BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis AS Berlinang Air Mata Lepas Sengaja Rempuh Teman Lelaki & Rakan Dengan Kelajuan 160 Km/J, Di Penjara Seumur Hidup

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,333
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,333
Reaction score
7,306
Points
916
Awards
1
12.01.2025 - Ramai yang masih tidak dapat menerima ketulusan tangisan seorang remaja wanita di Ohio, Amerika Syarikat nekad melanggar teman lelakinya sendiri hingga menyebabkan maut sekitar tiga tahun lepas. Mackenzie Shirilla, 20, didapati bersalah selepas dia melanggar teman lelakinya, Dominic Russo, 20, dan seorang lagi remaja, Davion Flanagan, 19 dengan memandu selaju 160 km/j kereta jenis Toyota Camry merempuh sebuah dinding tempat kedua-dua mangsa berada. Kejadian tersebut berlaku di Cleveland, Amerika Syarikat pada 2022 semasa Shirilla berusia 17 tahun. sai melanggar kedua-dua mangsa, Shirilla kemudiannya dengan tenang pergi menghiburkan diri di sebuah konsert sambil berkerusi roda akibat daripada impak pelanggaran dilakukannya sendiri.

Dia kemudiannya ditangkap dan dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun akibat perbuatan tersebut. Shirilla berkemungkinan boleh dipenjarakan lebih daripada 15 tahun sekiranya tidak berkelakuan baik sepanjang menjalani hukuman. Semasa perbicaraan, Hakim Mahkamah Rayuan, Nancy Margaret Russo menyifatkan tindakannya sebagai terkawal, disengajakan, dan bertujuan. Hakim itu turut berpendapat tindakan Shirilla sebagai pembunuhan dan bukannya pemanduan melulu. Motif pelanggaran dikatakan Shirilla berada dalam hubungan yang tidak baik bersama Russo, lalu ia mendorong dia untuk bertindak sedemikian. Shirilla yang hanya terdiam dan menangis ketika perbicaraan, berharap yang dia mampu membawa pergi semua kesakitan yang dialami keluarga mangsa akibat tindakannya.

"Saya harap satu hari nanti kalian dapat saksikan yang saya tidak akan benarkan perkara itu terjadi atau melakukannya dengan sengaja. Saya harap saya boleh ingat semula apa yang terjadi. Saya minta maaf, saya terlalu kecewa, saya harap saya boleh bawa pergi semua kesakitan yang dialami," ujarnya.
1736663063994.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register