BTC USD 62,972.4 Gold USD 1,752.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
photo_2021-03-03_12-34-31.jpg

Datuk Kadzim M Yahya berkata ini kerana surat letak jawatan ADUN Sebatik dikemukakan Parti Warisan Sabah (Warisan) semalam tidak efektif kerana ditandatangani terlebih dahulu (pre-sign) dan tidak menyatakan sebarang tarikh (undated).

#PolitikMalaysia #HapusCOVID19

Baca lanjut di: http://bit.ly/AWANI20
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Tawar imbuhan: Shafie cuba halang lebih ramai ADUN Warisan keluar parti

2 March 2021

MGF27072017_PENYERAH-MEMORANDUM-GAUM03.jpg

Pengerusi Penaja Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam masa terdekat.
Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, ia susulan tindakan Mohd Shafie dengan sengaja dan berniat jahat telah memfitnah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Shafie membuat dakwaan kononnya Kerajaan GRS telah menawarkan imbuhan wang jutaan ringgit untuk membeli wakil rakyat daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk bertindak keluar parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Mohd Shafie mendakwa Hassan A Gani Pg Amir akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dalam masa terdekat.

Ini bagi membolehkan kerusi DUN Sebatik yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dipertimbang untuk dikosongkan.

Ia susulan bukti video Hassan berikrar dan menandatangani surat itu sebelum menjadi wakil rakyat pada PRN Sabah.
Kandungan ikrar itu menyebut jika Hassan mengkhianati Warisan dengan menyertai parti politik lain atau meninggalkan parti sebagai ADUN Bebas, beliau akan meletak jawatan sebagai ADUN.
Mohd Shafie juga mendakwa, salinan surat itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam pada itu, Presiden Warisan itu cuba mewujudkan sangkaan buruk ke atas kerajaan GRS kerana membuat tuduhan tentang wujudnya tawaran imbuhan wang ringgit kepada wakil-wakil rakyat Warisan.

“Dalam masa sama Shafie tidak sertakan bukti kukuh dan sah sama ada dalam bentuk dokumentasi, rakaman perbualan, video ataupun mesej telefon,” katanya.

Zulkarnain juga mencabar Mohd Shafie membuktikan bahawa beliau tidak berbohong dengan menunjukkan bukti bagi menyokong kenyataan mengenai tawaran wang jutaan ringgit tersebut.

“Ini bukan kali pertama Shafie membuat tuduhan fitnah jahat berupa tawaran wang ringgit ke atas wakil rakyat Warisan.

“Tuduhan Shafie itu tanpa melaporkan terlebih dahulu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga secara jelas telah melanggar Akta SPRM 2009.

“Justeru satu laporan polis akan dibuat bagi meminta pihak polis mendakwa Shafie kerana telah mengeluarkan kenyataan fitnah,” katanya.

Beliau juga meminta SPRM mendakwa Mohd Shafie kerana dengan sengaja tidak melaporkan aktiviti sogokan membabitkan pembelian wakil rakyat Warisan.

“Kenapa perlu takut dan khuatir untuk melaporkan tawaran pembelian wakil rakyat kepada pihak SPRM melainkan Shafie sebenarnya hanya berbohong.

“Kami cukup yakin tindakan Shafie itu hanyalah sebagai taktik bagi menghalang lebih ramai wakil rakyat Warisan keluar parti bagi menyokong kerajaan GRS,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
Tawar imbuhan: Shafie cuba halang lebih ramai ADUN Warisan keluar parti

2 March 2021

View attachment 348778

kuat jolok terrr
kot keluar parti
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Kadzim M Yahya berkata, ini kerana surat itu 'ditanda tangan lebih awal' dan 'tidak bertarikh'.

1614758826914.png

Speaker Sabah sahkan Adun Sebatik kekal bebas, tiada kekosongan kerusi
Diterbitkan 3 Mar 2021, 1:25 pm

Dikemaskini 1:45 pm

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M Yahya hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sebatik Hassan A Gani Pg Amir kekal seorang ADUN bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kadzim berkata ini kerana surat letak jawatan Adun Sebatik dikemukakan Parti Warisan Sabah (Warisan) semalam tidak efektif kerana ditandatangani terlebih dahulu dan tidak menyatakan sebarang tarikh.

