BTC USD 28,211.0 Gold USD 1,940.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fu Wa, Feng Yi hanya makan buluh betong dari Kampung Kundur

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
buluh1.jpg


Kampung Kundur yang terletak di Linggi, Negeri Sembilan merupakan sebuah perkampungan asli yang harmoni, dihuni oleh penduduk Melayu.

Persekitaran perkampungan ini masih asli kerana tidak mengalami pembangunan pesat kecuali beberapa projek-projek pembinaan sekolah dan sekolah berasrama penuh.

Penduduk Kampung Kundur masih terlibat dalam aktiviti ekonomi tradisional seperti menternak lembu, kambing, ayam dan itik. menoreh getah, menjual kuih-muih, makanan sejuk beku dan produk salai.

Perkampungan yang 20 minit perjalanan dari Seremban atau Alor Gajah, Melaka - laluan kampung ini cukup popular terutama kepada ibu bapa dan penuntut beberapa institusi pengajian tinggi yang menggunakan laluan Kampung Kundur sebagai jalan pintas untuk ke Masjid Tanah, Lubuk China mahupun Port Dickson.

Namun, sejak akhir-akhir ini nama Kampung Kundur semakin popular - semuanya dek selera beruang panda Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).

Kedua-dua panda ini dikatakan suka benar makan buluh betong yang ditanam di Kampung Kundur. Buluh-buluh lain yang diberikan kepada dua ekor panda ini bukan sahaja tidak dimakan, sentuh pun tidak mahu.


buluh3.jpg

Daun buluh betong yang ditanam di Kampung Kundur menjadi makanan kegemaran beruang panda Fu Wa dan Feng Yi.

Kesukaan luar biasa Fu Wa dan Feng Yi makan buluh betong dan daun buluh dari Kampung Kundur menyebabkan Zoo Negara yang dipertanggungjawabkan menjaga beruang panda ini berulang-alik setiap hari Isnin ke kampung ini untuk mengambil bekalan buluh betong.

Ahli Jawatankuasa Biro Ekonomi Kampung Kundor, Mohd Sharif Rashid berkata, ladang buluh betong seluas 12 hektar itu asalnya dipajak oleh seorang Cina daripada lapan pemilik tanah yang terdiri daripada penduduk kampung berkenaan.

"Dulu tanah tersebut terbiar. Kemudian dipajak untuk tanam rebung yang dieksport ke Taiwan," katanya yang ralit bercerita.

Beliau yang berasal dari kampung tersebut mengakui rebung dari buluh betong itu cukup enak kerana teksturnya lembut dan sedap dimasak lemak cili api.

Pajakan tanah oleh Cina itu kemudiannya bertukar tangan dan kini ladang buluh itu diambilalih oleh seorang lelaki Inggeris yang dikenali sebagai Chris.


buluh2_0.jpg

Mohd Sharif Rashid (kiri) dan Zubir Jamal (kanan) menunjukkan ladang buluh di Kampung Kundur yang menjadi sumber bekalan makanan kepada beruang panda di Zoo Negara.

Mohd Sharif berkata, batang-batang buluh itu dieksport ke Switzerland untuk dijadikan perabot, selain bagi membina chalet di pusat-pusat peranginan.

"Sebenarnya buluh dari Kampung Kundur ini sudah lama terkenal di luar negara.

Dulu hasil ladang buluh ini adalah rebung dan kini buluhnya pula dijadikan perabot dan chalet.

"Sungguhpun begitu, buluh dari kampung ini tidak popular seperti sekarang," ujarnya.

Tambah Mohd Sharif, pada awalnya penduduk Kampung Kundur terkejut apabila dimaklumkan tentang buluh di ladang kampung itu menjadi makanan beruang panda dari China itu.

"Kami dapat tahu pun dari media tapi tidak pasti betul ke tidak sehinggalah kami nampak lori Zoo Negara berada di kampung ini," tuturnya.

Menurut beliau, setiap kali datang mengambil buluh itu, terdapat tiga orang kakitangan Zoo Negara akan memasuki ladang buluh tersebut, sekitar pukul 9.30 pagi setiap hari Isnin dan kerja-kerja memilih dan memotong buluh selesai dalam pukul 1 petang.

Sementara itu, Ketua Kampung, Kampung Kundor, Zubir Jamal mengakui bangga apabila kampung tersebut semakin dikenali sejak kehadiran beruang panda itu.

Sekurang-kurangnya satu Malaysia mengetahui beruang panda makan hasil tanaman dari Kampung Kundur.

"Kampung Kundur kini sepopular beruang panda itu," katanya sambil tersenyum. - MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register