BTC USD 62,617.0 Gold USD 1,766.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Aku janji GRS tawar pemulihan ekonomi di Sabah – Hajiji

16 September 2020

MGF16092020_AKU-JANJI-GRS11-681x454.jpg

Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa (tiga kiri) Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Radin Malleh (dua kanan), Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (dua kiri), Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Hajiji Noor (kanan) serta yang lain menunjukkan risalah Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah pada majlis perasmiannya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Magellan Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Pembangunan infrastruktur, pemulihan ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan dan transformasi perkhidmatan awam antara sembilan teras Aku Janji atau manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dilancarkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

GRS terdiri daripada Barisan Nasional (BN) dan komponennya, Perikatan Nasional (PN) turut menawarkan aspek kesihatan dan kesejahteraan rakyat melalui naik taraf fasilitasi, pembangunan modal insan, keselamatan dan menumpukan pembangunan golongan belia.


Manakala teras terakhir adalah pembangunan wanita.
Mengulas lanjut, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, luar biasanya semua tawaran gabungan itu adalah hala tuju pemulihan ekonomi negeri selepas terjejas akibat pandemik Covid-19.

Tambah beliau, semua aku janji gabungan berkenaan memerlukan sekurang-kurangnya satu penggal untuk dilaksanakan.
“Inilah yang kita tawarkan kepada rakyat Sabah berasaskan hak-hak negeri Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

“Kita berharap dengan Aku Janji yang kami buat ini kami amat yakin rakyat akan membantu mengundi kami,” katanya ketika sidang media selepas Pelancaran Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah di The Magellan Sutera Harbour hari ini.
Dari aspek teras ekonomi, GRS ingin menjadikan Pelabuhan Sepanggar sebagai hab pemindahan muatan transhipment untuk melonjakkan industri logistik Sabah.

Demi menyokong industri tempatan, GRS juga mewujudkan kawasan zon perdagangan bebas di kawasan strategik.
Selain itu GRS akan mempercepatkan pembinaan jalan yang menghubungkan Kalabakan dan Serudong bagi memacu pertumbuhan ekonomi kawasan sempada. -MalaysiaGazette


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Sabah hancur bawah Warisan, hala tuju lebih jelas dengan GRS – Hajiji

16 September 2020

MGF16092020_AKU-JANJI-GRS16-681x454.jpg

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Hajiji Noor berucap pada Majlis Pelancaran Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Magellan Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin mampu memberikan hala tuju baharu negeri Sabah jika diberi mandat diberikan pada 26 September ini.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, mandat itu amat diperlukan untuk kemaslahatan rakyat selepas Parti Warisan Sabah (Warisan) gagal berfungsi dengan baik sebagai kerajaan negeri.


“Kita akan tawarkan suatu yang lebih baik dan bertujuan membaik pulih ekonomi negeri Sabah yang semakin hancur akibat pentadbiran Warisan.
“Negeri ini akan maju ke hadapan selepas ini jika diberi mandat pada 26 September ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Aku Janji GRS di sini hari ini.

Gabungan berkenaan terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN).
Jelas Hajiji, setiap tawaran GRS kepada rakyat Sabah akan menjadi lebih baik dan mudah dilaksanakan kerana menerima sokongan penuh diberi kerajaan persekutuan.

“Gabungan tiga parti ini amat meyakinkan. GRS, PN, BN dan PBS, akan dapat menawarkan satu tawaran baru yang berkonsepkan sayangi sabah.
“Ia juga bertujuan melahirkan kecintaan terhadap Sabah dan ke arah memacu Sabah ke arah lebih baik.

“Keyakinan ini kita jelaskan kerana kepimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan yang terbaik dan kita dapat saksikan semua itu termasuk menangani isu Covid 19 dan masalah ekonomi,” katanya.-MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Aku Janji GRS tawaran baharu untuk Sabah – Bung Moktar

16 September 2020

MGF16092020_AKU-JANJI-GRS17-681x454.jpg

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berucap pada Majlis Pelancaran Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Magellan Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sembilan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah adalah tawaran baharu yang bakal memberi kesejahteraan secara keseluruhan kepada rakyat Sabah.
Antara yang disebutkan Bung Moktar menarik perhatian adalah mempercepatkan pembinaan lebih raya Pan Borneo.


