TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,137
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,137
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersedia memberi khidmat nasihat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti lokasi berisiko berlaku kejadian pokok tumbang di sekitar ibu kota dalam kenyataannya di sini hari ini.
FRIM memaklumkan, khidmat tersebut meliputi penjagaan, penyelenggaraan dan pemantauan dalam usaha mengurangkan kejadian pokok tumbang atau patah apabila berlakunya hujan lebat serta angin kencang.
“Selepas beberapa kejadian pokok tumbang baru-baru ini, Ketua* Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod telah menyeru ahli-ahli botani FRIM supaya menyumbang pendapat untuk membantu pihak DBKL,” menurut ke*n*ya*taan itu.
Dalam perkembangan sama, ahli arboris FRIM, Adnan Mohammad berkata, FRIM boleh membantu DBKL mengenal pasti lokasi ‘hot spot’ yang terdapat pokok tua, besar dan merbahaya di ibu negara melalui sistem inventori pokok yang dibangunkan oleh FRIM serta DBKL.
Jelasnya, pemantauan secara kerap perlu dilaksanakan di tempat-tempat berkenaan terutamanya pada Januari hingga Mac, November dan Disember atau bulan-bulan yang telah merekodkan banyak insiden pokok tumbang.
“Kejadian pokok tumbang dan patah di ibu kota baru-baru ini adalah berkait rapat dengan cuaca. Pada musim hujan lebat atau angin* kencang, halaju angin bukan sahaja merosakkan pokok tetapi menyebabkan struktur lain seperti papan iklan besar tumbang.
“Jika ribut dan hujan lebat berlaku, pokok-pokok di mana sahaja akan berada dalam keadaan berisiko terutama di bandar kerana terdapat laluan angin,” katanya.
Menurut Adnan, kejadian sedemikian mungkin disebabkan oleh faktor halaju angin, kelemahan atau kerosakan struktur pokok, keadaan persekitaran, ruang dan tanah selain daripada kaedah pemangkasan pokok yang salah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wil...-di-kuala-lumpur-1.18757#sthash.LUTTjEQX.dpuf