BTC USD 37,412.5 Gold USD 1,797.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Gabung Amanah-PKR untuk lawan propaganda PH dikuasai DAP'

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,974
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,974
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
1638072339577.png




'Gabung Amanah-PKR untuk lawan propaganda PH dikuasai DAP'


Diterbitkan: Nov 27, 2021 12:15 PM

Seminggu selepas kekalutan pilihan raya negeri (PRN) Melaka berlabuh, timbul cadangan agar dua rakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR dan Amanah untuk bergabung menjadi sebuah parti.

Penganalisis politik, Wong Chin Huat, berkata penggabungan kedua-dua parti terbabit perlu bagi mengambil iktibar daripada kegagalan mereka di Melaka pada 20 Nov lalu.

Katanya, PKR dan Amanah perlu memperkasakan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang dengan hala tujuan yang lebih jelas bukannya kekal dengan naratif lama seperti mahu mengembalikan mandat rakyat yang diterima mereka pada 2018.

Lebih daripada itu kata Wong Amanah juga tidak wajar untuk bersaing dengan PAS melalui isu seperti arak dan judi.


ADS

"Kalau Amanah cuba menjadi lebih PAS daripada PAS, pengundi PAS akan tetap memilih PAS sebaliknya pengundi bukan Melayu dan liberal pula akan meninggalkan mereka.

"Akhirnya, yang tidak dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran," katanya kepada Malaysiakini.

Wong berkata demikian sebagai menjelaskan cadangannya agar kedua-dua parti terbabit bergabung sebagai persediaan menghadapi PRU ke-15 kerana penting untuk parti terbabit mengukuhkan undi Melayu.

Idea itu dilontarkan Wong semasa dia ditemu bual dalam satu program televisyen.

Penting di kawasan marginal



Mengulas lanjut, kata Wong, tanpa penggabungan itu sukar untuk PH bersaing dengan BN atau Perikatan Nasional (PN) apabila kedua-dua parti turut bercakap mengenai pembaharuan serta kestabilan.

Justeru menurut Wong, PH - terutamanya PKR dan Amanah - harus menekankan isu ekonomi dan jurang di antara dua darjat dalam masyarakat.

"Ramai Melayu kebanyakan yang kecewa dan marah melihat golongan kayangan hidup mewah sedangkan rakyat terbanyak kesempitan wang.

"PH mesti menekankan isu kehidupan seharian seperti inflasi, bukan sekadar mengapi-apikan ketidakpuasan tetapi menawarkan penyelesaian termasuk dengan memanfaatkan kuasa di tiga negeri yang ditadbirnya.

"Sementara ramai orang Melayu berasa lesu dan keliru dengan kemunculan semakin banyak parti dan faksi, PKR dan Amanah - yang tidak terlalu berbeza arah tujuannya - boleh membuat pertimbangan untuk bergabung demi mencapai sinergi terutamanya di kawasan marginal," katanya.



cdb5e5efd9ef5ed963c423733dac5a44.jpg



Jelas Wong, PKR adalah hasil reformasi manakala Amanah pula kebanyakannya diasaskan oleh penyokong Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, pada dan selepas 1998.

"Kalau dua parti itu dapat digabungkan, maka parti baru berkenaan akan menggantikan DAP sebagai parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 46 orang ahli parlimen.

"Ini akan berkesan menolak propaganda pihak lain yang mendakwa kononnya PH didominasi DAP," katanya.

Bagaimanapun, Wong berkata, proses pergabungan tersebut mungkin mengambil masa yang panjang dan hanya selesai selepas PRU ke-15 yang belum diketahui tarikhnya.

Hilang modal moral

Pun begitu kata ahli akademik itu lagi, proses tersebut boleh dimulakan dengan membentuk badan penyelaras yang menampilkan kepimpinan bersama dari peringkat pusat hingga ke akar umbi.

"Apa yang penting, PH tidak boleh berharap kekalahan di Melaka tidak berulang lagi tetapi mereka sendiri tidak membuat sebarang perubahan," tegasnya.

Tambah Wong, cadangan tersebut harus dipertimbangkan semasak-masaknya oleh PKR dan Amanah selepas PH gagal mempertahankan 11 kerusi DUN Melaka yang dimenangi mereka pada 2018.

Menurutnya dalam PRN Melaka baru-baru ini, PH bukan sahaja sekadar memenangi lima kerusi DUN malah gabungan terbabit berada di belakang BN dan PN di 13 kerusi.