“Manifesto ini merangkumi berbagai-bagai tawaran baru kepada rakyat negeri Sabah, manifesto ini termasuk kebajikan termasuk memperluaskan infrastruktur negeri sabah, memastikan bahawa setiap daerah sudah ada api letrik air bersih dan jalan-jalan kampung, itu diteruskan.
“Pan Borneo diteruskan tanpa ada halangan, bukan macam sekarang ditahan ditahan. Bantuan kebajikan kepada orang-orang tua, ibu-ibu tunggal, orang kurang upaya, yang tidak berkemampuan itupun kita ubah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ,Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah yang bertemakan Sayangi Sabah.

Terdapat sembilan teras dalam manifesto itu dan antaranya mengetengahkan dan membantu golongan belia, menaiktaraf infrastruktur dan melakukan transformasi perkhidmatan awam di negeri itu.
Pembangunan kaum wanita juga termasuk dalam aku janji berkenaan, yang mengkhususkan penyertaan kaum berkenaan dalam pasaran pekerjaan melalui pelaksanaan pemadanan kerja dalam sektor yang bersesuaian.-MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Sembilan Aku Janji bukti komitmen luar biasa GRS – Muhyiddin


16 September 2020

MGF16092020_AKU-JANJI-GRS14-681x454.jpg

Jentera, Arwinda Mirula (kanan) dan Fazilah Ahmad menunjukkan risalah Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah pada majlis perasmiannya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Magellan Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Sembilan Aku Janji atau manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membuktikan komitmen semua parti di dalamnya untuk mengangkat taraf hidup rakyat negeri itu.
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fokus utama gabungan itu adalah memulihkan ekonomi rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19.


“Sabah seperti di negeri lain masih perlu pembelaan dan sokongan sama ada (kerajaan) negeri mahu pun (kerajaan) persekutuan, maka disebabkan itulah hari ini kita melancarkan aku janji ini menunjukkan komitmen yang total daripada parti-parti dalam GRS untuk dilaksanakan.
“Ia untuk mengangkat taraf rakyat Sabah ke suatu yang lebih tinggi lagi terutama pada waktu pandemik Covjd-19 yang masih melanda dunia dan Malaysia.

“Setakat usaha yang nak dibuat tidak mencukupi tapi untuk nak membantu rakyat Sabah yang sebahagiannya telah jatuh miskin hampir papa (kedana) Covid-19.
“Maka oleh sebab itu komitmen itu bukan komitmen biasa tetapi komitmen luar biasa,” katanya ketika berucap di Pelancaran Aku Janji Gagasan Rakyat Sabah di The Magellan Sutera Harbour hari ini.
Aku Janji GRS untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini berteraskan sembilan perkara yang bertemakan Sayangi Sabah.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, demi menyelesaikan masalah dan membantu rakyat, hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan perlu intim dan baik untuk memudahkan perjalanan pelaksanaan manifesto.

“Setakat usaha yang nak dibuat tidak mencukupi untuk membantu rakyat Sabah yang sebahagiannya jatuh miskin, yang hampir papa kedana kerana Covid-19. Sebab itu saya nak nyatakan bukan sahaja membentuk kerajaan negeri menyelesaikan masalah tetapi dorongan rapat dan intim antara kerajaan persekutuan menjadi perkara yang tidak boleh dielakkan,” tambahnya.

Muhyiddin berkata, beliau sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan menambah bantuan kepada rakyat sekiranya menjadi pilihan untuk menubuhkan kerajaan.
Sehubungan itu beliau mengajak rakyat negeri itu memilih parti yang berada dalam GRS menjelang PRN Sabah pada 26 September nanti.-MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Laksana ‘Aku Janji’ jika kerajaan negeri sehaluan dengan persekutuan, kata Muhyiddin

September 16, 2020 6:24 PM

Muhyiddin-Yassin-Majlis-Pelancaran-Aku-Janji-GRS-Kota-Kinabalu-Sabah-160920-FMT-6.jpg

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata antara yang terkandung dalam “Aku Janji” termasuk perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto “Aku Janji” yang dilancarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini hanya mampu dilaksanakan jika kerajaan negeri baharu dibentuk nanti sehaluan dengan kerajaan persekutuan.
“Kenapa salinan ‘Aku Janji’ ini diserahkan kepada saya selaku perdana menteri dan bukan ketua menteri?