Beliau berkata Hassan A Gani juga telah menghantar kepadanya akuan bersumpah dengan jelas menyatakan tiada niat untuk mengosongkan kerusi DUN di sebalik tindakannya keluar Warisan.

“Setelah saya meneliti kedua-dua dokumen berkenaan, saya mendapati surat peletakan jawatan dikemukakan oleh Warisan kepada saya yang dikatakan ditandatangani oleh YB (Yang Berhormat) Sebatik itu adalah pada sendirinya ‘ineffective’ (tidak efektif).

“Mengikut undang-undang yang kita ada sekarang, apa-apa peletakan jawatan ‘pre-sign’ dan ‘undated’ (atau) tidak bertarikh adalah batal. Justeru, berasaskan kepada itu, saya tidak dapat menerima surat itu sebagai peletakan jawatan,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.
- Bernama

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Warisan akan mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan Speaker DUN Sabah menerima peletakan jawatan ADUN Sebatik, seterusnya mengosongkan kerusi DUN tersebut.

Isu ADUN Sebatik: Warisan ambil tindakan undang-undang

03 Mac 2021

1614762945724.png

Hassan didakwa telah melafazkan janji taat setia kepada Warisan secara sukarela tanpa unsur paksaan dalam parti. Gambar kiri: Loretto Padua

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) akan mengambil tindakan undang-undang segera untuk memastikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya menerima peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir dan seterusnya mengosongkan kerusi DUN tersebut.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua berkata, peguam parti mempunyai dokumen yang jelas menunjukkan Hassan setuju menarik diri jika beliau keluar daripada Warisan dan juga secara rela menandatangani surat taat setia kepada Warisan.

"Dalam surat bertarikh 10 September 2020 kepada peguamnya, Hassan mengarahkan mereka untuk meletakkan tarikh dan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Speaker dan Yang di-Pertua Negeri Sabah (Tun Juhar Mahiruddin) sekiranya beliau menyatakan diri sebagai bebas sebelum atau selepas dilantik sebagai ADUN.

"Peguam melaksanakan arahan itu susulan pengumumannya untuk menjadi bebas pada 25 Februari lalu dan surat peletakan jawatan Hassan bertarikh 26 Februari dan kemudian diserahkan kepada Speaker," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Warisan sebelum ini memaparkan satu video berkaitan Hassan yang bersumpah untuk setia kepada parti atas nama Tuhan dan turut mengatakan bahawa beliau akan tetap bersama parti itu sehingga ke akhirnya.
Dalam video yang dirakam tahun lalu itu, beliau dijadikan sebagai calon Warisan untuk kerusi DUN Sebatik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020 dan berjanji untuk menyerahkan surat peletakan jawatan jika melanggar taat setia kepada Warisan.

Loretto dalam pada itu berkata, semua calon Warisan telah melakukan janji taat setia kepada parti secara sukarela tanpa unsur paksaan dalam parti.

"Malah, ini adalah peluang kedua Hassan bertanding dalam pilihan raya di bawah tiket Warisan selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) pada 2018.

"Warisan sedih dengan keputusan Speaker untuk tidak menerima peletakan jawatan Hassan. Oleh itu, Warisan akan mengambil tindakan perundangan yang lain dengan segera," katanya.

Terdahulu, Kadzim pada sidang akhbarnya pada Rabu memaklumkan bahawa kerusi DUN Sebatik kekal dan tidak dikosongkan selepas surat peletakan jawatan Hassan yang diserahkan Loretto didapati batal kerana surat itu ditandatangani dengan tidak bertarikh.

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,537
Reaction score
554
Points
121
Da baiah ke tu..nasib ko la labu. Sblm buat x nk pikir
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,593
Reaction score
1,953
Points
206
ADUN Sebatik nafi terima RM10 juta untuk keluar parti
| | 16 Mac 2021

1002490.jpg

Hassan A Gani Pg Amir
A
A
KALABAKAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir pada Selasa menafikan dakwaan menerima imbuhan sehingga RM10 juta untuk bertindak keluar dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau berkata, keputusan keluar parti dan menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah dibuat tanpa paksaan atau tawaran sebaliknya demi kepentingan rakyat terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.

