Gabenor letak jawatan Selepas didakwa tidur dengan tiga wanita

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
HYDERABAD - Gabenor Andhra Pradesh di India, Narain Dutt Tiwari yang berumur 86 tahun meletakkan jawatan selepas program berita di satu rangkaian televisyen menyiarkan pita video yang menunjukkan dia tidur dengan tiga wanita.

Sebelum ini terdapat desakan supaya Tiwari meletakkan jawatan ekoran satu pita video yang menunjukkan dia berada di atas katil bersama tiga wanita.

Berita mengenai pita video itu disiarkan pada Jumaat lalu menyebabkan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang membuat protes di bandar Hyderabad.

Pejabat Tiwari menafikan dakwaan itu dengan mendakwa pita tersebut palsu.

Tiwari telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Presien India kelmarin dengan menyatakan masalah kesihatan sebagai punca peletakan jawatannya.

"Laporan berita itu direka-reka, salah dan berniat jahat denga tujuan untuk mencemarkan imej gabenor," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pembantu Tiwari,

Menurut laporan berita rangkaian ABN Andhra Jyoti News, tiga wanita itu dibawa ke Hyderabad oleh seorang wanita lain yang telah dijanjikan untuk mendapat pajakan lombong daripada Tiwari sebagai pertukaran.

Laporan itu menjelaskan wanita tersebut akan mendedahkan perbuatan Tiwari selepas dia tidak menunaikan janjinya.

Sebuah mahkamah tidak membenarkan rangkaian stesen TV itu menyiarkan pita video tersebut selepas pembantu Tiwari mengemukakan permohonan pada Jumaat lalu. - AP
 
Last edited:
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
tidur dengan 3 wanita sekali gus ke ?
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
takde org2 yg bergelar pemimpin kat negara ni yg amik iktibar :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register