“Ini kerana antara yang tersenarai dalam ‘Aku Janji’ ada hubung kait dengan urusan kerajaan persekutuan manakala sebahagian lagi adalah urusan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap sempena pelancaran manifesto itu hari ini.

Muhyiddin berkata, antara yang terkandung dalam “Aku Janji” termasuk perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya tidak umumkan di sini, saya akan umumkan malam nanti sempena Hari Malaysia, hari ini,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang bukan seperti kerajaan Warisan Plus pimpinan Shafie Apdal yang hanya tahu berjanji tetapi tidak tunaikan.

“Bukan macam Warisan, bantuan untuk orang miskin ketika Covid-19 sampai hari ini tidak sampai, kerajaan persekutuan telah beri malah masih memberi hingga sekarang, ini bukan omong kosong, ini cakap betul.


“Rakyat Sabah masih memerlukan pembelaan, sokongan daripada semua peringkat penting, sama ada peringkat kerajaan negeri atau persekutuan dan sebab itu kita lancarkan ‘Aku Janji’.

“‘Aku Janji’ memberi saya komitmen yang menyeluruh dari parti yang ada dalam GRS untuk dilaksanakan supaya diangkat lagi darjat Sabah,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata “Aku Janji” berpaksikan hak Sabah, kepimpinan berintegriti, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) dan perpaduan rakyat Sabah.

Paksi pertama iaitu hak Sabah menggariskan 3 perkara termasuk memelihara dan terus memperjuangkan hak Sabah berlandaskan MA63.

Dua perkara lain dalam paksi pertama ialah membentuk Jawatankuasa Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai Hak Sabah serta menubuhkan Majlis Petroleum Sabah dan Dana PetroSabah bagi memelihara kepentingan generasi akan datang.

Paksi ke-2 pula kepimpinan yang bersih, berintegriti, cekap, amanah dan mendahulukan rakyat Sabah serta membina keyakinan rakyat terhadap integriti penjawat awam Sabah.

Teras ke-3 memastikan WKB 2030 sebagai tunjang yang menggariskan Sabah diberikan perhatian dalam usaha mengecilkan jurang pembangunan antara wilayah serta menjana ekonomi tinggi dengan mengambil kira Revolusi Industri 4.0.

Paksi ke-4 perpaduan rakyat Sabah yang menggariskan 3 perkara termasuk memastikan kebebasan beragama, dasar perlembagaan negara dipertahankan dan memupuk semangat integrasi nasional dengan berpandukan Rukun Negara.


Hadir sama Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor, Pengerusi BN Sabah Bung Mokhtar Radin, Timbalan Presiden PBS Radin Malleh, Presiden SAPP Yong Teck Lee, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Semalam dilancarkan AKU JANJI sebagai tawaran @ manifesto Gabungan Rakyat Sabah (BN - PN - PBS) bagi menghadapi PRN ini.
Jemput semak Aku Janji yang disertakan.
GRS menyebutnya AKU JANJI bukan manifesto kerana melihat rakyat sudah muak apabila ada pihak yang kata manifesto bukan janji, bukan kitab suci.


1600303064020.png

1600303072994.png

1600303080721.png

1600303090569.png

1600303098230.png

1600303106227.png

1600303114371.png

1600303123917.png

1600303142599.png


1600303134993.png

1600303167604.png

1600303186982.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Malaysiakini (BM Version)



11j ·


ANALISIS | Perdana menteri berikhtiar memperteguh kerjasama dengan manifesto di bawah GRS.

