BTC USD 28,188.3 Gold USD 1,940.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis 16 tahun mengaku seks dengan kawan bapa sendiri hingga bunting 7 bulan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
SUSPEK_ROGOL___MAHKAMAH_MAJISTRET_PULAU_PINANG.transformed.jpg


Georgetown: Seorang bapa tampil membuat laporan polis semalam (Ahad) selepas mendakwa anak perempuanya berusia 16 tahun dirogol kenalan rapatnya sendiri yang berusia 53 tahun hingga menyebabkan remaja itu kini hamil tujuh bulan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu disedari bapa gadis itu sejak 29 September lalu selepas mendapati gelagat anaknya mencurigakan.

"Namun remaja itu cuba menyembunyikan kandungannya, bagaimanapun bapanya yang masih curiga mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar anaknya ke hospital sebelum disahkan hamil.

"Remaja itu juga enggan mendedahkan identiti lelaki bertanggungjawab terhadap kandungannya itu menyebabkan bapanya tampil membuat laporan polis," katanya.

Hasil soal siasat remaja itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kenalan bapanya di sebuah hotel di kawasan Timur Laut.

Suspek ditahan dirumahnya di Sungai Pinang pada hari sama laporan dibuat bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan Kerana merogol.

Lelaki itu juga ditahan reman hingga Sabtu depan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6221#sthash.KFSWVStJ.dpuf
 
Sponsored Post

lelabah

Super Active Member
gem
Messages
5,775
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,775
Reaction score
926
Points
121
tak tahu langsung apa aktiviti anak sendiri, sampai anak sendiri mengangkang pun tak tahu..bila dah termengandung, baru nak menggelupur


bila didikan dah cukup kita hanya mampu berdoa dan bertawakkal agar dihindari drpd perkara sedemikian.


boleh ke kita awasi anak kita 24jam.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register