Gadis 14 tahun dirogol ketika berkemban

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
KUALA LANGAT: Dia layak digelar lelaki durjana kerana sanggup menjadikan anak saudaranya yang berusia 14 tahun sebagai pemuas nafsu. Perbuatan itu hanya terbongkar selepas mangsa disahkan mengandung enam bulan.


Lelaki berusia 49 tahun dan bekerja sendiri itu dipercayai kali pertama merogol anak saudaranya yang dijaga sejak berusia tiga belas tahun pada 2008 dan kali terakhir perbuatan terkutuk itu berlaku dua minggu sebelum mangsa membuat laporan polis, Jumaat lalu.


Difahamkan, kali pertama mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di daerah ini dirogol di sebuah rumah di Tanjung Sepat, dekat sini, ketika keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban.


Pada masa sama, suspek dikatakan mengambil kesempatan dengan ketiadaan isterinya di rumah sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya dan kejadian itu berlarutan tanpa disedari isterinya.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit terbongkar selepas jiran menyedari perubahan bentuk badan mangsa dan memberitahu isteri suspek sebelum mangsa didesak menceritakan kejadian sebenar.

“Mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada 22 Januari lalu dan susulan kejadian, kami menahan seorang lelaki yang juga bapa saudara keesokannya bagi membantu siasatan.


“Hasil soal siasat, mangsa mendakwa terpaksa mendiamkan diri kerana takut dan membiarkan dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit berulang kali,” katanya di sini, semalam.


Ibu bapa kandung mangsa sudah bercerai dan mangsa dikatakan diserahkan kepada ibu saudaranya untuk dijaga.


Mangsa juga sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan positif mengandung.


Mohamad Radzi, berkata hasil siasatan polis mendapati mangsa mula dirogol ketika berusia 13 tahun dan dia dikatakan membiarkan perkara itu berlarutan sehingga kini.


“Siasatan ke atas suspek juga dia mengaku mengambil kesempatan dengan menodai mangsa berulang kali.


“Suspek direman empat hari bermula pada 23 Januari lalu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
 
Sponsored Post

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
lebih teruk dpd binatang
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
aduhai anak pon bleh layan binatang sungguhhhhh
 

BlackPepper

Active+ Member
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
minah tu pun cam suka je.. da lama kena rogol tp xbgtau sesapa pn.. pastu ble lg plak berkemban.. mmg saje bakar line la tu...~X(~X( stu.pid..
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,185
Reaction score
1,041
Points
1,101
minah tu pun cam suka je.. da lama kena rogol tp xbgtau sesapa pn.. pastu ble lg plak berkemban.. mmg saje bakar line la tu...~X(~X( stu.pid..
benda sedap.........nak repot serba salah..:))
dah bosan..repot jerla..
 

ayien

Fun Poster
Joined
Dec 13, 2006
Messages
420
Reaction score
1
Points
15
budak tu baru 13 tahun mase kena rogol, memang la dier takut..budak tak tau ape2 lagi.
 

OneMyWnn

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2009
Messages
736
Reaction score
9
Points
15
mana la tau.... kena ugut keee takut kaaa?:(scam
 

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
huhu ini la hasilnya bila anak terbiar dari penceraian mak bapak..
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
umur muda mn ade keberanian nak buat aper...apetah lagi nak report polis...budak kecik tgk polis pon dah takut..erm tp siyes la mmg kejam dr binatang la...
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
that y la kalau ngan budak bwh umur dikira rogol.budk2 pemikiran x cukup panjang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register