1600304829851.png


Muhyiddin cuba satukan sekutu 'panas dan dingin' di Sabah
Kow Gah Chie
Diterbitkan 16 Sep 2020, 9:09 pm

Dikemaskini 16 Sep 2020, 9:27 pm

ANALISIS | PN, BN dan PBS mungkin menyebut diri mereka sekutu tetapi parti-parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menghantar isyarat membingungkan sejak awal hari kempen pada 12 September lalu.
Daripada perbezaan pendapat calon ketua menteri dan agihan kerusi hinggalah sokongan terhadap calon bebas yang bertanding menentang sekutu mereka sendiri.
Saling menuduh 'berkhianat' nampaknya PN, BN dan PBS tidak pasti mereka benar-benar ingin sudi berteman.

Dalam suasana ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tanpa lelah berikhtiar untuk menyatukan sekutu yang 'bertelagah' dan hari ini memperteguh kerjasama mereka ke dalam gabungan rasmi dengan ikatan manifesto bersama di bawah GRS.

Bercakap di Kota Kinabalu di hadapan wakil pimpinan PN, BN dan PBS, Muhyiddin berkata aku janji itu belum pernah terjadi sebelum ini dan berikrar untuk memenuhi Perjanjian Malaysia 1963.

8f9a2216a96d97953b03e7827e8c53e4.jpg


Usaha Muhyiddin menyatukan pembangkang Sabah, sebahagiannya untuk melawan penguasaan Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, Pakatan Harapan dan Upko.

Gabungan pimpinan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal itu dapat mengumpulkan barisan bersatu dengan menawarkan satu calon untuk semua 73 kerusi yang ditandingi mereka.

Muhyiddin cuba melakukan hal serupa, misalnya secara peribadi terlibat dalam rundingan hingga ke saat akhir hanya untuk melihat sekutunya bertembung sesama sendiri di 11 kerusi DUN.

Muhyiddin galas tugas besar
Ini meningkat menjadi 17 kerusi selepas hari penamaan calon kerana sekutunya itu membuat gerakan terakhir dalam pertembungan sesama sendiri.
GRS bertanding di bawah tiga logo, iaitu lambang PN untuk Bersatu, Star dan SAPP, lambang BN untuk Umno, PBRS dan MCA manakala PBS bertanding di bawah simbol mereka sendiri.

PAS pula merupakan sekutu PN dan BN tetapi dilihat tidak begitu terlibat dalam pilihan raya negeri.
Di sebalik ikhtiar Muhyiddin, jelas sekali beliau menggalas tugas besar di hadapan.

Apalagi, beberapa wakil berseteru yang hadir majlis pelancaran aku janji GRS dilihat saling menghindari antara satu sama lain.
PBS diwakili oleh Timbalan Presidennya Radin Malek dan setiausaha agung parti Jajid Jahim, yang dilihat 'tidak bersapa' dengan Timbalan presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dan Presiden Star Jeffrey Kittingan.
PBRS dan Star kesal kerana PBS pada saat akhir memutuskan untuk masuk menceroboh bertanding di kerusi yang telah diperuntukkan mereka.

Ini mencetuskan pertembungan sesama sendiri dalam gabungan baru itu.
Jeffrey telah menyuarakan rasa kurang senang terhadap percaturan politik PBS dan berkata PN bertindak balas dengan menyokong calon bebas di kerusi yang diperuntukkan untuk PBS.

5e9a6f630aec9fe472f4b16a13b0c106.jpg


Bagaimanapun, hakikatnya Muhyiddin telah berjaya mengumpulkan semua sekutu yang 'saling bertelagah' itu di tempat sama pada majlis hari ini.
Ia suatu kemenangan kecil kepada presiden Bersatu itu.

Ketua Bersatu Sabah Hajiji Mohd Noor dan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mungkin sedang bersaing merebut jawatan ketua menteri sekiranya GRS menang tetapi mereka amat berhati-hati, cermat mengelakkan perselisihan pada majlis itu.

Sebaliknya, Hajiji dan Bung mengulangi mesej Umno dan Bersatu berasal dari "spesies yang sama."

Bagaimanapun, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir pada majlis pelancaran aku janji GRS hari ini.
Malam tadi, presiden Umno itu berkempen untuk BN di Kota Kinabalu.
Muhyiddin menawarkan Hajiji sebagai calon ketua menteri di Tuaran pada 12 September namun beliau cukup berhati-hati untuk menyentuh isu berkenaan pada hari ini.

