BTC USD 61,014.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Freepik & Flaticon Jadi Mangsa Godam - Lebih 8.3J Akaun Terkesan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Freepik dan Flaticon merupakan dua laman popular yang menawarkan sumber grafik serta ikon. Ia merupakan laman yang dituju ramai dalam mendapatkan sumber grafik – dan antara yang popular dikalangan pereka grafik.

Terbaru, syarikat disebalik Freepik mengesahkan yang mana laman Flaticon telah menjadi mangsa serangan suntikan SQL, sekaligus membolehkan pengodam untuk mencuri beberapa informasi pengguna pada pangkalan data mereka.

Daripada apa yang diketahui, sekitar 8.3 juta akaun pengguna terkesan. 4.3 juta akaun daripadanya adalah akaun menggunakan log masuk berasaskan Google, Facebook atau Twitter – sekaligus hanya alamat emel sahaja terkesan.

Sementara selebihnya sebanyak 3.77 juta akaun pengguna terkesan alamat emel mereka dan juga kata laluan yang telah di-hash. Freepik dan Flaticon telah mula menghantar emel kepada pengguna mereka, memaklumkan berkenaan hal ini dan meminta pengguna untuk mengubah kata laluan mereka.

Screenshot-2612.jpg
 

CG Sponsors




Top
Log in Register