Fynn Jamal dikecam samakan peranan isteri dengan bomba

CG Sponsors




akudotcom

Active+ Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
4,460
Reaction score
952
Points
81
BB163lI7.jpg
© Provided by Projek MM

Penyanyi Caprice dan Fynn Jamal ketika siaran video perdebatan isu rogol di Instagram semalam. — Paparan skrin Instagram/capriceofficial

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Pengikut laman sosial Instagram berasa terganggu dengan perkongsian Instagram Stories penyanyi Fynn Jamal berhubung pandangannya berkenaan isu seks dan rogol dari sudut Islam.
Menurut Twitter penyampai Astro Arena, Dayang Atul, dia tidak dapat menerima kenyataan penyanyi Arjuna Beta itu bahawa seorang isteri perlu ‘bersiap sedia’ melayan nafsu seks suami dan menyifatkan penanan wanita dalam hal itu seperti seorang anggota ‘bomba’.



Tangkap layar dikongsikan Dayang itu menceritakan kefahaman Fynn berdasarkan kuliah agama yang pernah dihadirinyaddan disampaikan oleh seorang ustaz Khalid Basalamah.
Menurut Fynn, nama sebenar Nur Affina Yanti Jamalludin, 38, air mani dikatakan berasal dari elemen api. Selagi ia tidak ‘dipadamkan’, seseorang lelaki itu kononnya tidak boleh berfikir dan akan berada dalam keadaan resah.
“Oleh itu isteri-isteri sekalian - faham dah kenapa amatlah penting kita menjadi bomba kepada ‘api’ sang suami,” tulis kenyataan Stories tersebut.
Dilihat marah, Dayang menyoal kembali sama ada seseorang perempuan perlu melayani nafsu perogol hanya kerana sedang ‘terbakar’.
“Perogol merogol kerana sedang terbakar dan perempuan kena terima saja?” kata Dayang lagi.
Sependapat dengan Dayang, pengikut Twitternya juga turut mengecam komentar penyanyi tersebut walaupun hujah serta keterangan merujuk Al-Quran dan hadis turut dikongsikan di laman sosial Fynn bagi menjawab isu itu.
Menyifatkan hujah diberi Fynn lemah dan mengelirukan, ada warga maya yang mempersendakan kenyataan beliau lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan Nabi Muhammad SAW pada hantaran InstaStories yang lain.
“Kasihan isteri. Sudahlah kerja, buat kerja rumah. Lepas tu nak kena jadi bomba separuh masa pula. Lepas tu nak kena jadi polis pula. Nak siasat laki curang. Susah benar jadi perempuan ni,” tulis Amar Ismail tertawa.
Tidak terhenti di situ, antara pengikut Dayang menggesa agar orang ramai mengikuti sidang video Fynn dengan selebriti Caprice semalam bagi menyelesaikan salah faham yang ditimbulkan.

Terdahulu, Fynn pernah ditegur seorang pendakwah bebas,Musytaq Al-Ashari tentang hukum agama yang dikongsikan penyanyi itu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Teguran dibuat kerana penyanyi Terbang Tunduk itu sering menjawab persoalan warga maya di InstaStories dari sudut pandangan Islam menyebabkan Musytaq menasihatinya agar mengaku tidak tahu sekiranya tidak pasti dalam hal-hal tertentu.
 
Last edited by a moderator:
Sponsored Post

akudotcom

Active+ Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
4,460
Reaction score
952
Points
81
Tgh trending ni hehe

 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,024
Reaction score
195
Points
38
Adooii...ingatkan dah kena tegur...lebih berhati-hati...tapi...semoga dipermudahkan dan diberi hidayah...ameen (ujian yg blum mampu saya buat jika saya ditempatnya)

Nak juga jadi geng2 sanad tinggi....dah ada tempat merujuk, kita rujuklah...

Nak jadi pakar rujuk boleh...jadi pakar rujuk how to develop anak2 istimewa mengikut cara sunnah ker...how to bela kucing muezza ker... how to masak2 asam pedas ala johorean ker...bab2 hukum haqam juga kita nak jadi handal....

Moga-moga dipermudahkan urusan..ameen

Kijer bomba....betul betul betul... :LOL:


p/s: Malu sgt ker kalo kita tak tahu nak mengaku tak tahu.....kita peon geng takde sanad punya memang serba serbi tak pandai... :ROFLMAO:
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,128
Reaction score
1,644
Points
206
fynn ni aku nampak, die mcm terlajak beragama
die rasa mcm ilmu die agama die cukup tinggi
xtau dari mane atau siapa gurunya

biasenye org yg betul2 alim mesti ade gurunya
bukan guna ustaz google, nak belajar tafsir al-quran pun kene ade guru yg betul2 mahir
kalo tak habis jadi sesat
 
  • Like
Reactions: x35

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,656
Reaction score
287
Points
141
paham apa yg cuba disampaikan, mgkin ada kait dgn
1. hadith menolak ajakan suami &
2. apabila air naik kepala 😅
mgkin nak masukkan elemen humor. tapi x menjadi.
 

shamputra

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,986
Reaction score
22
Points
25
paham apa yg cuba disampaikan, mgkin ada kait dgn
1. hadith menolak ajakan suami &
2. apabila air naik kepala 😅
mgkin nak masukkan elemen humor. tapi x menjadi.
betul lah tu. air dh naek kepala mmg x leh tido woooo......
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,178
Reaction score
250
Points
131
ayat tinggi sgt..org skang ni nak paham mudah je..
rasanya bukan air mani tu punca tapi ade sebahagian urat kita ni sensitif dan mudah terangsang..
bile ade titisan air mazi lalu kat situ, mmg klu bole nak lepaskan segalanya2 bile dah terkluar ckit..
sbb tu kita kene elakkan dari pikir pasal lucah utk elak saraf tu dirangsang..
 

musashibest

Active Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
1,369
Reaction score
3
Points
25
Tiba-tiba teringat lagu Altimet - amboi. Belajar agama tak tinggi tapi sibuk nak keluar hukum.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,362
Reaction score
20,972
Points
1,671
sbb tu dulu kena tuduh syiah. yg bukan2 die kuakan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register