50595c6a81cb3984afd1fa2f8b0d3825.jpg


Zahid pula menegaskan parti menang kerusi terbanyak yang layak memutuskan calon ketua menteri, lantas memberi BN kelebihan kerana bertanding 42 kerusi berbanding PN dengan 29 dan 22 kerusi PBS.
Hari ini, mereka mengelak pertikaian kontroversi dan sebaliknya menumpukan perhatian terhadap manifesto GRS.

Pada sidang media kemudian, Hajiji ditanya mengenai pendirian Zahid mengenai parti yang memenangi kerusi terbanyak memutuskan ketua menteri.
Bagaimanapun, Hajiji kekal dengan nada diplomatiknya, berkata PN juga bertanding di banyak kerusi.

Hajiji, yang mempertahankan kerusi DUN Sulaman, berkata isu siapa yang akan menjadi ketua menteri tidak menjadi keutamaan sekarang dan hanya perlu dibincangkan setelah pilihan raya.
Bung pula tidak menyertai sidang media itu tetapi bercakap ringkas kepada wartawan sebelum pergi.

Kata Bung, soal ketua menteri hanya akan diputuskan kemudian. Bung bertanding di kerusi DUN Lamag yang baru dibentuk SPR.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
GRS perlu sepakat kerusi Parlimen ditandingi pada PRU15


KIANDEE: Ia merupakan perkara penting yang harus dipertimbang oleh gabungan parti untuk menghadapi PRU15. - Gambar fail​


GRS perlu sepakat kerusi Parlimen ditandingi pada PRU15


KOTA KINABALU: Kesepakatan antara parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terutama isu pembahagian kerusi Parlimen memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ronald Kiandee berkata apa sahaja cadangan jumlah kerusi ingin ditandingi yang dikemukakan ketika ini oleh parti komponen GRS hanyalah daripada perspektif parti itu sahaja.

"Ia harus dilihat dalam perbincangan gabungan parti (dalam GRS)... ia merupakan perkara penting yang harus dipertimbang oleh gabungan parti untuk menghadapi PRU15," katanya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, beliau dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, mengadakan pertemuan dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Baru-baru ini, Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan berkata BN menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 14 daripada 25 kerusi Parlimen negeri itu pada PRU15.

Jeffrey, yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Timbalan Pengerusi GRS, pula berkata setiap parti mempunyai hak untuk meletakkan jumlah kerusi yang ingin ditandingi pada PRU15, bagaimanapun perkara itu harus dibincangkan bersama bagi mencari persefahaman.

GRS dianggotai Perikatan Nasional (Bersatu, STAR, SAPP dan PAS), Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

-- BERNAMA


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,810
Reaction score
1,617
Points
201
GRS perlu sepakat kerusi Parlimen ditandingi pada PRU15


KIANDEE: Ia merupakan perkara penting yang harus dipertimbang oleh gabungan parti untuk menghadapi PRU15. - Gambar fail​


GRS perlu sepakat kerusi Parlimen ditandingi pada PRU15


KOTA KINABALU:
Kesepakatan antara parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terutama isu pembahagian kerusi Parlimen memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ronald Kiandee berkata apa sahaja cadangan jumlah kerusi ingin ditandingi yang dikemukakan ketika ini oleh parti komponen GRS hanyalah daripada perspektif parti itu sahaja.

"Ia harus dilihat dalam perbincangan gabungan parti (dalam GRS)... ia merupakan perkara penting yang harus dipertimbang oleh gabungan parti untuk menghadapi PRU15," katanya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, beliau dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, mengadakan pertemuan dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Baru-baru ini, Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan berkata BN menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 14 daripada 25 kerusi Parlimen negeri itu pada PRU15.

Jeffrey, yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Timbalan Pengerusi GRS, pula berkata setiap parti mempunyai hak untuk meletakkan jumlah kerusi yang ingin ditandingi pada PRU15, bagaimanapun perkara itu harus dibincangkan bersama bagi mencari persefahaman.

GRS dianggotai Perikatan Nasional (Bersatu, STAR, SAPP dan PAS), Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

-- BERNAMA



Sebelum ni sembang lain

Aku janji GRS tawar pemulihan ekonomi di Sabah – Hajiji

16 September 2020
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register