BTC USD 60,016.5 Gold USD 2,578.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FXPRIMUS suntik semangat Mazlan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,207
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,207
Reaction score
36,350
Points
2,836
Awards
2
su_06.1.jpg

MAZLAN (kiri) menerima tajaan daripada Jeff Zweig pada satu majlis ringkas baru-baru ini

PELUMBA negara, Mazlan Ismail mendapat suntikan semangat untuk mengharungi Kejohanan Lumba Basikal Bukit (downhill) pada tahun 2012.

Sudah pasti, tajaan berjumlah RM50,000 dari sebuah syarikat dalam talian, Digital Strategy FXPRIMUS LTD. memberi keyakinan buat Mazlan untuk bersaing dalam 10 kejohanan utama downhill yang akan diadakan sepanjang tahun ini.

“Kami akan menaja Mazlan dari segi pakaian, aksesori basikal dan sebagainya sepanjang kejohanan itu berlangsung. Bagaimanapun, penajaan tambahan akan dibuat berdasarkan keperluan dan prestasinya,” kata Pengarah FXPRIMUS, Jeff Zweig.

Jeff berkata, ini adalah kali kedua syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menaja pelumba tempatan selepas penajaan Team 1Malaysia FXPRIMUS Aylezo pada perlumbaan endurance yang dilancarkan baru-baru ini.

Ujarnya, keputusan FXPRIMUS tampil sebagai penaja sukan lasak itu berdasarkan prestasi cemerlang pelumba tersebut dalam kejohanan-kejohanan downhill tahun lalu.

Selain itu, komitmen Mazlan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat di dalam sukan itu juga menarik perhatian.

“Walaupun sukan ini masih baharu tetapi ia mempunyai potensi yang cukup luas dan boleh dikembangkan ke luar negara.

“Sebab itu, kami tampil sebagai penaja untuk membantu Mazlan merealisasikan impiannya.

“Sekurang-kurangnya di samping mempopularkan sukan ini, ia juga dapat menjadi contoh kepada syarikat-syarikat korporat yang lain agar turut sama membangunkan sukan ini,” jelasnya yang merancang untuk menaja beberapa pelumba downhill lain pada masa hadapan.

Jeff berkata, pihaknya juga bercadang untuk menganjurkan pertandingan 'urban downhill' sebagai satu cara menarik minat generasi muda pada hari ini menyertainya.

“Saya difahamkan Malaysia mempunyai ramai bakat-bakat muda dan mereka ini memerlukan lebih banyak pertandingan sebelum mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Siapa tahu melalui usaha yang FXPRIMUS laksanakan, akan ada atlet-atlet tempatan yang berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa satu hari nanti,” jelasnya.

Sementara itu, Mazlan memberitahu, dia gembira kerana mendapat bakat anak tempatan sepertinya mula mendapat kepercayaan dari sebuah syarikat bertaraf antarabangsa.

“Selama ini saya bergerak sendiri tanpa sebarang penajaan, jadi agak sukar untuk saya menyertai kesemua pertandingan yang diadakan di seluruh negara. Lagi pun kos sukan ini agak mahal, sebuah basikal sahaja berharga sehingga RM24,000.”
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register