21,072
Points
1,671
lebih baik tinggalkan aje jantan jenis ni yang suka main belasah kaum yang lemah.
ada jgk kes mintak tinggal lgla teruk kena pukul
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
padan muka,sape soh gatal nk kapel
ni lau kawin memang habisla kena terajang,
 
Sponsored Post
Top
Log in Register