19898d64cca5b1bb5abfb5c589658221.jpg



Hanya di 10 kawasan, kata Wong, PH berada di tempat kedua.

"Dalam kata lain, PN sudah menggantikan PH sebagai lawan utama BN, dan ini ketara sekali di kawasan pengundi majoriti Melayu.

"Di 12 kawasan yang memiliki lebih 70 peratus pengundi Melayu, PH cuma berjaya mendapat tempat kedua di DUN Kuala Linggi dan Merlimau (kedua-duanya ditandingi Amanah).

"Di 11 kawasan dengan lebih 60 peratus pengundi Melayu, PH cuma memenangi DUN Bukit Katil yang juga ditandingi calon Amanah," katanya.

Jelas Wong, kejayaan PN menggantikan PH sebagai alternatif Umno di kawasan Melayu bermaksud undi Bersatu dan sokongan PAS - secara purata sebanyak 9 peratus semasa PRU ke-14 - berjaya digabungkan.

Katanya pengundi Melayu yang menolak Umno kerana isu korupsi dan kleptokrasi tidak berpindah ke PH kerana berasa haluan gabungan berkenaan tidak jelas, khususnya selepas mereka menerima Idris Haron dan Nor Azman sebagai calon.

Selepas menerima dua bekas Adun Umno itu, kata Wong, PH kehilang modal moralnya untuk menyerang Bersatu sebagai pengkhianat.

"Sememangnya propaganda PN dan BN bahawa PH didominasi DAP berkesan dalam kalangan pengundi Melayu tetapi cara penyelesaiannya bukanlah meminta DAP kurang menonjolkan diri mereka.

"Jika DAP tidak menonjol, PKR dan Amanah turut rugi apabila pengundi bukan Melayu mungkin malas keluar mengundi," ujarnya.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,974
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,974
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
1638072475417.png


Loke: Mungkin tak perlu lagi guna lambang sama, ada calon PM

Diterbitkan: Nov 27, 2021 5:38 PM

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata dengan perubahan keadaan politik di negara ini, pembangkang boleh mempertimbang untuk tidak lagi berpegang dengan keyakinan bahawa perlu satu logo tunggal dan calon perdana menteri untuk menang dalam pilihan raya.

"Ketika PRU 9 Mei (2018), orang fokus kepada perlunya satu logo bersama dan calon perdana menteri untuk memberi keyakinan kepada pengundi untuk menyokong kita.

"Tetapi selepas PRU 9 Mei dan tiga pertukaran kerajaan, model itu telah berubah," katanya dalam wawancara bersama Astro AEC.

Loke berkata, apa yang berlaku membangkitkan persoalan sama ada logo tunggal untuk PH masih perlu atau tidak dalam pilihan raya akan datang.


"Saya berpendirian di peringkat ini, apa yang terbaik adalah jika semua menggunakan logo sendiri kerana semua pihak ada kekuatan sendiri.

"DAP ada kekuatan sendiri dan kita boleh kekalkan kekuatan kita. Jika PKR, dengan menggunakan lambang sendiri dapat mengekalkan kekuatan mereka, maka kita boleh gabungkan kekuatan kita.

"Ia masih kekuatan bersama PH tetapi pendekatannya berbeza. Ia seperti PRU 2008 dan 2013.

"Semua pihak masih boleh menang walau tiada logo bersama," katanya lagi.

Pandangan itu berbeza daripada pendirian DAP sebelum ini agar PH menggunakan logo gabungan dalam PRN Melaka yang berlangsung 20 November lalu.

Bagaimanapun PH kalah teruk dalam pilihan raya itu, susulan beberapa faktor seperti jumlah keluar mengundi yang rendah dan kemarahan terhadap keputusan PKR dan Amanah untuk mencalonkan bekas pemimpin Umno.

DAP hanya mengekalkan kemenangan di empat daripada lapan kerusi yang disandang, Amanah menang satu daripada dua kerusinya manakala PKR kalah di kesemua tiga kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu.

BN pula mendapat majoriti dua pertiga apabila menang 21 daripada 28 kerusi DUN. Perikatan Nasional berjaya meraih dua kerusi.

Loke akui dengan keadaan PH pada masa ini, gabungan itu perlu melebarkan pengaruhnya melangkaui asas sokongan di bandar.

Pada masa ini, PH dianggotai PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko).

Loke berkata lagi, sebarang kerjasama dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan partinya iaitu Pejuang juga sukar kerana ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong teras mereka.