"Dakwaan ini (mendapat imbuhan) satu dakwaan begitu liar, saya sudah jelaskan tindakan keluar parti ini tidak mengubah langsung landskap politik termasuk menjadi penentu pembentukan kerajaan, kalau terima tawaran memang tidak ada," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Hassan ditemui di Kampung Rancangan Kalabakan bagi bertemu pemimpin akar umbi serta rakyat dan berkata, pertemuan itu adalah bagi menjelaskan keadaan sebenar berhubung tindakannya menjadi ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan kerajaan.

"Kita sanggup terima cemuhan atau kata-kata tidak baik daripada netizen, korbankan maruah (sendiri) demi rakyat," katanya sambil menambah selepas ini, beliau akan turut turun padang ke Pulau Sebatik serta tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM) lain untuk memberikan penerangan.

Mengulas tindakan Speaker DUN, Datuk Kadzim M Yahya yang menolak surat peletakan jawatan ADUN Sebatik yang diserahkan Warisan, Hassan berkata, ia dibuat berlandaskan peruntukan perundangan sedia ada.

"Saya tandatangan surat itu sebelum menerima watikah sebagai calon, ketika itu saya tiada pilihan dan itu juga berlaku dengan calon lain yang menandatangani surat dan membaca aku janji.

"Surat ini selain tiada tarikh (ketika ditandatangan), ia hanya terdapat tandatangan saya sendiri tanpa membabitkan pihak kedua dan ini bermakna, saya boleh membatalkan surat itu sendiri tanpa perlu membabitkan pihak kedua," katanya.

Pada 25 Februari lalu, Hassan mengumumkan keluar Warisan kerana kecewa dengan kepimpinan parti itu yang dilihatnya lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding isu rakyat yang terbeban dengan penularan Covid-19. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...atik-nafi-terima-RM10-juta-untuk-keluar-parti
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
KERAJAAN GRS | Contoh Terbaik Kesungguhan Kerjasama Politik Demi Rakyat

Tan Sri Muhyiddin menyifatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai contoh terbaik kesungguhan dan kerjasama politik yang mengutamakan kesejahteraan hidup rakyat di Sabah.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
#KotaKinabalu Keyakinan itu berdasarkan kesungguhan dan komitmen ditunjukkan pemimpin semua parti komponen GRS.
https://www.hmetro.com.my/.../bersatu-sabah-yakin...

Bersatu Sabah yakin muafakat GRS mampu bertahan​

1617674042069.png

DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu menerima cendera kenangan daripada Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun BERSATU Sabah Ke-2, malam ini. FOTO Mohd Adam Arinin

Kota Kinabalu: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yakin muafakat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk menerusi kerjasama pelbagai parti termasuk Umno mampu terus dipertahankan sebagai tunjang kerajaan negeri.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, keyakinan itu berdasarkan kesungguhan dan komitmen ditunjukkan pemimpin semua parti komponen GRS dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan gabungan berkenaan.

Katanya, kekuatan dan kesatuan GRS penting untuk Sabah sebagai landasan bagi memastikan suara dan kepentingan negeri ini dalam persekutuan sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

"Hakikatnya, hari ini kita mungkin berada dalam parti politik yang berbeza tetapi hakikatnya kita pernah bersama dalam rumpun yang sama. Muafakat GRS akan menjadi pemangkin untuk kita bersatu dalam satu platform kerjasama untuk kepentingan rakyat, untuk membina tanah air tercinta yang lebih maju dan berjaya.

"Permuafakatan GRS bukan sekadar penting untuk kita di Sabah. Permuafakatan ini amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia.

"Kita akan dihormati sekiranya kita kuat, bersatu membawa suara serta perjuangan negeri dan rakyat. Ikhtiar kita akan lebih berkesan apabila kita menjadi sebahagian daripada tunjang kekuatan kerajaan persekutuan," katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua Bersatu Sabah yang disempurnakan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, di sini, malam tadi.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata Bersatu Sabah amat menghargai komitmen ditunjukkan semua parti dalam GRS, lebih-lebih lagi Umno Sabah yang sebelum ini menjelaskan pendirian untuk mempertahan GRS dan tidak akan bertembung sesama sendiri pada pilihan raya akan datang.

Disiarkan pada: April 6, 2021 @ 9:02am

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register