Forum Tutorial Fungsi : Tidak mahu membenarkan spesifik ahli reply/ganggu topik anda

CG Sponsors




Status
Not open for further replies.

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,730
Reaction score
11,160
Points
2,376
utk thread starter.

yg lain bole guna fungsi ignore
📝 Reply ban:

Fungsi elak forumer lain komen di thread
Hanya untuk Thread Starter
Berfungsi di section
• News
• Debate
• Politics

📝 Ignore:

Fungsi abaikan komen negatif forumer di thread
Untuk semua forumer
 
Sponsored Post

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,609
Reaction score
370
Points
91
Terbaik boss
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,755
Reaction score
1,869
Points
201
Salaam.

Jazakallah khair.

Dah kenal sangat dah forumer yang jenis suka kacau² nie.

Penat nak layan sebenarnya.

Bolayan jer~
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
17,835
Reaction score
3,226
Points
236
Kadangkala perbincangan sesuatu topik boleh mengundang ketidakselesaan kepada Thread Starter mahupun majoriti ahli lain disebabkan posting mesej dari sesetengah pendebat yang gemar 'troll' , menyumpah seranah dan menyebarkan kebencian, lantas boleh mewujudkan ketidakharmonian dalam topik perbincangan keseluruhannya. Dan akhirnya menjurus kepada makian dan pertelingkahan tidak sihat antara satu sama lain.

Anda boleh memasukkan nama ahli/pendebat yang anda tidak inginkan untuk reply thread yang telah anda buka. Rujukan panduan video di bawah :


View attachment 214064
















Sebaliknya, anda boleh keluarkan senarai nama ini dalam list tersebut pada bila-bila masa.

Penggunaan fungsi ini terhad kepada subforum tersebut:-

Official News, Current Issues
Debate & Mature Discussion
Politics


AMARAN
- Jangan 'abuse' fungsi ini untuk mengapi-apikan / provokasi pendebat yang telah berada dalam senarai 'reply bans' anda. Tindakan akan diambil jika ini dikesan.



Diharap dengan adanya fungsi ini dapat membantu menambah kualiti untuk rujukan pelawat dan pengguna laman komuniti CariGold. Bersama-sama kita bangunkan komuniti ini setaraf dengan standard forum-forum di luar negara walaupun kita majoriti kita menggunakan bahasa Melayu.
cadang je bos .. tindakan kamu :)
 

CariGold

Administrator
Staff member
Joined
Nov 8, 2006
Messages
171
Reaction score
43
Points
25
PERINGATAN

1) Jangan menyalahgunakan fungsi ini untuk menghalang mana-mana pendebat dari menghantar mesej yang berlawanan dengan pendapat/ideologi/pemahaman anda.

Mengkritik tanpa penggunaan bahasa kesat adalah berbeza dengan mesej troll. Troll boleh dikategorikan sebagai :

- Berbahasa kesat.
- Sindiran kepada pendebat lain secara sinis.
- Menuduh pendebat lain tanpa sebab.
- Melabel dengan menambah atau mengubah perkataan yang negatif.

Dalam erti kata lain, anda tidak berhak menghalang ahli lain dari menyuarakan kritikan yang berlawanan dengan kepercayaan/ideologi anda walaupun ianya pedas dan akan mengganggu emosi amarah anda.

Juga, pandangan majoriti pendebat tidak semestinya tepat. Kebenaran adalah berfakta. Jika fakta dipersoalkan, ia masih boleh dibincangkan lagi. Oleh itu, anda tidak berhak menghalang ahli dari terus mengkritik walaupun ianya bakal membuatkan majoriti ahli/pendebat geram/beremosi.


Nota :
Fungsi ini diaktifkan sebagai BETA Mode , iaitu di tahap percubaan. Namun sekiranya terdapat banyak aduan yang fungsi ini di salahgunakan, ia mungkin akan ditetapkan untuk sebahagian pendebat sahaja pada masa akan datang.
 

SmileAlways

Super Active Member
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,503
Reaction score
426
Points
91
naik notifikasi kat akaun aku
ada fungsi baru rupanya.
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register