"Semua orang boleh bergantung kepada lambang dan parti masing-masing tetapi jika matlamat kita sama, kita boleh duduk berbincang.

"Maka gabungan besar tidak semestinya bermaksud memiliki logo sama," katanya lagi.


 

mantoya2

Legendary Member
gem
Messages
10,651
Joined
Jan 24, 2007
Messages
10,651
Reaction score
35
Points
120
Guna je lah logo DAP dah memang realiti PH dikuasai DAP.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,974
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,974
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Opposition needs to ask themselves, who is the real ENEMY to the NATION?
Point your weapons to them, not to each other.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,340
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,340
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,340
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,340
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
Elok dah tu PKR & PAN bergabung je
Sebab dua² dah tak relevan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,974
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,974
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
dari Liyana Marzuki

6960EDDB-6F54-4BD5-8880-14CCDA75BEBF.jpeg
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,974
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,974
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Pengarah komunikasi PKR itu berkata keputusan akan dibuat oleh Majlis Presiden PH.

Pandangan Loke berkenaan Anwar bukan mewakili Pakatan, kata Fahmi​


Dikemas kini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 11:00AM · 0 Komen

49937012252_efaa245672_b__full.jpg
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anthony Loke berhak menyatakan pandangannya tetapi keputusan tetap akan dibuat oleh Majlis Presiden PH. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 November, 2021.

CADANGAN Anthony Loke supaya Pakatan Harapan (PH) mempertimbangkan calon perdana menteri lain selain Anwar Ibrahim adalah pandangan setiausaha penganjur kebangsaan DAP itu sendiri dan tidak mewakili gabungan itu, kata Fahmi Fadzil.

Pengarah komunikasi PKR itu berkata walaupun Loke berhak menyatakan pandangannya tetapi keputusan dibuat oleh Majlis Presiden PH.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,974
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,974
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
1638160986891.png


PKR mahu PH bincang guna semula lambang PKR

Diterbitkan: Nov 28, 2021 9:12 PM

PKR mahu penggunaan logo partinya oleh rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dipertimbangkan ekoran prestasi tidak memberangsangkan gabungan itu dalam pilihan raya negeri Melaka.
Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini berbincang tentang kesukaran yang dihadapi di bawah peraturan kempen yang ketat pada PRN Melaka, untuk memperkenalkan calon-calon baru dan lambang PH yang berbeza berbanding ketikan pilihan raya umum (PRU) lalu.
“Namun oleh kerana PKR memahami sikap sahabat-sahabat di dalam PH pada ketika itu, maka kami membuat keputusan bersetuju dengan penggunaan logo tersebut.
“Namun, ke hadapan, PKR berpandangan bahawa wujud kewajaran logo PKR digunakan semula.




“Perkara ini akan dibincang dengan lebih lanjut pada mesyuarat PH yang akan datang,” katanya pada satu kenyataan.



015dd5ccc1c4b398bdfab9ad98b46e98.jpg


Pada PRU 2018, PH menggunakan lambang PKR di Semenanjung Malaysia memandangkan PH tidak dapat didaftarkan pada masa itu.
Bagaimanapun, setelah berdaftar secara rasmi selepas PRU2018, ia telah menggunakan lambang PH dalam pilihan raya kecil selepas daripada itu dan di PRN Melaka.

Ini berbeza di Malaysia Timur, apabila parti-parti PH sentiasa menggunakan lambang parti sendiri.

PKR memang menggesa semua parti PH untuk menggunakan lambang partinya, tetapi DAP dan Amanah tetap bertegas agar ahli gabungan kekal memakai lambang PH.

Bagaimanapun, selepas PRN Melaka, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke mencadangkan agar parti-parti PH boleh kembali menggunakan lambang masing-masing, seperti pada tahun PRU 2008 dan 2013.

BN mengaut majoriti dua pertiga pada PRN Melaka 20 Nov lalu, apabila memenangi 21 daripada 28 kerusi sementara Perikatan Nasional (PN) hanya meraih dua kerusi.

DAP dan Amanah hanya dapat mempertahankan separuh daripada kerusi disandang mereka - DAP memenangi empat daripada lapan kerusi manakala Amanah memenangi satu daripada dua kerusi.

PKR yang sebelum ini menyandang tiga kerusi, kalah kesemuanya.

Kempen fizikal adalah dilarang sama sekali atas faktor wabak Covid-19.


 

apoeki

Super Active Member
gem
Messages
7,855
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,855
Reaction score
860
Points
121
Try la pakai amanah plk. Asyik pkr je, bosan la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register